Sunday, 25 March 2012

Marche

Sebenarnya kita ke Ikea untuk beli rak buku dd. Oleh sebab mengantuk, Azizi elok jek tidur dalam stroller. Akhirnya tersedar masa itu belum habis pun level atas kita pusing-pusing. Hari ini ramai sungguh orang.

Lepas selesai bayar bayaran penghantaran, nasib baik Putrajaya masih dalam lingkungan untuk mereka hantar tapi biasalah charge yang paling mahal iaitu RM65.00. Oleh sebab dah suruh mereka hantar apa kata mereka pasang sekali so bayaranya ialah 5% daripada harga barang yang kita beli.

Dah puas shopping make masa untuk makan pulak, Azizi pun dah puas meragam. Sekarang ini Azizi ada perangai tak suka pakai kasut dan tak suka duduk dalam stroller so mana lagi kalau berjalan, dalam dukungan dd lah...nak patah tangan ni pikul 10kg ke hulu ke hilir....

Nak makan kat food court ikea ramai sangat orang so mm dan dd decided untuk makan kat The Curve. Mm nak makan kat restaurant garden macam kat Alamanda tu ada katanya, maka kita pun masuk kedai yang mm sangkakan kedai yang sama macam kat Alamanda tu. Bila dah masuk baru perasan yang itu sebenarnya cafe hotel kat situ. So kitapun berpindahlah ke cafe di hadapannya iaitu  MARCHE. Sebuah restaurant Swiss katanya.
 Nak order makan kena hulur benda alah ni...
 makanan dd
 makanan azizi, not bad.
 kegemaran sekarang minum vitagen
 telinga selalu gatal sebab ada tahi wax yang belum keluar
 tengok tu..mesti belajar masa kat playground kat alamanda hari tu
 kan bagus kalau begini..
Aksi Azizi dengan vitagen di mache....

No comments: