Hari Ahad biasanya hari perpisahan seorang ibu dan anaknya. Pada kali ini mm ke AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KUBU BAHRU untuk selama seminggu. MM sibuk mengemas baju, Azizi pulak cuba untuk menarik perhatian mm dengan buat pelbagai gelagat. Untuk ke AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KUBU BAHRU, mm diminta berkumpul di Putrajaya Sentral jam 1500hrs.
Muka tak puas hati kena tunggu lama bas |
DD & MM sampai kat Putrajaya Sentral, masa tu dah ramai kawan-kawan mm menunggu. Lelaki semua rambut no.1, pakai kemeja putih seluar hitam. Perempuan lebih mudah sebab boleh pakai baju kurung.
Akhirnya bas sampai, lewat 35 minit bas ni... |
MM bagi post di pintu bas |
Setelah penat menunggu, bas mm sampai lewat kira-kira 30 minit dari waktu yang dijanjikan.
Masih ada yang sedang sumbat bag |
Masa semua orang naik bas maka bermulalah teriakan anak-anak yang mahu mengikut ibu atau bapa.
Bas jalan, sambil tu ada teriakan anak-anak |
Posisi yang Azizi paling suka semenjak dalam pantang |
DD balik rumah Azizi tidur. Tetiba Azizi tersedar terus sebut mm...mm. Bila DD pujuk..dukung..Azizi masa sebut dd..mm...apa yang mampu dd bagi tahu Azizi ialah mm work. Next week mm balik mm cuti kita pergi jalan ok...Azizi terus terlena lagi di bahu dd.
Bila DD kejut Azizi sebab dah jam 6.30ptg, Azizi nangis so dd pun ajak Azizi mandi dan dd mandikan Azizi. Lepas mandi dd mintak nak tengok cerita tebis i.e teletubbies..
Azizi menonton tetubbies & in the night garden |
Sememangnya sekarang masa untuk kerja mm so mm kena korbankan masa dengan family. Hopefully mm dapat menyerap ilmu yang bermanfaat sepanjang krusus nya. Juga satu hari nanti bila mm "di atas" mm bolehlah cuba untuk baiki program ini supaya relevan pada masanya. Bukanlah sesuatu program sudah bertahun-tahun dibuat akan terus relevan sebab still kena update untuk memastikan pengisiannya relevan.
No comments:
Post a Comment