Malaysia insyaAllah akan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat seperti pengumuman di bawah yang diambil dari web Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia seperti di sini. Apa perasaan aku gembira untuk menyambut Syawal atau sedih kerana akan meninggalkan Ramadhan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PERISYTIHARAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA BERKENAAN DENGAN HARI RAYA PUASA 1431 HIJRAH/2010 MASEHI
“Bagi menyempurnakan titah perintah
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
setelah diperkenankan oleh Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah
dengan ini saya mengisytiharkan bahawa
tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia telah ditetapkan
pada hari
Jumaat, 10 hb. September 2010.”
Doa aku pula, Ya Allah ketemukanlah aku dengan Ramadhan yang akan datang…
No comments:
Post a Comment