Monday 17 December 2012

MM DAHULU

Azizi post yang ini dd buat khas sebagai peringatan kepada awak, MM DAHULU barulah perkara lain. Apa maksud dd dengan MM DAHULU.

DD ada cerita pasal dd akhirnya boleh baik ke darat selepas lebih 7 minggu bekerja di tengah laut. Baca di sini. Apabila dd sampai ke hotel malam tu dd memang sangat merindui Azizi, tetapi dd tahu nenek jugak sangat merindui dd. 

Esok paginya dd cepat-cepat hantar message kepada agent ticket untuk confirm kan ticket flight dd dari Bintulu ke KLIA. Apabila dah sah dd dapat ticket tengah hari tu dari Bintulu ke KLIA dd terus beli ticket KLIA ke Kuantan. DD sampai KLIA dalam lebih kurang jam 3 petang dan ticket ke Kuantan jam 6.30 petang. 

Bukan dd tidak sayang Azizi mahupun rindukan Azizi tetapi ingat sebagai anak lelaki, Azizi ada tanggungjawab yang sangat besar. Anak lelaki tidak terputus tanggungjawabnya kepada ibu selagi nyawa dikandung badan. DD harap dan doa apabila Azizi besar nanti Azizi tidak membelakangkan atau buat tidak endah pada mm. Ingat mm dah sangat banyak berkorban untuk Azizi, mm sanggup dirinya dipotong hanya untuk membolehkan Azizi melihat dunia ini. Baca di sini

Harap Azizi faham apa yang cuba dd sampaikan. 

Sunday 16 December 2012

AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KUBU BAHRU

Hari Ahad biasanya hari perpisahan seorang ibu dan anaknya. Pada kali ini mm ke AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KUBU BAHRU untuk selama seminggu. MM sibuk mengemas baju, Azizi pulak cuba untuk menarik perhatian mm dengan buat pelbagai gelagat. Untuk ke AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KUBU BAHRU, mm diminta berkumpul di Putrajaya Sentral jam 1500hrs.
Muka tak puas hati kena tunggu lama bas
 DD & MM sampai kat Putrajaya Sentral, masa tu dah ramai kawan-kawan mm menunggu. Lelaki semua rambut no.1, pakai kemeja putih seluar hitam. Perempuan lebih mudah sebab boleh pakai baju kurung.
Akhirnya bas sampai, lewat 35 minit bas ni...
MM bagi post di pintu bas
 Setelah penat menunggu, bas mm sampai lewat kira-kira 30 minit dari waktu yang dijanjikan.
Masih ada yang sedang sumbat bag
 Masa semua orang naik bas maka bermulalah teriakan anak-anak yang mahu mengikut ibu atau bapa.
Bas jalan, sambil tu ada teriakan anak-anak  
Posisi yang Azizi paling suka semenjak dalam pantang
DD balik rumah Azizi tidur. Tetiba Azizi tersedar terus sebut mm...mm. Bila DD pujuk..dukung..Azizi masa sebut dd..mm...apa yang mampu dd bagi tahu Azizi ialah mm work. Next week mm balik mm cuti kita pergi jalan ok...Azizi terus terlena lagi di bahu dd.

Bila DD kejut Azizi sebab dah jam 6.30ptg, Azizi nangis so dd pun ajak Azizi mandi dan dd mandikan Azizi. Lepas mandi dd mintak nak tengok cerita tebis i.e teletubbies..

Azizi menonton tetubbies & in the night garden
Sememangnya sekarang masa untuk kerja mm so mm kena korbankan masa dengan family. Hopefully mm dapat menyerap ilmu yang bermanfaat sepanjang krusus nya. Juga satu hari nanti bila mm "di atas" mm bolehlah cuba untuk baiki program ini supaya relevan pada masanya. Bukanlah sesuatu program sudah bertahun-tahun dibuat akan terus relevan sebab still kena update untuk memastikan pengisiannya relevan.

Thursday 13 December 2012

UPDATE AZIZI DI RUMAH

Azizi kalau DD balik kat rumah sekarang confirm melekat terus. Bila DD hilang dari pandangan sibuklah mencari DD...DD....
 Azizi juga sangat pandai menzahirkan rasa kasih dan mengambil hati. Tetiba Azizi datang datang kat DD dan cium DD...Ooooo sayang DD...tapi dalam masa yang sama ada benda yang Azizi mintak sebenarnya...
 Yes zaaaa Azizi berhajat nak buat seperti di atas inilah..menonton Teletubbies dan In the night garden from youtube...punya seronok menonton dari lepas magrib sampai waktu tidur. Malam kelmarin Azizi tidur jam 12.30 malam.
Punya lama sangat tengok youtube, tetiba semalam DD tengok ipad kat Maxis tu tak keluar dah 3G. Emmm puas dah off dan on balik tetapi masih sama. Mesti dah habis ni data dia..bukak youtube pun tak boleh excess. Bila dah tak boleh tengok youtube Azizi mulalah ada sahaja benda creative dia nak main..tengok tu nenek punya habis bawak ke hadapan main...

Azizi tidur jam 11 malam. Lebih kurang jam 12 malam Azizi merengek, DD pun buat susu bagi Azizi minum. Masalah Azizi ialah tidak mahu minum banyak terus maximum yang Azizi minum hanya 2 oz sahaja. Lebih kurang jam 2 pagi menangis lagi sebab hidung sumbat. DD amik vicks dan sapu di dada dan belakang Azizi sedikit letak di bawah hidung Azizi. Mintak kakak buat susu dan Azizi minum lepas tu sambung tidur balik. jam 4 pagi bangun lagi sekali nak minum susu lah tu siap mengamuk lagi...terpaksa dukung dan bagi susu baru diam dan tidur semula.

Friday 7 December 2012

TIDAK BOLEH TIDUR

Jam hampir pukul 3 pagi tapi Azizi tidak boleh tidur dengan lena. Azizi hanya senyap apabila DD mendukung Azizi tidur di bahu DD seperti waktu Azizi masih kecil.
Suka Tidur begini

Azizi tidur tapi bila letak menangis pula. Tidak mengapalah DD anggap Azizi mahu DD menebus waktu DD tidak berada disisi dan kena tidur dengan dengan kakak dan nenek  selama 53 hari. Dalam masa yang sama DD cuba memeriksa perutnya takut Azizi kembung. Ternyata tidak kembung. 



Tidak mengapalah janji azizi boleh tidur.