Thursday 22 March 2012

Kenapa Dr. Hamid Arshat

Ketika kami berbincang suami isteri, memang aku yang memilih untuk berjumpa dengan Dr Hamid Arshat malah aku yang buat appointment untuk berjumpa dengan beliau buat pertama kalinya.

So menjawab soalan kenapa?

  1. Dr Hamid lulus dalam bidang perubatan pertama kalinya pada tahun 1970. Pada tahun 1971 beliau mula berkhidmat di Muar dan selepas beberapa bulan di Klinik Pesakit luar, beliau ditukarkan ke bahagian perbidanan.Tahun 1972 beliau lulus untuk jadi pakar perbidanan...cuba bayangkan dari tahun 1971 sehingga sekarang dah berapa puloh tahun tu.
  2. Semasa emak Alia hendak mengandungkan dia, emak alia jumpa anak murid Dr Hamid yang mana memang selalupun Dr. Hamid yang guide, masatu Dr Hamid dah jadi pakar kanan kan...
  3. Dr Hamid akan minta kebenaran (daripada suami) pada pertama kali kita visit dia sebab itu dia prefer kalau 1st time datang dengan suami. Beliau semamangnya dah infrom staff dia hari itu dia nak buat apa so are tersebut sahaja yang di buka.
  4. Korang tak terasa ke Dr Hamid nie pakar kepada yang pakar...dah berapa ramai pakar yang beliau lahirkan kat Malaysia nie...kesimpulan kalau ada peluang jumpalah pakar kepada yang pakar.
  5. Dr. Hamid telah membuktikan kepada aku yang dia memang ohtai dalam bidang nya...ada satu kes bila dia mendengar degupan jantung Azizi (masa tu Azizi dalam perut Alia lah), alat yang Dr Hamid gunakan memang classic cuma ada speaker untuk dengar denyutan jantung pastu dengan yakinnya dia cakap emmm dalam 120 denyutan jantung baby...pastu kami ke pusat kat PJ untuk buat scan 4D,  (Klinik Dr Hamid tak ada scan moden ni), alah scan inilah yang korang pergi untuk tengok konon-konon wajah anak korang hehehheh teruja beb...masa tu aku tanya dengan technician kot yang buat scan tu pompuan, berapa denyutan jantung anak saya, dia tunjuk kat aku reading kat monitor...pehhh gila apa 120.....aduhhhhhhh sama dengan apa yg Dr. Hamid bagi tahu.
  6. Sebelum Alia buat operation due to inverted uterus dahulu, kami pergi berjumpa pakar puan perempuan, glamour jugak dia ni, klinik dia sendiri kat TTDI. Akhirnya solution yang diberikan tetap sama lepas tanya Alia, dia lebih selesa dengan Dr. Hamid sebab lebih lembut daripada Dr perempuan. 
  7. 1st time jumpa dia kalau bole yang suami tu pergilah temankan isteri sebab lebih mudah untuk Dr Hamid juga sebab dia akan minta izi daripada suami. Satu lagi, Dr Hamid amat tertib sebab dia akan inform nurse perempuan dia sebelum dia buat pemeriksaan apa yang dia nak periksa so pesakit akan disediakan mengikut apa yang Dr. Hamid hendak periksa sahaja, bukan main bukak semua tak pasal-pasal.

Banyak lagi sebab yang lain tetapi cukuplah 7 sebab di atas menjelaskan mengapa kami memilih Dr. Hamid.

No comments: