Hari Pengundian di N41 Manek Urai

on Tuesday, July 14, 2009

Selasa, 14 July 2009 merupakan hari besar bagi mereka yang mendaftar sebagai pengundi di N 41 Manek Urai kerana mereka akan keluar beramai-ramai membuang undi.

Besar harapan saya agar hari pengundian di sana berjalan dengan aman, terdapat 12,293 yang mendaftar di N41 Manek Urai.

Tidak perlu kita bergaduh sakan kan..apapun yang biasanya bergaduh masa hari mengundi sedihya bangsa saya sendiri dan beragama Islam. Susah sangat ke nak menghormati pendiriaan politik oang lain...

Apabila melibatkan pilhanraya kecil di Kelantan, ramai teman-teman saya dari Kelantan kalau di tanya tidak balik mengundi ke, pasti akan berkata; "Tak payah balik, PAS sure menang". Maafkan saya, pada saya sekiranya kita ada pendirian atau percaya terhadap sesuatu parti politik itu, seharusnya kita sendiri melaksanakan tanggungjawap kita tu. Pada saya ini kelemahan kita, suka mengambil ringan dengan semua perkara.

Sikap ini sepatutnya tidak perlu ada di kalangan bangsa saya, sebaliknya kita harus berubah. Kita kena ada "ownership" baru kita akan berusaha bersungguh-sungguh kan...

Apun Wallahuallam....

Pantai Medical Centre (PMC)

on Sunday, July 12, 2009

Sekararang specifically berada di D305, Wad D3, Pantai Medical Centre (PMC), Bangsar..bukan saya yang admitted tapi Alia.

Dia diarahkan masuk hari Ahad, 12.07.09. Masuk awal utk menyelesaikan segala urusan yang perlu untuk pembedahan esok hari. Ambil / pemeriksaan darah, blood pressure dan lain-lain.

Alia akan menjalani 2 procedure..satu daripadanya laporotomy bilateral ovarian cystectomy. Satu lagi saya tidak berapa sure pulak...

Detail untuk procedure Alia akan cuba saya cari untuk kita kongsi bersama. Alhamdulillah semuanya di tanggung Insurane ING yang dibayar PETRONAS.Terima kasih majikan saya.

Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mahu mengumpul wang untuk membayar pakar-pakar ini. Alia di bawah penyeliaan Dr Hamid Arshat dan Dr Nazeri di PMC.

Sebelum membuat keputusan untuk meneruskan operation ini, kami sudah melalui second opinion, dimana kami jumpa Dr Nor Ashikin. Juga minta bantuan Liyana (adik saya) bertanya dr di tempat dia bekerja (Malaysian Medical Centre, MMC). Semuanya memberi nasihat yang sama. Semua ini untuk kebaikan Alia juga. Untuk membetulkan putaran haidnya.

Saya hanya mampu berdoa
" Ya Allah, ampunkan dosa kami yang lemah ini, Ya Allah sesunggguhnya kami insan yang lemah, kami membuat keputusan ini Ya Allah semoga engkau memudahkan segala urusan pembedahan dan peyembuhan Alia"...


Salah Siapa

on Thursday, July 09, 2009

Kalau terjadi begini siapa harus disalahkan??

Gambar di bawah jenis kereta yang sama cuma 2 tuan berbeza....kenapa mesti nak parking kat tempat yang tidak dibenarkan?

JKX 2386 - belum kantoi so belum serik masih degil



Plat kerta start dengan J jugak dah kantoi...

Kepada mereka yang ada kereta tinggal di Executive Apartment MMU nie bawak-bawak lah reti bahasa kalau dah tak boleh parking jangan lah buat degil jugak nak parking..macam budak-budak pulak perangai masing-masing...segan lah sikit kan awak tu staff...

YANG BENAR MEMANG AGAK PAHIT...maafkan saya...

GOTCHA: WSQ 5323

on Monday, July 06, 2009


Kenapa kita tak pandai untuk bersabar...sedang saya menunggu trafic light untuk bertukar menjadi hijau, kereta saya yang paling hadapan, tetiba sahaja datang kereta PROTON PERSONA plate nombor WSQ 5323 memotong dari arah kiri dan terus meluru di hadapan saya...wah lampu masih merah tak sabar sangat agaknya...saya menjadi marah tapi saya cakap dalam hati mungkin dia ada panggilan alam (natural call) dah tak tertahan sangat agaknya....




Ternyata selepas traffic light bertukar hijau WSQ 5323 nie boleh jalan dengan tenang je.. nampaknya bukan lah sebab ada panggilan alam (natural call) sahaja nak menunjuk kat makwe yang duduk di kerusi penumpang agaknya...tak paham sungguh perangai dia nie...

Gambar Zaidi di Tunisia

on Sunday, July 05, 2009


Zaidi teman se "dorm" masa kat Sekolah Menengah Teknik Kuantan sekarang bekerja di Tunisia. Ex-PETRONAS yang mengembara menjadi Tenaga Professional di bidang drilling..

Banyak cerita dan ilmu yang beliau kongsi dengan saya..terika kasih Zaidi Muhammad...

Lain sikit sebab Upstream mereka di atas tanah tak payah susah macam kita kat Malaysia yee kena ke tengah laut...TQ Zaidi share...



Zaidi Muhamamd ....the proffesional drilling engineer...







Iman di Skybridge

on Saturday, July 04, 2009


Cerita dah lama cuma baru nak kongsi..pada penghujung bulan Mac 2009 Iman contact saya minta saya booking tiket untuk melawat Skybridge PETRONAS Twin Tower..sekadar membantu malahan tiketnya sememangnya diberi percuma cumanya saya ada kelebihan di mana boleh booking in advance janji 3 hari bekerja...setelah semuanya dipersetujui maka saya pun menempah tiket pada 29 Mac 2009 hari Ahad jam 10 pagi.., Iman baru selesai tugasannya di Paka (TNB Paka Power Station). Mujurlah ada kelebihan untuk menempah sebab pagi tu punyalah penuh orang beratur untuk mengambil tiket. Ketika saya sampai jam baru pukul 0915, tiket yang diserahkan kepada pengunjung ketika itu ialah untuk lawatan jam 1500..Alhamdulillah saya hanya ke counter untuk mengambil tiket yang sudah di tempah untuk lawatan jam 1000 pg.

Kacak jugak bapak-bapak dr Sulzer Turbo Services Indonesia.

Perjananan lawatan bermula dengan kami mengambil ticket di tingkat bawah (sama level dengan Tower Fitness Centre..seterusnya akan memasuki bilik tayangan 3D..sebab itu Iman and the geng pakai kaca mata hitam walaupun dalam bilik (heheheh bukan sebab mereka buta tau)...tayangan video lebih kurang lima belas minit pengenalan tentang PETRONAS,Twin Tower dan the bridge...semua fakta menarik diberikan semasa tayangan video ini

Iman & The Geng

Tinggi Skybridge ialah 173 meter. Skybridge mumpunyai dua tingkat dimana di level 41 untuk pengunjung awam manakala di level 42 khas untuk kegunaan staf di Tower 1 dan Tower 2.


Pemandangan Biasa Untuk Mengambil Tiket
p/s: Photo dari sini.

INFO tentang lawatan ke PETRONAS Twin Tower Skybridge

Lawatan ke Skybridge dibuka 6 hari seminggu, tutup hari Isnin. Masa lawatan ialah dari jam 0900 hingga 17000, pada hari Jumaat tutup antara jam 1230 - 1430. Tiket masuk percuma diatas konsep siapa cepat dia dapat sebab setiap hari cuma lebih kurang 1300 tiket.

Info lanjut tentang lawatan ke PETRONAS Twin Tower Skybridge sila click Sky Bridge Visits


Kenangan 1982

Tahun 1982, saya tinggal di Tebrau, Johor. Pernah saya coretkan kisahnya di sini. Ketika itu saya berumur 6 tahun, masih di Tabika. Ketika ke mana lagi Tabika KEMAS lah..bukan macam zaman sekarang kan macam-macam nama Tabika ada.

Ok apa yang nak saya kongsikan ialah dalam tahun itulah saya dapat album kaset (masa itu kaset masih baru kira agak termaju sekali lah sebab zaman itu masih banyak piring hitam). Pertama yang pernah saya dapat sebab masa tu abah/emak tak ingat siapa beli sebab saya ditinggal kan dirumah...tak ingat dah sebab apa...
Paling best album itu sebenarnya Album Thriller dari siapa lagi kalau bukan Michael Jackson (RIP Mikaeel). Sebab apa dalam album itu ada lagu Beat It...pehh memang masa itu jadi kegilaan tu beb......
Mikaeel aka Michael Jackson wajib pernah meninggalkan fenomena ke dalam hidup hampir semua kepada kita..Pada pagi 26 Jun 2009 yang lepas Mikaeel aka Michael Jackson meninggal dunia kerana kompilasi jantung...sekiranya benar MJ benar-benar telah memeluk Islam tidak salah rasanya untuk di sedekahkan fatihah ke atas rohnya dan semoga Allah ampunkan dosa-dosanya...

Dalam post saya sebelum ini sengaja saya selitkan concert MJ di Munich dan Korea untuk tatapan...cara MJ menari hamper sama di dalam 2 clip video ini yang di rakamkan dalam tahun yang berlainan...

MJ memang fenomena kepada kita malah saya masih ingat seorang lagi penyanyi pujaan saya Allahyarham Sudirman juga pernah mengikut cara MJ berpakaian.....Oklah itu sahaja nak kongsi pengalaman manis tentang MJ sebab masa 26 Jun 2009 tu HITZ.FM siap buat a whole day tribute to MJ, DJ pagi tu bukak topic share your experience with MJ Phenomena in your life...ok Mikaeel semoga rohmu dicucuruhi rahmat...

Older Posts