Monday 19 March 2007

Mistaken Identity

Aku nak cerita tentang website principal company aku kerja. Cerita ini sebenarnya bermula apabila pada 3 September 2006, aku berpeluang training dengan Sulzer Hickham. Pada hari aku mendarat di Soekarno Hatta Airport tu ramai betul orang. Hairan jugak tapi yelah mungkin ramai orang yang nak berangkat (sekadar menggunakan bahasa tempatan). Rupa-rupanya artis dangdut mereka mau ke tanah suci menunaikan umrah. Ratu dangdut itu bernama Dewi Persik. Artis ini mau menenangkan fikiran kerana dia baru berpisah dengan suaminya.

Pada hari pertama di Hickham, kebetulan ada majlis meraikan field service team mereka yang baru menamatkan tugas dengan jayanya. Aku diminta untuk memperkenalkan diri kepada semua yang hadir Pak Hanz Stricler, Pak Agus Susena, Pak Walter dan lain-lain.




Pak Agus Sedang memulakan majlis


NASI TUMPENG*


Apabila aku memperkenalkan diri aku terus mereka gelak. Mereka tanya aku Dewi Persik bagaimana khabarnya? Aku hairan jugak apa hal pulak Dewi Persik nie. Rupanya suami Dewi Persik nie Saiful Jamil. Terus mereka panggil aku Saiful Jamil selama aku di sana.

Minggu lepas aku surf web site Sulzer Turbo Services, aku terkejut bila aku buka web page agent mereka di Malaysia sebab nama aku di tulis sebagai Saiful Jamil.



source: SULZER


Dahsyat nie dah salah orang nie, bukan aku nie. Aku harap mereka akan tukar nama aku nie..ish buat malu betul.


Selama aku di sana disamping menimba pengalaman tentang Repair & Refurbishment Rotating Equipments aku juga dapat melihat kehidupan kampung penduduk di sana. Nie aku kongsi sedikit gambar masa aku di pelawa makan di sebuah rumah sederhana di sana.


Lepas makan yang hisap rokok mesti buat benda nie...


Sedapnya lauk mereka nie...

Ibu-ibu yang bertungkus lumus menyediakan makanan

*Nasi Tumpeng: Nasi kuning (bukan pulut tau macam Malaysia), ada kacang, telur, udang dan macam-macam.

2 comments:

Unknown said...

Wei, habis ko gi tunjuk company tempat ko kerja... nanti jadi apa2 susah tau

Landak said...

Aku rasa aku tak kisah sebab hanya orang yang bersalah sentiasa dalam ketakutan....