Thursday, 15 October 2009

Clinic

Entah mana silapnya dari jam 2pg asyik terbangun membuang air besar..penat berulang alik ke tandas. Penyudahnya tak tidur semalaman. Jumlah ulang alik hingga jam 8.30pg ialah sebanyak 7 kali...Oleh kerana jarak antara rumah dengan deretan kedai yang mempunyai beberapa buah clinic hanya sepelaung jek maka memang selalunya pergi hanya berjalan kaki..

Di area Tmn Desa ni hanya ada 1 clinic yang menjadi panel ING iaitu CLINIC FAMILY CARE..masa 1st dulu mencari memang tak jumpa sebab signboard dia besar CLINIC XXXXX SKIN SPECIALIST (sorry no free AD)...maka dengan penuh semangat ditambah dengan sakit perut manapaklah ke clinic ITU..lah rupanya waktu operasi dah berubah fine..disebabkan isi perut ni dah nak keluar lagi maka menapaklah semula balik rumah..

Fuhh...lega dah..lepak dulu bagi chance kat doctor sebab biasanya doc sampai lambat cket...ish hairan pulak ni mcm Pusat Kesihatan Kecil pulak tapi lg baik pusat kesihatan gomen kalau macam ni cuma mungkin pengunjung / pesakit lebih ramai maklumlah kadar bayaran cuma free atau RM1 jek...cop balik pasal clinic ni tadi..jam dah 9.30am ada baiknya pergi semula tp kali ni naik kereta tak larat dah..kira balik ulangan ke toilet termasuk yang terkini dah 8 kali...

Sampai clinic ITU masyaAllah jawapan dr pekerja dia doctor masuk pukul 10.30am dan dengan bestnya pekerja dia kata lagi 1jam datang semula (dengan muka tidak mesra pengguna)...haloo memanglah bukan kes kecemasan atau kes nak terberanak (last week ada kes suami sambut isteri beranak selepas clinic tak terima) nie dah tak larat dah nie..so decided untuk ke KLINIC DAN SURGERI DANAU DESA sebab masa 1st time mencari clinic masa baru pindah dulu clinic nie paling awal bukak..masa tu dlm bulan Ramadhan sakitnya pulak MIGRAINE...

Alhamdulillah doc ada..masuk jumpa cerita history cket then boleh keluar amik ubat...CHARCOAL 200mg, BUSCOPAN, IMODIUM dan ORS PLUS..ops lupalak dan MC...semuanya RM50....

Tetap tak puas hati dengan clinic ITU..kalau dah doc datang jam 10.30am lain kali bukak clinic tu jam 10am ke kan senang idokleee lama sangat kalaumenunggunya... tahulah clinic tu sendiri punya..apapun sebagai pengguna pilihan di tangan kita cuma ING menafikan hak pengguna yang ini...kalau nak claim bill RM50.00 nie sure kena tulis tunjuk sebab sebab ada panel clinik ING dekat dengan clinic yang pergi nie...penjelasannya mudah jek..cuba kalau ko kena cirit birit amacam sanggup ulang alik ke clinic ke sanggup ulang alik ke toilet...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: