Tuesday 21 September 2010

Keluhan Kepada PROTON...National Car??



Kalau aku ada peluang berjumpa dengan CEO Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atau Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Salleh ingin sekali aku cakap dengan dia, korang nie pasal perkembangan proton lah, international market lah tapi ada satu benda kecik yang korang sampai Proton fail nak improve. Apa lagi kalau “power window”.


Proton Waja aku yang berumur 4 tahun ++ tu ada empat tingkap tapi 3 daripadanya dah tak boleh turun tingkapnya bukan pasal apa karang turun dah tidak boleh untuk dinaiikkan. Aku pernah tukar sekali motor power window sebelah pemandu selepas setahun lebih digunakan. Apa proton nie tak pernah study ke rungutan pembeli…

Sekiranya ada dalam kepala hotak mereka yang nak beli kereta proton sebab nak murah, aku rasa kena fikirkan semula sebab total cost of ownership proton waja aku lebih mahal mungkin dari Toyota Vios mahupun Honda City.



Apapun aku boleh cakap cukuplah sekali jek aku beli waja nie berjenama proton, serik dah…mungkin kereta keluaran perodua boleh difikir-fikirkan…


Monday 13 September 2010

Menteri Besar Kelantan Mahsyur Sultan Baru Kelantan

Nampaknya apa yang digosipkan kebelakangan ini menjadi kenyataan. YTM Tengku Muhammad Faris Petra hari ini di Mahsyurkan sebagai Al Sultan Kelantan yang baru sepertimana pemahsyuran yang diumukan olrh Menteri Besar Kelantan.

Aku harap kemelut diraja Kelantan, sekiranya ada dapat diselesaikan seberapa segera, tak elok rakyat gossip banyak sangat.

Sunday 12 September 2010

Bolehkah Selepas Pembedahan Caesarean Memakai Bengkung




Jawapan paling tepat sebenarnya, WAJIB pakai. Aku bukanlah pandai sangat hal-hal berkaitan penjagaan selepas bersalin apatah lagi, Alia bersalin dengan kaedah caesarean. Emak dan mertua aku pernah cakap dengan aku dan Alia; “ kalau dah bedah tak bolehlah pakai bengkung” so benda ini memang dah melekat dalam kotak pemikiran aku.


Sepatutnya sebagai seorang anak yang telah dihantar belajar tinggi-tinggi (tinggi lah kira sampai degree kan) aku buatlah research sendiri tanya aje kat Mr. Google sure boleh dapat jawapan. Pada hari kedua selepas Alia menjalani caesarean, Pn Rokiah (pembantu penasihat penyusuan bayi) melawat Alia untuk membantu mengajar Alia cara-cara penyusuan bayi.  Maklumlah selepas caesarean, Alia tidak mampu untuk menyusukan bayi sambil duduk seperti orang beranak normal.  Beliau juga berkongsi tentang bengkung moden dan meminta aku buka website bengkung moden kerana kebutulan aku sedang melayari internet ketika dia datang.

Baru aku sedar rupanya boleh juga pakai bengkung (abdominal binder) malah adalah lebih baik sekiranya selpas 24 jam menjalani caesarean nie pakai abdominal binder kerana:

1.      Sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
2.      Melindungi bahagian yang dibedah terutama sewaktu menyusukan bayi di posisi duduk. Bengkung ini bertindak sebagai pelapik dan pelindung tempat pembedahan. Ciri rekaannya juga membantu menggalakkan pengaliran darah, mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.
3.      Bentuk V Bengkung Moden yang direka untuk keselesaan pemakai. Bahagian bawahnya yang lebih lebar dari bahagian atas untuk memastikan bengkung kejap dibadan, tidak menggelunsur, tidak bergulung, berlipat atau bergerak seperti kebanyakan bengkung yang ada dipasaran. 
4.      Reka bentuk V bengkung juga adalah sebagai bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran. 

Sebenarnya Pn Rokiah ini ada jual abdominal binder jenama Dale yang beliau perolehi daripada pembekal barang kesihatan, jenama ini boleh juga didapati daripada Mother Care dan online. Kami deberitahu dia telah memperkenalkan benda ini 3 tahun yang lepas kepada pesakit di Pantai Hospital Kuala Lumpur semenjak 3 tahun yang lepas selepas dia sendiri didedahkan dengan abdominal binder oleh cousin dia di Singapore.




Dale Abdominal Binder 


Aku share kat sini sebab aku tahu ada di kalangan rakan-rakan aku yang isterinya sedang mengandung atau dia sendiri yang mengandung so kalau ditakdirkan bersalin secara caesarean bolehlah mencuba abdominal binder ini.  Feedback Alia sendiri, apabila pakai, untuk bangun dan duduk tidak terasa sakit dibandingkan tidak memakainya. Kalau nak batuk tu tidak perlulah tahan nafas dahulu..

Macam nie pakai dia

Saturday 11 September 2010

Kenapa Cesarean Section (C-Section) Op.

Bukan pilihan kami untuk buat caesarean section operation (C-Section).. Menurut pandangan pakar Obstetrician & Gynaecologist (OBGYN) Dato’ Dr. Hamid Arshat  anak di dalam kandungan Alia masih di dalam keadaan transverse lie semasa pemeriksaan terakhir pada 27 August 2010 oleh itu Dr Hamid cadangkann buat caesarean section (juga dikenali sebagai C Section). Tarikh 2 September 2010 dicadangkan oleh Dr Hamid Arhat dimana ianya seminggu sebelum due date Alia.


Tiga minggu sebelum pemeriksaan terakhir itu apabila buat pemeriksaan dengan Dr Hamid, beliau inform kami yang baby melintang sebab kepala baby berada di sebelah kanan perut Alia. Kami decided untuk balik ke Melaka berjumpa dengan bidan kampong, not really kampong sebab nenek Zainab sebelum bersara adalah bidan terlatih Kementerian Kesihatan Malaysia  dan sentiasa membawa surat tauliah bersama apabila berjumpa pesakit.  Harapan kami dengan mengurut baby akan berpusing normal. Ada track record dalam family Alia apabila kakaknya hendak melahirkan anak yang ke tiga, baby breech so jumpa nenek Zainab, Alhamdulillah sekali diurut  selepas beberapa hari diurut dia bersalin normal. Minggu pertama kami balik nenek zainab pesan kalau boleh datang lagi minggu berikutnya, untuk yang terbaik kami pilih untuk balik sekali lagi untuk di urut so in total 2 kali. At least aku dah puaskan hatiku yang kami dah berusaha untuk “dia” dilahirkan secara normal.


Pertemuaan terakhir dengan Dr Hamid dan apabila dibuat scan, nampaknya tiada perubahan, mungkin sudah suratan Alia akan menjalani cesarean section untuk melahirkan nak kami. Sementara menunggu tarikh 2 September 2010,  Alia diberi MC seminggu untuk prepare physical dan mental.  

Cesarean Section (C-Section) Operation (sekadar hiasan) 
Aku sangat bertuah kerana Dr Hamid Arshat membenarkan aku berada di sisi Alia dan membenarkan aku merakam saat-saat baby mahu dikeluarkan….ada sedikit kelucuan apabila aku tidak menekan button camera sehingglah baby separuh keluar dan di tegur oleh Dr Hamid. Perasaan aku keika itu cukup sebak apabila mendengar jeritannya yang pertama….Aku kira aku bertuah kerana aku dapat tahu ada jugak Dr yang tidak membenarkan kita merakamkan gambar…hanya boleh merakamkan di kotak fikiran..Alhamdulillah semuanya selamat.

Friday 10 September 2010

Eid Mubarak 1431H


Di hari raya Aidilfitri ini aku ingin mengucapkan kepada semua yang mengenali dan mengunjungi blog (ada ke yang mengunjungi blog ini aku tidak kenal perasan lak aku ni) SALAM ’EIDUL FITRI DAN UCAPAN DOA “TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM” (Semoga Allah Taala menerima amalan kita semua). Semoga dipanjang umur, dikurnia kesihatan dan dimurahkan rezeki.


Aminnnnnnnnnn….

Daripada:
Mohd Syaifullah B Mohd Azali
Alia Bt Ibrahim
Muhammad Azizi Syalia B Mohd Syaifullah

Wednesday 8 September 2010

PERISYTIHARAN AIDILFITRI 1431 HIJRAH/2010 MASEHI



Malaysia insyaAllah akan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat seperti pengumuman di bawah yang diambil dari web Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia seperti di sini. Apa perasaan aku gembira untuk menyambut Syawal atau sedih kerana akan meninggalkan Ramadhan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA BERKENAAN DENGAN HARI RAYA PUASA 1431 HIJRAH/2010 MASEHI



“Bagi menyempurnakan titah perintah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenankan oleh Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah
dengan ini saya mengisytiharkan bahawa
tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia telah ditetapkan
pada hari
Jumaat, 10 hb. September 2010.”




Doa aku pula, Ya Allah ketemukanlah aku dengan Ramadhan yang akan datang…

Monday 6 September 2010

BB boy had arrived

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana Alia selamat melahirkan anak lelaki kami dengan selamatnya di Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL). Tepat jam 4.47 petang tanggal 2 September 2010. Anak kami seberat 3.46 kg disambut oleh Dr Hamid Arshat. Oleh kerana Dr Hamid yang sambut sebab itu aku bersetuju sahaja Alia nak bersalin di HPKL sebab kalau ikut aku sure aku nak anak aku beranak di Prince Court Medical Centre (PCMC). Lain-lain nanti cerita ok… 

Sunday 5 September 2010

Kenangan Ambang Aidilfitri

TEMPEYEK dan BATANG BURUK adalah dua jenis kuih yang pasti menginbau kenangan lama apabila tiba hari raya aidilfitri buat aku. Bukan kerana aku menggemari kuih2 tersebut tetapi dua jenis kuih inilah yang emak aku buat untuk jualan apabila tiba musim perayaan ini.

Tempeyek sekadar hiasan
Batang Buruk sekadar hiasan

Ketika itu bapaku seorang tentera laut (kategori lain-lain pangkat), tidak seperti sekarang dahulu gajinya kecil sahaja. Apabila tiba musim raya aidilfitri, emak akan mengambil tempahan dua jenis kuih ini untuk menambah-nambah orang kata maklumlah, anak-anak mahukan baju raya, dan nak pulang ke kampong juga memerlukan belanja yang besar.
Sebagai anak sulung tugas aku untuk membantu emak ialah sekiranya emak buat BATANG BURUK maka aku tukang putar mesin mencanai doh (sebenarnya mesin untuk membuat mee kuning tu tapi ada satu ruang untuk mencanai tepung mengikut ketebatan yang kita mahukan kalau tak silap aku ada 5 ketebalan yang boleh dipilih. Kalau emak buat TEMPEYEK maka aku akan menyusun di atas dulang untuk toskan minyak dan sejukkan TEMPEYEK sebelum disimpan sementara didalam tin. TEMPEYEK emak aku special sebab sure ada at least 10 biji kacang dan 2 ikan bilis. Selain itu ada jugak TEMPEYEK kacang hijau & kacang dal.
Manual
Pembukusan menggunakan plastic tebal dan seal menggunakan api lilin..untuk BATANG BURUK satu plastic ada 50 batang manakala untuk TEMPEYEK biasanya emak akan bungkus 25 keping satu plastic.
Sekarang emak aku masih membuat TEMPEYEK sahaja apabila menjelang hari raya, walaupun kami semua sudah lepas semuanya. Pernah aku menegah memandangkan tahap kesihatannya, tapi dia ada banyak alas an untuk masih membuat TEMPEYEK. Mungkin aku masih belum “berkemampuan” untuk menaggung ibubapaku seperti mana mereka mampu menjagaku sejak dari kecik.

“Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak dari kecil”

Thursday 2 September 2010

Bank Negara Malaysia lulus 4 lesen baru Takaful

Bank Negara Malaysia meluluskan 4 lesen Takaful baru kepada 4 JV companies. Bank Negara memberikan alasan setelah meluluskan dua pada 27 April tahun lepas menunjukkan pertumbuhan yang amat pesat dalam industri insuran takaful.

JV ini melibatkan beberapa bank dan syarikat insuran / bank tempatan menubuhkan syarikat usahasaman (JV) dengan partner dari Negara luar

Perkembangan ini aku harap adalah kerana semakin ramai umat Islam semakin sedar kepentingan insuran (walaupun insuran nyawa) kerana kita bukan mahu menggantikan nyawa kita tapi kita memberi hak kepada waris kita untuk at least hak untuk merasai hidup yang sama ketika kita tiada. Mahukan insuran yang mematuhi syariat Islam, alhamdulillah di Malaysia ada Takaful, terserah kepada kita memilih takaful yang disediakan syarikat mana.

source : Business Times online
p/s: Alia admitted to Pantai Hospital this morning fro caesarean operation (yes many ask me why have to caesarean, will answer u later). Please pray for Alia and the baby…tq.