Saturday, 11 September 2010

Kenapa Cesarean Section (C-Section) Op.

Bukan pilihan kami untuk buat caesarean section operation (C-Section).. Menurut pandangan pakar Obstetrician & Gynaecologist (OBGYN) Dato’ Dr. Hamid Arshat  anak di dalam kandungan Alia masih di dalam keadaan transverse lie semasa pemeriksaan terakhir pada 27 August 2010 oleh itu Dr Hamid cadangkann buat caesarean section (juga dikenali sebagai C Section). Tarikh 2 September 2010 dicadangkan oleh Dr Hamid Arhat dimana ianya seminggu sebelum due date Alia.


Tiga minggu sebelum pemeriksaan terakhir itu apabila buat pemeriksaan dengan Dr Hamid, beliau inform kami yang baby melintang sebab kepala baby berada di sebelah kanan perut Alia. Kami decided untuk balik ke Melaka berjumpa dengan bidan kampong, not really kampong sebab nenek Zainab sebelum bersara adalah bidan terlatih Kementerian Kesihatan Malaysia  dan sentiasa membawa surat tauliah bersama apabila berjumpa pesakit.  Harapan kami dengan mengurut baby akan berpusing normal. Ada track record dalam family Alia apabila kakaknya hendak melahirkan anak yang ke tiga, baby breech so jumpa nenek Zainab, Alhamdulillah sekali diurut  selepas beberapa hari diurut dia bersalin normal. Minggu pertama kami balik nenek zainab pesan kalau boleh datang lagi minggu berikutnya, untuk yang terbaik kami pilih untuk balik sekali lagi untuk di urut so in total 2 kali. At least aku dah puaskan hatiku yang kami dah berusaha untuk “dia” dilahirkan secara normal.


Pertemuaan terakhir dengan Dr Hamid dan apabila dibuat scan, nampaknya tiada perubahan, mungkin sudah suratan Alia akan menjalani cesarean section untuk melahirkan nak kami. Sementara menunggu tarikh 2 September 2010,  Alia diberi MC seminggu untuk prepare physical dan mental.  

Cesarean Section (C-Section) Operation (sekadar hiasan) 
Aku sangat bertuah kerana Dr Hamid Arshat membenarkan aku berada di sisi Alia dan membenarkan aku merakam saat-saat baby mahu dikeluarkan….ada sedikit kelucuan apabila aku tidak menekan button camera sehingglah baby separuh keluar dan di tegur oleh Dr Hamid. Perasaan aku keika itu cukup sebak apabila mendengar jeritannya yang pertama….Aku kira aku bertuah kerana aku dapat tahu ada jugak Dr yang tidak membenarkan kita merakamkan gambar…hanya boleh merakamkan di kotak fikiran..Alhamdulillah semuanya selamat.

3 comments:

Unknown said...

tahniah bro! ;)

kat said...

encik. tumpang tanye... check up buat kat klinik dr hamid jugak ke? nak claim ING mcm mane? perlu ade referral letter gak ke?

Landak said...

Haah isteri saya dari awal sampai bersalin dengan Dr. Hamid. Pilihan dia.

Masa buat rawatan tu memang kena ada surat referral dari Klinik panel ING untuk dapatkan GL.

Di klinik Dr. Hamid sila bertanya lanjut dengan Kak Ana, dia sangat berpengalaman berususan dgn ING dan dia akan advise, insyaAllah..