Pada 26 May 2007 aku telah selamat diijapkabul dengan isteri kesayangan aku....isteri pandang tu kena control macho... Saat paling gemuruh dalam hidup aku selepas gemuruh masa bersunat. Aku bernikah di rumah pengantin perempuan. Isteriku mempunyai sebab dia yang tersendiri untuk majlis itu di laksanakan di rumah sahaja. Majlis ini lebih kepada majlis untuk keluarga, semua yang hadir terdiri daripada kaum keluarga terdekat.
Aku disaat menanti untuk upacara pertukaran hantaran. Aku bawak 9 dulang je so cam biasa ikut adat pihak perempuan membalas 11 dulang. Aku warna gold + coklat belah isteri aku warna hijau. Salah satu daripada hantaran daripada pihak perempuan ini ada jam TISSOT yang aku cerita sebelum ini.
Aku dah selesai semua, dah baca taqlik maka turunkanlah tandatangan...wah pengapit aku si Pian memandang...takut aku tak sign apa...atau mungkin dia belajar bagaimana prosuder semua ini, maklumlah belum lagi. Bila lagi beb...
Akhir kata bersama-samalah doakan rumahtangga kami agar kekal hingga akhir hayar, murahkan rezeki (harta,wang ringgit,anak-anak)...AMIN...Kala u ada yang sudia nak tenguk gambar kahwin aku yang lain silalah ke FOTOPAGES aku...
No comments:
Post a Comment