Monday 19 March 2007

Mistaken Identity

Aku nak cerita tentang website principal company aku kerja. Cerita ini sebenarnya bermula apabila pada 3 September 2006, aku berpeluang training dengan Sulzer Hickham. Pada hari aku mendarat di Soekarno Hatta Airport tu ramai betul orang. Hairan jugak tapi yelah mungkin ramai orang yang nak berangkat (sekadar menggunakan bahasa tempatan). Rupa-rupanya artis dangdut mereka mau ke tanah suci menunaikan umrah. Ratu dangdut itu bernama Dewi Persik. Artis ini mau menenangkan fikiran kerana dia baru berpisah dengan suaminya.

Pada hari pertama di Hickham, kebetulan ada majlis meraikan field service team mereka yang baru menamatkan tugas dengan jayanya. Aku diminta untuk memperkenalkan diri kepada semua yang hadir Pak Hanz Stricler, Pak Agus Susena, Pak Walter dan lain-lain.




Pak Agus Sedang memulakan majlis


NASI TUMPENG*


Apabila aku memperkenalkan diri aku terus mereka gelak. Mereka tanya aku Dewi Persik bagaimana khabarnya? Aku hairan jugak apa hal pulak Dewi Persik nie. Rupanya suami Dewi Persik nie Saiful Jamil. Terus mereka panggil aku Saiful Jamil selama aku di sana.

Minggu lepas aku surf web site Sulzer Turbo Services, aku terkejut bila aku buka web page agent mereka di Malaysia sebab nama aku di tulis sebagai Saiful Jamil.



source: SULZER


Dahsyat nie dah salah orang nie, bukan aku nie. Aku harap mereka akan tukar nama aku nie..ish buat malu betul.


Selama aku di sana disamping menimba pengalaman tentang Repair & Refurbishment Rotating Equipments aku juga dapat melihat kehidupan kampung penduduk di sana. Nie aku kongsi sedikit gambar masa aku di pelawa makan di sebuah rumah sederhana di sana.


Lepas makan yang hisap rokok mesti buat benda nie...


Sedapnya lauk mereka nie...

Ibu-ibu yang bertungkus lumus menyediakan makanan

*Nasi Tumpeng: Nasi kuning (bukan pulut tau macam Malaysia), ada kacang, telur, udang dan macam-macam.

Tuesday 13 March 2007

MONTBLANC - MEISTERSTUCK

Pen nie dah lama aku idamkan....tapi aku tak mampu nak beli.



Semalam aku ke rumah bapa mertua aku, tak sangka tetiba dia offer aku pen nie...MONTBLANC beb.....

Aku amat bersyukur sebab pada tarikh 12 March 2007 aku dapat dua benda yang menjadi idaman dalam hidup aku:


TISSOT & MONTBLANC


TQ MY FUTURE FATHER IN LAW......

KENAPA / WHY / WARUM

AKU BUKAN SEORANG YANG SUKA MENGARANG..so aku decide utk tulis blog nie dengan pertolongan gambar.

Semua yang terjadi ada sebabnya...aku buat blog nie pun sebab dipaksa oleh officemate aku nie. Dia nie dah agak lama lah menceburi benda alah nie..check this out Sinar Purnama.


Aku nak cerita pengalaman aku pergi outstation dengan dia ke Perak…Kami ada site visit di TNB JanaManjung. Memang semua orang kat office aku tak suka naik dengan mamat nie, bukan sebab kereta dia kecik or busuk or apa…tapi cara pemanduan dia yang merbahaya….






Haaaa….ini masjid kami solat…nama masjid nie cantik…Masjid Batu 10 Lekir..bertepatan dengan kami yang dah terlepas sepuloh masjid baru singgah Masjid nie….punya lah teruk driver aku nie….









Ok next nie…pemandangan daripada bilik aku di Lumut…nama hotel nie..The Orient Star Resort ..bagus gak lah corporate rate RM168.00 nett so kami amik seorang sebilik….





Nie gambar Pangkalan TLDM Lumut daripada bilik aku..sorry lah guna Konica Minolta aku nie bukan camera canggih so pepaham je lah…pangkalan nie banyak memori aku sebab aku pernah dua tahun membesar dalam pangkalan tu….





Yang nie aku tak tahan…on the way balik boleh si SYAWAL nie kata kat aku…dia dah janji dengan KAWAN dia...ish aku dah agak nie mesti PEREMPUAN.....sah...memang betul betul....kawan dia nie lecturer kat tempat nie...dia kata dia nak singgah tempat nie sebab dah lama tak ke tempat nie…kira SIRIH PULANG KE GAGANG lah nie…..ish…terkena aku…



Apapun…..aku letih sebab sampai puchong pukul 7, aku nak kena ke Kuantan pulak…this time I drive my car…..ish site visit TNB Paka pulak…..