Tuesday, 21 September 2010

Keluhan Kepada PROTON...National Car??



Kalau aku ada peluang berjumpa dengan CEO Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir atau Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Salleh ingin sekali aku cakap dengan dia, korang nie pasal perkembangan proton lah, international market lah tapi ada satu benda kecik yang korang sampai Proton fail nak improve. Apa lagi kalau “power window”.


Proton Waja aku yang berumur 4 tahun ++ tu ada empat tingkap tapi 3 daripadanya dah tak boleh turun tingkapnya bukan pasal apa karang turun dah tidak boleh untuk dinaiikkan. Aku pernah tukar sekali motor power window sebelah pemandu selepas setahun lebih digunakan. Apa proton nie tak pernah study ke rungutan pembeli…

Sekiranya ada dalam kepala hotak mereka yang nak beli kereta proton sebab nak murah, aku rasa kena fikirkan semula sebab total cost of ownership proton waja aku lebih mahal mungkin dari Toyota Vios mahupun Honda City.



Apapun aku boleh cakap cukuplah sekali jek aku beli waja nie berjenama proton, serik dah…mungkin kereta keluaran perodua boleh difikir-fikirkan…


1 comment:

Anonymous said...

Pakailah kena importlah beb.. KIA dah ok skrng.. Naza je yg hampeh. - Zaini