TEMPEYEK dan BATANG BURUK adalah dua jenis kuih yang pasti menginbau kenangan lama apabila tiba hari raya aidilfitri buat aku. Bukan kerana aku menggemari kuih2 tersebut tetapi dua jenis kuih inilah yang emak aku buat untuk jualan apabila tiba musim perayaan ini.
Tempeyek sekadar hiasan |
Batang Buruk sekadar hiasan |
Ketika itu bapaku seorang tentera laut (kategori lain-lain pangkat), tidak seperti sekarang dahulu gajinya kecil sahaja. Apabila tiba musim raya aidilfitri, emak akan mengambil tempahan dua jenis kuih ini untuk menambah-nambah orang kata maklumlah, anak-anak mahukan baju raya, dan nak pulang ke kampong juga memerlukan belanja yang besar.
Sebagai anak sulung tugas aku untuk membantu emak ialah sekiranya emak buat BATANG BURUK maka aku tukang putar mesin mencanai doh (sebenarnya mesin untuk membuat mee kuning tu tapi ada satu ruang untuk mencanai tepung mengikut ketebatan yang kita mahukan kalau tak silap aku ada 5 ketebalan yang boleh dipilih. Kalau emak buat TEMPEYEK maka aku akan menyusun di atas dulang untuk toskan minyak dan sejukkan TEMPEYEK sebelum disimpan sementara didalam tin. TEMPEYEK emak aku special sebab sure ada at least 10 biji kacang dan 2 ikan bilis. Selain itu ada jugak TEMPEYEK kacang hijau & kacang dal.
Manual |
Pembukusan menggunakan plastic tebal dan seal menggunakan api lilin..untuk BATANG BURUK satu plastic ada 50 batang manakala untuk TEMPEYEK biasanya emak akan bungkus 25 keping satu plastic.
Sekarang emak aku masih membuat TEMPEYEK sahaja apabila menjelang hari raya, walaupun kami semua sudah lepas semuanya. Pernah aku menegah memandangkan tahap kesihatannya, tapi dia ada banyak alas an untuk masih membuat TEMPEYEK. Mungkin aku masih belum “berkemampuan” untuk menaggung ibubapaku seperti mana mereka mampu menjagaku sejak dari kecik.
“Ya Allah kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku sejak dari kecil”
1 comment:
tahniah bro! tahniah sangat! ceria la aidilftri tahun ni ;)
Post a Comment