Tuesday 11 December 2007

Annual Dinner 2007 Tractors Malaysia


Annual Dinner Tractors Malaysia Group telah diadakan di Grand Selangor Ballroom Sheraton hotel Subang.
Tahun ini berbeza buat aku sebab tahun sebelum nie aku pergi sorang jeee, tahun nie berdua dengan wife aku.

Meja no 10...satu meja 10 orang tapi meja aku cuma ada 8 orang..ok lah tu kot boleh makan banyak....tamak sungguh.. walaupun meja no kecik tapi kami agak ke tepi..jauh dari pentas utama jugak lah

Biasalah bergambar bersama isteri...theme tahun nie RETRO so aku pun bantai pakai benda ala-ala Hippies ... bini aku lak ...aku pun tak tau...

Aku post gambar nie sebab spec yang aku pakai tu...spec nie bapak mertua aku punya masa dia muda..made in germany...heran aku...mesti dahsyat pak mertua aku nie masa dia muda dulu...


Kalau ikut agenda awal.yang aku tahu AC akan jadi juruacara pada malam nie....bila baca di buku agenda event malam tu...ish ada persembahan dari lagenda rock....NASH..aku suka lagu malam tu yang dia nyanyi "Pada syurga di Wajahmu"....lagu nie aku rasa dulu kemain payah dia nak nyanyi bila kami suruh...aku teringat zaman aku study menyewa dekat dengan rumah ohtai nie di TURMALIN.

Apapun malam nie kami belum bernasib baik sebab tak dapat satupun hadiah cabutan bertuah..ish tak apa tahun depan ada lagi kan...

Monday 10 December 2007

Sime Darby Industrial Internal launch - 10 Dec 2007

Pada 28 September 2007, satu entiti baru telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia , dari Synergy Drive telah lahir Sime Darby.

Ianya merupakan pengabungan

Lahirlah.....






Apa yang mereka beratur panjang nie ye...Aku akui setiap ada acara di Tractors nie mesti sambutan tidak mengecewakan. Mereka nie beratur nak ambil cenderamata sempena internal launching Sime Darby Industrial.



Mereka nie yang bertanggung jawab mengagihkan cenderamata kepada semua staff. Cik Hajah Zahimah pandang camera yee...terkenal dengan panggilan Kak Im.



Wah...mereka sedang leka melihat corporate video oleh IT Dept...


Haaaa ini lah cenderamata yang ramai sungguh orang beratur untuk mendapatkannya...kotak cantik...setiap muka mewakili division masing-masing...Plantation, motor, property, Industrial, Energy & Utility dan Growing Business (Bizz in Mainland China)...Apa ada dalam tu....



Ini lah bendanya di dalam tu...nampak kecik...berat boleh tahan... SIME DARBY A NEW BEGINNING 26 November 207....Ada cogankata.....

"SIME DARBY DEVELOPING SUSTAINABLE FUTURES"



Monday 26 November 2007

SeMiNaR oN uNdErStAnDiNg ScHeduLeD WaStEd MaNageMeNt


Dalam hidup, banyak benda yang aku cuba ambil tahu. Zaman sekarang kalau kita tidak ada ilmu kita dengan mudah ditipu oleh mereka yang lebih mengetahui. Aku pernah ditipu oleh kontraktor yang menjalankan tugas menguruskan Bahan buangan terjadual (Schedule Waste, SW). Aku tidak salahkan dia, yelah sebagai contractor dia sanggup buat apa sahaja untuk mendapat wang. Mujurlah waste itu dilupuskan akhirnya di
. Mujur ada consignment note...ishh..melayu suka buat macam nie tau...selalu buat aku kecewa.


Seminar on Understanding Schedule Waste Management anjuran Environment Institute of Malaysia
(EiMAS) dan DOE Malaysia di Hotel Equatorial.





Emmm nie bilik aku duduk kat hotel nie..
bestnya aku pergi dengan bini aku kira macam bulan madu lagi. Bilik ini aku dapat harga sebagai group dengan EiMAS. Terima kasih En. Wan Khairuldin Wan Ismail, banyak bantu aku.


Aku memang suka dengan kosep Equatorial Penang nie, dalam taman. Cantik, siap ada jambatan gantung.



Tentang programme yang ada pada aku semua bagus. Banyak bukak mata aku. Again konsep "from cradle to the grave" diperkenalkan. Wife aku tak berapa faham masa mereka cerita so aku pun terangkan kat dia konsep tu base on my understanding.

Masa pergi nie target aku untuk memahami e-consignment note. Tak sangka banyak benda aku dapat tahu yang lain-lain jugak macam E-Waste, Import and Export Waste...ish tak sangka kita pun ada import SW nie dari luar contoh copper slack untuk blasting.


Kalau ke Pulau Pinang tak pekena PASEMBUR maka tak sahlah kunjungan kita ke sana kan. Mcm biasa aku ke Penang hari Ahad. Malam tu pi Padang Kota lah apa lagi. Tambahan aku ambil sotong bakar. Pada aku sotong bakar tu tak sedap sebab sotong kering dibakar so liat nak makan. Bini aku complain, masa ambil cucur ada nampak banyak udang, bila sampai kat meja tak nampak udang...ish aku pun perasan gak nie..mereka nie menipu ke...astafirullah tak baik fitnah...tapi ...ish entahlah...



Ini kali kedua dalam tahun nie aku ke Pulau Pinang dan makan kat tempat nie. Masih tak berubah, korang tenguk mamat pakai cap hitam tu. Dia bukan pengunjung tapi pengusaha. Aku rasa tak eloklah sambil duk menjerit panggil customer kat tangan ada ROKOK. Aku memang hormat perokok nie sebab mereka antara menyumbang cukai terbesar kat Malaysia nie tapi hormatlah sikit, last visit aku makan area dia tu tapi this time sorry. Aku tenguk rata-rata pengusaha di sini memang hisap rokok ketika memanggil pelanggan.. ish..jap lagi dia pegang lak makan kan tak best tu...


Hebat mereka nie..aku lepak depan City Hall, Esplanade.


p/s: Gambar Equatorial Hotel Penang diambil daripada website mereka di http://www.equatorial.com/pen/

Saturday 17 November 2007

Family Day




Family day setelah 22 hari bertungkus lumus di NIOSH. Aku pun nak rehatkan fikiran lah sikit. Kami ke Alamanda Putrajaya.



Family day setelah 22 hari bertungkus lumus di NIOSH. Aku pun nak rehatkan fikiran lah sikit. Kek nie aku makan masa kami melepak untuk minum petang.


*gambar dikeluarkan sebab Alia pakai tudung sekarang*


Macam biasa...wife kesayangan aku...depan tu adik ipar aku..Abdul Hakam...dia yang complain..cuti semester asyik duduk rumah jeee...bosan.


Kedua-dua mertua aku..



Monday 22 October 2007

CERTIFICATE SAFETY & HEALTH OFFICER


Bermula daripada hari ini aku mengikuti latihan di NIOSH Malaysia yang terletak di Bandar Baru Bangi. Hopefully aku berjaya mengharungi course nie dengan jayanya. Course terbahagi kepada 4 module mengambil masa selama 22 hari, dijangka tamat pada 16 November 2007.

TQ boss memahami bagi aku perlepasan...aku pergi course nie pakai duit sendiri ni (TQ TPS bagi bonus..aku invest dgn belajar nak jadi SHO)..RM4,000.00 Bukan nilai duit yang sedikit tu...

Batch nie ada 33 orang..ada jugak yang datang tu pakai shift (sendiri mau ingat lah)...Back ground pun bercampur..ada Engineer, ada HR officer, ada Ass. Manager Ladanglah...macam-macam ada..peserta paling muda berumur 19 tahun manakala yang paling tua 55 tahun..


no siri course aku 02/01/SHO/2007/10

Sunday 21 October 2007

FINAL RESULT


SOUTH AFRICA 15
ENGLAND 6

Akh.hhhh...letih aku tunggu...kalah pulak England nie...game bosan...tak ada try....oklah...boleh tido lak....

RUGBY WORLD CUP


It is World Cup fever again but this time is Rugby. My favourite team ALL BLACK has been eliminate from the tournament after suffered lost 18-20 to France in quarter final.




Jonny Wilkinson....England's hope ...


South Africa rugby team....sorry I am not into this team tonight....



Come on England......


so...tell me how many penalties ....




This is HAKA.....full doc. can be obtain from ALL BLACK web site...

Saturday 13 October 2007

Hari Raya


1 Syawal....tahun ini merupakan Syawal pertama buat aku sebagai seorang suami...


Bersama kedua ibu bapa aku di pagi raya.....

Thursday 4 October 2007

Berbuka Puasa di Restoran Selasih





Persada Johor merupakan "International Convention Centre" untuk Negeri Johor. International Convention Centre is the principal Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) venue in the State of Johor, positioned to create a market and to cater to the demand for such services in the south of Peninsular Malaysia..ayat aku salin dari broacher dia... Restoran Selasih nie terletak di sini lah..mereka kata baru bukak...



Kepada yang belum pernah pergi ini lah gambaran kat area tu..sebelah kanan sekali Hotel Puteri Pan Pacific, yang tengah (berbumbung biru) Persada Johor dan yang sebelah kiri tu Parking Lot untuk pelawat Persada.



Kawan aku berbuka puasa...Hafezz dengan anak bujang sulung dia...selain tu ada isteri Hafeez dan Zahamira.. tak ada pulak aku amik gambar mereka beb...lupalah.




Lauk nie paling aku suka sekali....chef yang masak nie kebetulan masa aku ambil lauk nie bagi tahu nie hari pertama mereka masak ala-ala rendang sebelum nie mereka bakar je daging unta nie..



Sambil makan pakat layan muzik tradisional beb...best gila...


Monday 24 September 2007

Jom Ke Bandung


Ini lah Air Port Husein Sastranegara..."BANDARA BANDUNG". Kami naik Air Asia pesawat AK 966 berlepas dari LCCT pukul 9.05 pagi...2 jam atas udara...mendarat di Bandung jam 10.10 WIB (Waktu Indonesia Barat-satu jam lewat daripada Malaysia).

Bertolak pada hari Khamis, 20 September 2007 dan pulang hari Ahad, 23 September 2007.
Memandangkan kami pergi dalam bulan Ramadhan maka berpeluanglah kami berbuka puasa dengan masakan SUNDA. Seperti biasa amik lauk macam-macam...ikan gurami goreng wajib ada...sup bontot goreng jugak.

So inilah tempat kami berbuka puasa pada hari pertama kami di Bandung, RM WIBISANA. So ini gambar anggota rombongan dari Malaysia. Zaizuraliza dan suami Azril serta Zaha dan isteri Hanisah. Memandangkan Zaha baru berkahwin so kira honeymoon lah nie...Oleh sebab kawan-kawan nak bawak wife masing-masing, kami decide naik AIR ASIA.

Mamat yang sebelah aku pulak tu Hepy dari P.T Sulzer Hickham. Ini lah tujuan utama kami ke Bandung, BUTTON TEST. Buat test nie di Institute Technology Bandung (ITB).



Akhirnya...aku sampai gak aku tempat nie...gunung berapi...tujuan utama aku ke sini nak beli something yang wife aku kirim dari pertama kali aku ke Bandung...akhirnya...

Cantik...tak panas walaupun cuaca terik...tapi bau sulfur kuat gila....


He..he...banyak gila orang yang nak menjual..."PAK MARI BELI PAK...3 SEPULUOH RINGGIT"...


Ini tempat kami berbuka puasa hari yang ke dua....tempat ini atas bukit so boleh nampak permandangan Bandung waktu mlm dari tempat nie...aku lupa lak apa nama tempat nie...

Macam tau je...aku order black paper steak .....bila hantar ada bendera Malaysia.


Bekas nie...Marlon kasi....buat buah tangan..

Ada biscuit utk hari raya rupanya.....



Abang nie sedang berusaha buka tangkai untuk masukkan kesemuanya ke dalam beg...depan receptionist Hyatt Regency Bandung...selamba je lah...

So mereka semua nie yang membantu selama kami di Bandung...TQ Pak Andi and team.



Inilah kalau datang Bandung memang kena bawak beg lebih....abang nie datang dua beg..balik 3 beg...

Hari untuk pulang....