ptg tadi Alia balik dengan gembira maklumlah baru sudah buat perawatan kuku kat midvalley. Alia ajak berbuka kat shah alam, mana lagi kalau bukan kat Restoran Serai, restoran kegemaran Alia. Oh ye ianya terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Sederet dgn Restoren Syed, sebelah kedai gambar.
Kami order ikan masak stim limau, tomyam seafood dan kerabu mangga. Komen tentang lauk mereka nie memang masam dan pedas. Agak kena dengan selera kami. Cuma mungkin dari segi service boleh dipertingkat. Hairan mereka pun dah jadi macam typical orang kita, yang datang hebat dari segi pemakaian kemain lagi dilayan siap masa nak keluar dibuka pintu. Kami yang pakai jean dan tshirt ni cuma cukup dengan terima kasih masa bayar jek. Alo kami pun byr harga yang sama tau. Ish kenapa kita suka menilai sebegitu yek.
Sudah makan dan segala, teringat Engine's Corner, tempat melepak masa zaman study kat ITM. Memahami keinginan suami, Alia ikut jek. TQ sayang. Engine's Corne terletak kat Section 2 Shah Alam tapak lama dah jadi KFC skrg. Tmpt baru tak corner sangat tapi oklah sebelah hujung jugak. Cayalah ada logo dan banner HELL's ENGINE lagi..masa kami melepak nampak bebudak pakai jaket fakulti kejuruteraan mekanikal...hehe sure our super junior..good luck bro...semoga cita-cita keluarg korang mahu lihat korang jadi engineer tercapai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
5 comments:
tumpang tanya... "landak" ke..?
salam... tumpang tanya... landak kan...?
Hahahaha...."LANDAK" nama panggilan aku kat sekolah dan masa kat uni so sampai sekarang kalau jumpa kawan2 dari dua tempat ni so mereka panggil dengan nama ini...
Apa glamour sgt ke LANDAK ni smp beria-ia si Anonymous bertanya 2x? :P
sorry la... tertanya 2 kali.. kecik dunia... surfing punya surfing - jumpa kenalan lama....
lagipun interested baca topic laparoscopy tu :D - kalau ingat lagi la "awek gagap" :D
Post a Comment