Friday, 23 October 2009
Hujung Minggu, Maaf Sayang
Thursday, 15 October 2009
Clinic
Di area Tmn Desa ni hanya ada 1 clinic yang menjadi panel ING iaitu CLINIC FAMILY CARE..masa 1st dulu mencari memang tak jumpa sebab signboard dia besar CLINIC XXXXX SKIN SPECIALIST (sorry no free AD)...maka dengan penuh semangat ditambah dengan sakit perut manapaklah ke clinic ITU..lah rupanya waktu operasi dah berubah fine..disebabkan isi perut ni dah nak keluar lagi maka menapaklah semula balik rumah..
Fuhh...lega dah..lepak dulu bagi chance kat doctor sebab biasanya doc sampai lambat cket...ish hairan pulak ni mcm Pusat Kesihatan Kecil pulak tapi lg baik pusat kesihatan gomen kalau macam ni cuma mungkin pengunjung / pesakit lebih ramai maklumlah kadar bayaran cuma free atau RM1 jek...cop balik pasal clinic ni tadi..jam dah 9.30am ada baiknya pergi semula tp kali ni naik kereta tak larat dah..kira balik ulangan ke toilet termasuk yang terkini dah 8 kali...
Sampai clinic ITU masyaAllah jawapan dr pekerja dia doctor masuk pukul 10.30am dan dengan bestnya pekerja dia kata lagi 1jam datang semula (dengan muka tidak mesra pengguna)...haloo memanglah bukan kes kecemasan atau kes nak terberanak (last week ada kes suami sambut isteri beranak selepas clinic tak terima) nie dah tak larat dah nie..so decided untuk ke KLINIC DAN SURGERI DANAU DESA sebab masa 1st time mencari clinic masa baru pindah dulu clinic nie paling awal bukak..masa tu dlm bulan Ramadhan sakitnya pulak MIGRAINE...
Alhamdulillah doc ada..masuk jumpa cerita history cket then boleh keluar amik ubat...CHARCOAL 200mg, BUSCOPAN, IMODIUM dan ORS PLUS..ops lupalak dan MC...semuanya RM50....
Tetap tak puas hati dengan clinic ITU..kalau dah doc datang jam 10.30am lain kali bukak clinic tu jam 10am ke kan senang idokleee lama sangat kalaumenunggunya... tahulah clinic tu sendiri punya..apapun sebagai pengguna pilihan di tangan kita cuma ING menafikan hak pengguna yang ini...kalau nak claim bill RM50.00 nie sure kena tulis tunjuk sebab sebab ada panel clinik ING dekat dengan clinic yang pergi nie...penjelasannya mudah jek..cuba kalau ko kena cirit birit amacam sanggup ulang alik ke clinic ke sanggup ulang alik ke toilet...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, 6 July 2009
GOTCHA: WSQ 5323

Saturday, 13 June 2009
CELCOM Broadband dan Airport Limo
Abang nie banyak berkorban sebenarnya. Keluarganya tinggal di Melaka sementara dia mencari rezeki di Lembah Klang. Saya bertanya, “Di mana abang menyewa”...jawapannya sungguh menarik...”abang tak menyewa di mana-mana, abang Cuma tidur didalam kereta ini sahajalah di sekitar KLIA jugak abang biasa cari port”....Wah hebat pengorbanan abang nie..hanya pulang ke rumah selang 4 atau 5 hari....Sebenarnya seperti sudah menjadi kelaziman pulak mereka nie tidur di dalam kereta yek...Cuma satu pesan aku pada abang tu, berhati-hati cari tempat tidur...dan pastikan dapat rehat yang cukup..Abang pemandu teksi yang menghantar saya ke Airport tempuh hari untuk ke Johor jugak berkongsi cerita yang dia tidur di Putrajaya Central...Abang nie pemandu teksi biasa berpengkalan Cyberjaya..pengorbanan untuk mencari nafkah....masyaAllah....pernahkah saya bersyukur???
Berkongsi tentang hak milik kereta Airport Limo sebab setahu saya (berdasarkan cerita-cerita pemandu yang lain yang saya pernah bertanya sebelum ini) kereta waja mereka nie sewa beli...sepatutnya samalah macam kereta saya di rumahtu sewa beli...pada akhir tempoh yang dipersetujui, dan bayaran kesemua sedah dilangsaikan maka kereta tersebut menjadi hak mutlak saya.... oleh sebab itu walaupun kereta saya masih milik hak bank tentu saya tidak gembira sekiranya bank mahu memperlakukan sesuka hati terhadap kereta waja saya tu....
Teksi Limo Promosi CELCOM broadband
Kalau perasan, sekarang ni banyak di jalan raya kereta waja Airport Limo nie berwajah baru sebab ada iklan CELCOM .....menurut kata En. Chee Pok Jin, CELCOM’s Chief Marketing Officer, CELCOM mebelanjakan RM1 juta untuk tujuan promosi ini dengan kerjasama Airport Limo (M) Sdn Bhd...lapur Business Times, gulfbase.com dan KTTIME.COM yang sempat saya bacalah.
- takkan Airport Limo Sdn Bhd hanya buat kerja amal untuk CELCOM
- kalau dapat "sedikit" dari CELCOM kenapa tak share dengan pemandu macam teksi bandar dapat.