Sebelah petang aku melepak kat office, sempat pulak aku teringat kat OTAI seorang nie yang dah bersara buat kali ke dua setelah tamat contract perkhidmatan..


Kalau Pak Mertua aku pulak dia menghabiskan paginya dengan jogging..selepas tu minum pagi.pertama..kira-kira jam 7.30 pagi...selesai dia akan ke "kebun"nya.


Selain pokok naga...tanaman lain ialah pokok ubi, serai, pisang, ada jugak pokok mangga, pokok kunyit...ada yang dah dirasa...ubi kayu tu dah pernah tuai hasilnya...serai dan daun kunyit selain kegunaan sendiri, jiran-jiran juga berkesempatan mengambilnya...buat masak..at least tak yah beli kat pasar kan...bagi pak mertua aku lak tu amal jariah dia kepada jiran tetangga...
Majlis Perbandaran Kajang pernah round memerhatikan "kebun" nie...sebab tanah tu adalah betul-betul tepi padang permainan..mungkin kerana dijaga elok maka MPKj buat tak kisah jee..
Pelbagai cara dilakukan oleh pelbagai orang untuk memenuhi masa bersara dia....ishhh aku pun kena fikir dari sekarang ke nak buat apa masa bersara nanti???? Ishhhh....
2 comments:
Uiihh...otai ni beb..!! On 2nd pic, apasal aku nampak 2 mamat belakang otai ni isap rokok style macam kaki pukul je..
OTAI nie dulu ada "Power System" agak gerun...otai hisap rokok tu memang kaki pukul..pukul apa aku tak pasti heheheh....
Post a Comment