Ada empat kawasan yang telah di kenal pasti untuk melihat anak bulan seperti berikut:
Kawasan/tempat pertama:
Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Kawasan/tempat kedua :
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Kawasan/tempat ketiga :
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Kawasan/tempat keempat :
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur(Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Sumber: www.ishakhasimi.com
Malam tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, YM Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim bin Engku Ngah telah mengumumkan tarikh 1 Ramadhan 1431 Hijrah adalah bersamaan dengan 11 August 2010.
Saya dengan ini memohon maaf kepada semua, halalkan makan dan minum saya. Selamat berpuasa kepada semua.
No comments:
Post a Comment