Friday 23 October 2009

Hujung Minggu, Maaf Sayang

Saya sangat bersyukur kerana mempunyai isteri yang sangat menyayangi dan memahami saya. Ketika saya bekerja di tempat lama, sentiasa dia memberi saya motivasi untuk mencari pekerjaan lain. Tentu kerana jenuh dia mendengar rungutan saya tentang boss lama saya tu. Orang kata dalam hidup kita nie memang kita akan jumpa sekali boss yang sangat teruk...Ya Allah ampunkan hamba mu ini yang lemah...

Ketika saya mendapat pekerjaan di tempat sekarang, dia jugalah yang berkongsi kegembiraan bersama saya...yes..dia yang pertama tahu...

Pada permulaan bekerja itu agak teruk jugak untuk saya menjelaskan betapa teruknya bebanan tugasan harian yang harus saya siapkan setiap hari...too much paper work to do..MIS paper..Tender Plan....bla..bla...bla...(atau saya yang sebenarnya kurang efektif menguruskan masa..entahlah) mesti setiap hari saya pulang dia akan memuncungkan mulutnya...atau call saya bertanya bila lagi nak balik....maaf sayang... selalu di tinggalkan...saya tidak berlaku adil kepada mu sayang....

Sekali lagi weekend ini terpaksa bekerja...dan sekali lagi sayang berkorban...pergi konvo Akam sendiri...mesti boring melepak kat luar seorang diri tapi apa nak buat....

Akhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh KERJA............

Sampai bila kita harus begini......pilih...keluarga atau kerja..............

Saturday 17 October 2009

A CUT ABOVE

Sebelah petang dah lega...sihat sikit dah tak didera oleh perut sendiri utk ulang alik ke tandas. Nak amik Alia so boleh gunting rambut dulu dah lama membiarkan ranbut ini panjang.

1st time @ "A CUT ABOVE" Mid Valley..ok cam biasa sure mereka akan assign by turn mereka lah kan..ok dapat mamat nie..muka buat tak mesra pengguna pulak..."mau potong apa style" emm "spiking" ...terus dia panggil junior utk cuci rambut tanpa berkata apa2 kat aku..alamak aku kurang selesa dgn dia ni terus aku automatic compare dgn louis (stylist rambut aku dr jenama salon yg sama located kat sunway pyramid...

Lepas acara cuci rambut..mamat dtg masih dengan muka tidak mesra pengguna (nota: ketika rambut aku d cuci aku perhatikan dia, nampknya dia nie jenis yang periang dan bergurau senda dgn orang lain tp dgn aku customer dia haram buat cam tunggul jek aku nie). Potong punya potong aku pun saja nak bukak topic ckp dah lama x ptg rambut sbb dah pindah ke Tmn Desa, dia btanya selalu potong kat mana (wah ingat aku ni once off customer A CUT ABOVE ke) aku pun ckap selalu LOUIS kat A CUT ABOVE SUNWAY PYRAMID...boleh pulak tanya aku keja apa? Peh ada kaitan ke potong rambut dengan keje aku..oklah nak melayan dia punya pasal so aku pun bagi tau, "aku keje dgn company P". Terus brubah..dah start nak bg nasihat cam mana nak gayakan rambut..nak pakai apa...adus dah lah gunting rambut aku ala radar jek ...sorilah for sure aku tak datang dah kat situ...kenapa nak pandang aku cam aku ni tak mampu nak bayar..in the 1st place aku tak g kalau tak berduit..

Balik rumah aku share dgn Alia sudahnya aku gak kena marah...aku setuju dgn Alia its not bcoz A CUT ABOVE ....tp bcoz hair stylist nya..LOUIS sure ingat untuk suruh auntie buatkan aku air nescafe, dan aku tak payah nak letih terang cam mana aku nak gunting rambut aku nie...moral of the story aku akan HANYA gunting rambut kat HAIRSTYLIST yang aku selesa...dulu MARIA masa kat Shah Alam sekarang LOUIS...

note: Alia pun buat komen pasal A CUT ABOVE kat sini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 16 October 2009

DOCKERS End of Season Sale

DOCKERS pun buat sales ni. Tmpt
K.L: G.floor 1Utama; 1st floor The Garden; 4th floor Pavilion
NORTH: G.floor Queeensbay mall; pacific
SOUTH: City square; Tebrau City; Batu Pahat Mall
EAST COST: KB Mall
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 15 October 2009

Clinic

Entah mana silapnya dari jam 2pg asyik terbangun membuang air besar..penat berulang alik ke tandas. Penyudahnya tak tidur semalaman. Jumlah ulang alik hingga jam 8.30pg ialah sebanyak 7 kali...Oleh kerana jarak antara rumah dengan deretan kedai yang mempunyai beberapa buah clinic hanya sepelaung jek maka memang selalunya pergi hanya berjalan kaki..

Di area Tmn Desa ni hanya ada 1 clinic yang menjadi panel ING iaitu CLINIC FAMILY CARE..masa 1st dulu mencari memang tak jumpa sebab signboard dia besar CLINIC XXXXX SKIN SPECIALIST (sorry no free AD)...maka dengan penuh semangat ditambah dengan sakit perut manapaklah ke clinic ITU..lah rupanya waktu operasi dah berubah fine..disebabkan isi perut ni dah nak keluar lagi maka menapaklah semula balik rumah..

Fuhh...lega dah..lepak dulu bagi chance kat doctor sebab biasanya doc sampai lambat cket...ish hairan pulak ni mcm Pusat Kesihatan Kecil pulak tapi lg baik pusat kesihatan gomen kalau macam ni cuma mungkin pengunjung / pesakit lebih ramai maklumlah kadar bayaran cuma free atau RM1 jek...cop balik pasal clinic ni tadi..jam dah 9.30am ada baiknya pergi semula tp kali ni naik kereta tak larat dah..kira balik ulangan ke toilet termasuk yang terkini dah 8 kali...

Sampai clinic ITU masyaAllah jawapan dr pekerja dia doctor masuk pukul 10.30am dan dengan bestnya pekerja dia kata lagi 1jam datang semula (dengan muka tidak mesra pengguna)...haloo memanglah bukan kes kecemasan atau kes nak terberanak (last week ada kes suami sambut isteri beranak selepas clinic tak terima) nie dah tak larat dah nie..so decided untuk ke KLINIC DAN SURGERI DANAU DESA sebab masa 1st time mencari clinic masa baru pindah dulu clinic nie paling awal bukak..masa tu dlm bulan Ramadhan sakitnya pulak MIGRAINE...

Alhamdulillah doc ada..masuk jumpa cerita history cket then boleh keluar amik ubat...CHARCOAL 200mg, BUSCOPAN, IMODIUM dan ORS PLUS..ops lupalak dan MC...semuanya RM50....

Tetap tak puas hati dengan clinic ITU..kalau dah doc datang jam 10.30am lain kali bukak clinic tu jam 10am ke kan senang idokleee lama sangat kalaumenunggunya... tahulah clinic tu sendiri punya..apapun sebagai pengguna pilihan di tangan kita cuma ING menafikan hak pengguna yang ini...kalau nak claim bill RM50.00 nie sure kena tulis tunjuk sebab sebab ada panel clinik ING dekat dengan clinic yang pergi nie...penjelasannya mudah jek..cuba kalau ko kena cirit birit amacam sanggup ulang alik ke clinic ke sanggup ulang alik ke toilet...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 3 October 2009

Iftar at Shah Alam

ptg tadi Alia balik dengan gembira maklumlah baru sudah buat perawatan kuku kat midvalley. Alia ajak berbuka kat shah alam, mana lagi kalau bukan kat Restoran Serai, restoran kegemaran Alia. Oh ye ianya terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Sederet dgn Restoren Syed, sebelah kedai gambar.

Kami order ikan masak stim limau, tomyam seafood dan kerabu mangga. Komen tentang lauk mereka nie memang masam dan pedas. Agak kena dengan selera kami. Cuma mungkin dari segi service boleh dipertingkat. Hairan mereka pun dah jadi macam typical orang kita, yang datang hebat dari segi pemakaian kemain lagi dilayan siap masa nak keluar dibuka pintu. Kami yang pakai jean dan tshirt ni cuma cukup dengan terima kasih masa bayar jek. Alo kami pun byr harga yang sama tau. Ish kenapa kita suka menilai sebegitu yek.

Sudah makan dan segala, teringat Engine's Corner, tempat melepak masa zaman study kat ITM. Memahami keinginan suami, Alia ikut jek. TQ sayang. Engine's Corne terletak kat Section 2 Shah Alam tapak lama dah jadi KFC skrg. Tmpt baru tak corner sangat tapi oklah sebelah hujung jugak. Cayalah ada logo dan banner HELL's ENGINE lagi..masa kami melepak nampak bebudak pakai jaket fakulti kejuruteraan mekanikal...hehe sure our super junior..good luck bro...semoga cita-cita keluarg korang mahu lihat korang jadi engineer tercapai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.