Tuesday 31 August 2010

Birthday my beloved wife, Alia



Hari ini 31 August 2010 merupakan Merdeka Day yang ke 53 untuk negaraku. Semua orang bercuti kerana hari kelepasan am. Aku nak wish Happy Birthday to my beloved wife, Alia Ibrahim



    Tadi Aku sendiri dah nyanyi untuk Alia…

    Friday 27 August 2010

    Tazkirah pagi Jumaat di office

    Hari ini merupakan hari cuti umum buat mereka yang bekerja di negeri yang mengambil Nuzul Quran sebagai cuti umum. Bagi aku yang bekerja di Kulala Lumpur ni sorrylah yek. Tidak mengapalah dah pilihan sendiri bekerja di Kuala Lumpur kan redha je lah.

    Office aku memang setiap Jumaat pagi akan ada majlis Tazkirah. Untuk orang macam aku ni memang bagus jugaklah sebab nak sedarkan diri, nak pergi majlis ilmu jarang-jarang. Program ini kadangkala menjemput penceramah luar atau dilakukan sendiri oleh staff. Oleh kerana Ramadan sekarang nie makanya memang setiap minggu jemput penceramah dari luar, alamak aku lupa lak nama ustaz nie tapi dia dari Terengganu. Hebat dia sanggup travel jauh2 untuk berkongsi ilmu dengan kami. Perjuangan dia untuk Islam pastinya.
    Antara yang dia kongsi hari ini
                 i.            Kita di Malaysia tidak meraikan kedatang Ramadan padahal ini adalah bulan terbaik untuk membetulkan diri jadi sepatutnya kita  menyambut/meraikan/gembira dengan kedatangan Ramadan dan bukan menganggap Ramadan sebagai pintu untuk Aidilfitri.
               ii.            Menurut pakar ekonomi masa terbaik utuk invest dalam saham ialah ketika harga saham rendah jadi masa tu kita beli banyak-banyak. Ketika Ramadan pahala menjadi sangat murah maksudnya buat satu kebaikan pahalanya berganda compare dengan bulan biasa jadi sepatutnya sekaranglah masa untuk buat kebaikan dengan sebanyak-banyaknya semoga kita bolehmengumpul lebih banyak pahala.
             iii.            Ramadan Karim, ucapan orang Arab (kira untuk wish bila jumpa orang dan sememangnya orang Arab ni memang suka meraikan rakan apabila berbual). Karim itu maksudnya rahmat yg melimpah ruah dan uztaz itu mengambil contoh pokok anggur, dahannya kecil tapi buahnya banyak bukan macam pokok cermai dahannya besar buahnya satu2 masam pulaktu.
             iv.            Dalam hidup ini kita bersahabat rapat dengan 3 perkara iaitu pertama Allah maka cara bersahabat dengan Allah ialah menurut segala perintahnya, kedua bersahabat dengan manusia lain dan cara bersahabat ialah saling menugur/mengingati. Terakhir kita memang bersahabat dengan nafsu. Untuk nafsu ada dua cara untuk bersahabat itu menurutnya dengan cara yang dihalalkan/diizinkan Allah dan cara kedua dera dia. Contoh nafsu sex, untuk menurutnya kita hendahlah mendapatkan isteri yang sah dan cara unttuk mendera pula ialah dengan berpuasa.
               v.            Paling best pasal syaitan, kalau ada satu sifat syaitan yg kita patut contohi ialah sikap tidak berputus asa pada syaitan. Tugan syaitan ialah menyesatkan kita maka dengan tanpa berputus asa syaitan akan terus cuba untuk menyesatkan kita. Sikap berputus asa itu baik untuk kita contohi.


    Alamak yang lain dah lupa, apapun aku seronok dan teruja dengan tazkirah hari ini.

    Wednesday 25 August 2010

    'Duit raya' RM500 untuk kakitangan awam, pesara



    Datuk Seri Najib Razak petang tadi mengumumkan bayaran Bantuak Khas Kewangan sebanyak RM500.00 kepada kakitangan kerajaan sehingga Gred 52 (JUSA tak dapat nampaknya - dah gaji besarkan)  Tidak ketinggalan pesara kerajaan.

    Mesti semua yang mengetahui berita ini dan tergolong dalam lingkungan yang "terpilih" sudah mencongak nak beli apa dengan duit tersebut.  Bapa dan ayah mertuaku antara pensioner yang akan menikmati "duit raya" ini...wah leh kasi cucu baru duit raya lebih sikitkan.

    Alia pulak kata duit tu kalau dia entitle untuk dapat dia nak simpan....bekalan buat akikah bb..mungkin dia kata dia tak dapat penuh sebab dia baru join kerajaan...mari kita cuba kira...emm katakan mereka yang bekerja dari January sampai August ada lapan bulan so entitle RM500.00 so Alia yang join April patutnya boleh dapat separuh dari jumlah tersebut

    Aku pulak ?? entah...pelik sikit tahun nie sebab gossip tak bertiup payah sungguh biasa awal2 dah tau...tak apalah kalau sudah rezeki pasti ada kalau Allah izinkan pasti dapatkan...

    Tuesday 24 August 2010

    Confirm 2 September 2010








    Dr Hamid Arshat kata seminggu sebelum due date untuk buat caesarean operation…so tarikh 2 September 2010 telah dipersetujui. InsyaAllah Alia akan masuk Pantai Hospital pada jam 10 pagi untuk membolehkan caesarean dilakukan pada jam 3.30 ptg.

    Dr pesan makan berat pagi tu sebab last makan 6 jam sebelum pembedahan dan next makan sure esoknya sebab operation sebelah petangkan.

    Tadi dapat sms dari ING, Guarantee Letter Alia telah di fax ke Hospital Pantai Bangsar..sementara ini Alia dapat MC untuk merehatkan mental mungkin…fizikalnya…baju belum kemas masuk beg…baju Alia yang banyak nak kena bawak sebab bb sepanjang di Hospital Pantai akan gunakan pakaian hospital masa nak keluar jek bb pakai pakaian sendiri…

    3 September aku ada presentation pulak pagi so kena masuk opis kejap pagi nampaknya…

    Friday 20 August 2010

    Pemeriksaan Alia di Klinik Dr Hamid Arshat





    Hari ni ada temujanji dengan Dr Hamid Arshat di Kliniknya di Bukit Damansara. Kami keluar agak lewat hari ni gara-gara Alia banyak sungguh urusan di dalam bilik air di awal pagi. Keluar dari rumah jam 6.45 pagi. Hari ini sure semua jalan ke arah Klinik Dr Hamid Arshat  jem...

    Perancangan perjalanan seperti berikut:
    1.     Dari Taman Pelangi Semenyih ke Putrajaya melalui Silk Hiway,
    2.     amik MEX exit Kuchai turun kat Tmn Desa...masuk Lebuhraya Hubungan Timur Barat / Salak, cam biasa sesak tapi moving..terus masuk Federal Hiway
    3.     kat angkasapuri tu terus himpit kiri untuk masuk ke  kerinchi link...
    4.     Keluar kearah Intan, himpit kiri di Bukit Kiara Equestrian untuk masuk ke Persiaran Bukit Kiara.
    5.     Sampai di simpang empat traffic light Jln Beringin terus jek...
    6.     Masuk ke Jln Setia Murni...nampak pondok polis sebelah kiri sebelah kanan pula ada deretan rumah kedai, Klinik Dr Hamid Arshat di atas kedai makan mamak..signboard pun dah baru warna sama cam dulu biru.

    Kami sampai agak awal lebih kurang kul 8.00 pagi..since hari nie puasa mudah gila nak dapat parking kalau tdak penuhlah situ sebab orang park nak bersarapan..kalau tak ada choice ada 2 tempat parking iaitu di belakang deretan rumah kedai itu atau boleh parking kat bawah bangunan CIMB.

    Alia dapat giliran pertama, macam biasa kena test air kencing, amik blood pressure dan weight..emmm compare 2 minggu lepas, Alia masih sempat naik sekilo...

    Jumpa Dr Hamid Arshat, emmm nampaknya bila scan kepala bb masih tidak ke bawah. Dr not breech tp aku rasa kepala dia kea rah kanan dan kakinya di kiri macam melintang..apapun confirm caesarean delivery jawabnya. Seminggu sebelum due Dr kata, so Dr pilih 2 September 2010. Aku memang pernah berlawak dengan Dr nak anak aku deliver sama date birthday Alia (anak merdeka) since cuti umum, hospital pantai tidak membenarkan penempahan  labour room so adalah Dr ajarkan cara-cara untuk mencapai hajat bersalin pada hari merdeka...


    Emmm kena bincang-bincang....apapun doakan bb dan Alia selamat...Aminnnnn.
      

    Tuesday 10 August 2010

    1 Ramadan 1431 Hijriah






    Ada empat kawasan yang telah di kenal pasti untuk melihat anak bulan seperti berikut:

    Kawasan/tempat pertama:
    Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

    Kawasan/tempat kedua :

    Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

    Kawasan/tempat ketiga :

    Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

    Kawasan/tempat keempat :

    Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur(Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

    Sumber: www.ishakhasimi.com




    Dah Nampak nie...


    Malam tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah  telah mengumumkan tarikh 1 Ramadhan 1431 Hijrah adalah bersamaan dengan 11 August 2010.






    Saya dengan ini memohon maaf kepada semua, halalkan makan dan minum saya. Selamat berpuasa kepada semua.

    Sunday 8 August 2010

    Steramyx



    Kat rumah nie pakai Streamyx..last 2 week seminggu aku cuba nak connect tapi haram tak boleh...geram jugak lah aku nie...Ahad lepas aku call 100 dari phone rumah. Bercakap dengan bahagian technical..adalah macam-macam dia suruh aku buat dengan "ping" lah macam-macam sehingga lah reset port. Ok lepas reset port (set DNS server no ) dan off modem lebih kurang 15 saat, on balik ok alhamdulillah.

    Agak malang bila aku balik keje hari Rabu, on computer dan on modem adus...again...lampu link haram tak berhenti blink...akhhhhhh jadah sungguh....call lagi sekali 100 sekali ni lelaki yang pick up, senang jek mamat tu ok salin no report ni, nanti ada orang datang repair ....emmmmmmmmmmm


    Khamis tu aku hantar Alia ke Klinik Dr Hamid Arshad, lepas tu kena hantar dia ke rumah Azira kat Taman Melawati...BB aku berbunyi...lah...technician TM call katanya ada depan rumah tapi tak ada orang kat rumah...sure lah tak ada dah semua orang kena kerja cari makan bang...ok dia kata  ada tinggal kan kad dan boleh call service center untuk buat appointment supaya ada technician datang hari Ahad..ok..

    Ehhh kejap lagi service centre call tanya nak buat appointment wah...tang nie cam baguslak...ok set hari Ahad before 12 noon katanya.


    Tadi lebih kurang jam 10 pagi ada orang call telephone rumah, katanya oktak line streamyx.. sabolah aku on computer dulu mana nak tahu....lepas on computer ternyata ok...aku pun cakap apa ceirta nie selalu jek masalah macam nie...technician tu cuma cakap...oooo kami reset port je nie...emm cam tu jek ke simple nya nak repair.....adulahhhhh...kalau setakat nak reset tu ko reset je lah...pastu tu smslah aku suruh check...tak payah tunggu aku ada rumah pun boleh buat..

    BlackBerry Messenger










    Heboh diperkatakan tentang larangan penggunaan BlackBerry. Terbaru kerajan Arab Saudi juga mula mengambil langkah memantau penggunaan BlackBerry dan membatalkan untuk melarang penggunaan BlackBerry seletah Research In Motion (RIM),  pengeluar BlackBerry bersetuju meletakkan server BlackBerry di Arab Saudi dari Canada yelah RIM kan company Canada..
    BlackBerry Messenger (BBM)..kebanyakan negara khuatir pengguna boleh menggunakan service ini untuk tujuan jenayah… Menurut ceritanya kerajaan UAE menahan pengguna BBM apabila cuba merancang untuk mengadakan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak (katanya harga termahal di benua Arab)…mereka menahan Badr Ali Saiwad Al Dhohori dan Saud.
    Oh ye server nie sebenarnya untuk
    Apahal kerana BBM aku kena buang Blackberry aku kot...tapi BBM memang best sebab membenarkan pengguna Blackberry chatting seluruh dunia dengan pengguna Blackberry yang lain secara percuma.

    BlackBerry









    Pengguna BlackBerry Malaysia harus menunggu sehigga esok untuk mengetahui nasib sama ada BlackBerry dibenarkan diguna atau melaksanakan larangan. Menunggu pengumuman Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) esok…adus…

    Sunday 1 August 2010

    Shopping for Baby
















    Dua minggu aku dihabiskan dengan mencari pakaian bb..komen aku

    1.      Boleh tahan mahal sebenarnya walaupun di beli di JUSCO ketika SALE kalau dibandingakan dengan MOTHER CARE. Beza cuma di MOTHER CARE jual secara borong (mungkin 3 in 1 or 2 in 1 so harga terus nampak RM100 lebih). So tak kisah beli di mana kena bijak menilai.
    2.      Saiz baju new bone dengan size 12 (0 - 6 bulan) berbeza dalam 1 inch. Tak kisah beli size 12 cuma aku beli jugak yg new bond yelah kesianlah bb asyik pakai baju lebih besar dari saiz badan dia.
    3.      Sepasang baju senang senang berharga hampir RM50 dan kita akan amik banyak sebab kita hanya tengok harga pada baju (katakan RM30) atau seluar ( katakan RM20) sahaja padahal sebenarnya kita kena jumlah kan so total sehelai RM50.

    Walau apapun aku sangat teruja dengan pengalaman membeli pakaian bb...seronok sungguh ..

    p/s: baru separuh list jek beli...pehhh banyak lagi..