Saturday, 31 May 2008

Kenduri Nordin, Super Cowboy

Weekend datang lagi..selesai sarapan pagi di kedai MARA, Semenyih kami bersiap untuk bertolak. Agak lucu kerana kenduri yang akan kami hadiri ini di Simpang Renggam nie ialah Majlis Menyambut Menantu. Pengantin lelaki, Nordin Jumiran ialah teman baik kami ketika belajar di UiTM, Shah Alam. Berita kenduri diberitahu oleh Wan Botak (Geng kami yang bekerja satu company dengan Nordin). Aku selamba hantar sms kepada Nordin kenapa tak jemput kami. Dia minta maaf sebab katanya terlalu sibuk sampaikan ramai teman-teman dia tak sempat jemput. Orang kuat dia, Ari (Adik Nordin yang juga teman sekelas kami di UiTM) telah ditukarkan oleh majikan dia FELDA ke Lahat Datu. Aku hairan mengapa majikan, boss tak boleh faham perasaan orang. Call hari ini terus esok suruh naik flight ke tempat baru, walaupun orang itu bujang tapi kita di Malaysia ikatan kekeluargaan masih kuat..Ari tak sempat melihat abangnya diIjap Kabul...

Best gila lauk orang Simpang Renggam.

Ketika kami sampai pengantin masih belum beraarak masuk...kami serah hadiah terus makan..tetiba pengantin lelaki boleh lepak dengan kami hanya dengan memakai t-shirt..layan borak lebih kurang tentang majlis akad nikah dia..pastu pengantin lak ambil gambar kami..oklah at least ada kenangan kemi ke Majlis dia.

Oleh kerana cuaca mulai mendung, kami ambil keputusan untuk blah awal...sorry Nordin tak sempat tenguk ko berarak....keputusan yang tepat untuk blah awal..elok dalam kereta, jalan sikit..air hujan mulai turun.

Apa nak semua ada di SUPER COWBOY.

Sampai ke Melaka, Alia cakap colleague dia kat opis cakap ada tempat jual pelbagai barangan dengan harga yang murah...nama dia COWBOY....nama cam familiar je....tempat nie kat Kawasan Industri Cheng...dari Hi-Way kami exit Air Keroh, lepas tu amik jalan ke Batu Berendam..sempat memerhati Kilang pertama yang aku bekerja selepas tamat Sijil Politeknik...Siemens Semi-Conductor (Infineon Semi COnductor)... Jalan terusnya sampai Pasar Borong Baru..depan tu ada traffik Light...ko amik lurus lagi...naik jambatan...lurus lagi ko nampak Bintang belah kiri..lurus lagi ko akan nampak COWBOY sebelah kiri, Awie kawan balik aku dari zamn poli yang masih bekerja di Melaka bagi tahu aku arah jalan...

Dari jauh aku dah nampak perkataan SUPER COWBOY...sah kedai nie memang dari Kuantan....Apapun kedai nie memang tempat yang betul kepada ushawan kecil untuk mencari peralatan catering , peniaga burger boleh beli kuali dan payung besar tu dari sini...macam-macam ada....

Emmm malam ada perkara best yang memang kalau balik Melaka akan aku buat sama ada bersama mertua aku atau pakcik saudara...

1 comment:

tungkai said...

wehh...kat umah aku tu..