Monday, 17 December 2012

MM DAHULU

Azizi post yang ini dd buat khas sebagai peringatan kepada awak, MM DAHULU barulah perkara lain. Apa maksud dd dengan MM DAHULU.

DD ada cerita pasal dd akhirnya boleh baik ke darat selepas lebih 7 minggu bekerja di tengah laut. Baca di sini. Apabila dd sampai ke hotel malam tu dd memang sangat merindui Azizi, tetapi dd tahu nenek jugak sangat merindui dd. 

Esok paginya dd cepat-cepat hantar message kepada agent ticket untuk confirm kan ticket flight dd dari Bintulu ke KLIA. Apabila dah sah dd dapat ticket tengah hari tu dari Bintulu ke KLIA dd terus beli ticket KLIA ke Kuantan. DD sampai KLIA dalam lebih kurang jam 3 petang dan ticket ke Kuantan jam 6.30 petang. 

Bukan dd tidak sayang Azizi mahupun rindukan Azizi tetapi ingat sebagai anak lelaki, Azizi ada tanggungjawab yang sangat besar. Anak lelaki tidak terputus tanggungjawabnya kepada ibu selagi nyawa dikandung badan. DD harap dan doa apabila Azizi besar nanti Azizi tidak membelakangkan atau buat tidak endah pada mm. Ingat mm dah sangat banyak berkorban untuk Azizi, mm sanggup dirinya dipotong hanya untuk membolehkan Azizi melihat dunia ini. Baca di sini

Harap Azizi faham apa yang cuba dd sampaikan. 

No comments: