Thursday 13 December 2012

UPDATE AZIZI DI RUMAH

Azizi kalau DD balik kat rumah sekarang confirm melekat terus. Bila DD hilang dari pandangan sibuklah mencari DD...DD....
 Azizi juga sangat pandai menzahirkan rasa kasih dan mengambil hati. Tetiba Azizi datang datang kat DD dan cium DD...Ooooo sayang DD...tapi dalam masa yang sama ada benda yang Azizi mintak sebenarnya...
 Yes zaaaa Azizi berhajat nak buat seperti di atas inilah..menonton Teletubbies dan In the night garden from youtube...punya seronok menonton dari lepas magrib sampai waktu tidur. Malam kelmarin Azizi tidur jam 12.30 malam.
Punya lama sangat tengok youtube, tetiba semalam DD tengok ipad kat Maxis tu tak keluar dah 3G. Emmm puas dah off dan on balik tetapi masih sama. Mesti dah habis ni data dia..bukak youtube pun tak boleh excess. Bila dah tak boleh tengok youtube Azizi mulalah ada sahaja benda creative dia nak main..tengok tu nenek punya habis bawak ke hadapan main...

Azizi tidur jam 11 malam. Lebih kurang jam 12 malam Azizi merengek, DD pun buat susu bagi Azizi minum. Masalah Azizi ialah tidak mahu minum banyak terus maximum yang Azizi minum hanya 2 oz sahaja. Lebih kurang jam 2 pagi menangis lagi sebab hidung sumbat. DD amik vicks dan sapu di dada dan belakang Azizi sedikit letak di bawah hidung Azizi. Mintak kakak buat susu dan Azizi minum lepas tu sambung tidur balik. jam 4 pagi bangun lagi sekali nak minum susu lah tu siap mengamuk lagi...terpaksa dukung dan bagi susu baru diam dan tidur semula.

No comments: