Sunday, 25 May 2008

Birthday Party M.I Family of May

M.I is an acronym for Mahmud Ithnin..my wife's grandfather.

M.I = 1st generation
M.I 2= 2nd generation (aku menumpang kat sini)

Oleh kerana bulan May merupakan bulan yang paling ramai waris M.I yang menyambut hari lahir maka Mak Long (mertua aku) dan Mak Ngah berpakat untuk membuat majlis kesyukuran di rumahnya. Alamak aku lupalak nak ambil gambar kad jemputan ke majlis ini yang diedarkan kepada semua M.I. Menarik tentang M.I ialah setiap kali ada kenduri kendara insyallah semua akan membantu untuk menayakannya...seperti Majlis Perkahwinan aku yang lalu jugak adalah hasil usaha semua M.I

Untuk majlis nie, aku kena pergi ambil salah sorang VIP majlis nie sebab suaminya ada kelas dan mengambil satay yang di order sebanyak 300 cucuk.

7 VIP DIRAIKAN

Mereka yang diraikan dalam majlis ini ialah Mak Long, Mak Ngah, Udin, Mak Uda, Mak Ina, Adila, dan Azirah..yang kecik-kecik tu semua inter frame je...

Majlis dimulakan dengan makan tengah hari yang disediakan secara goong royong di rumah masing-masing dan dibawa ke rumah mak ngah...pelbagai jenis makanan ada...

Selepas makan bacaan Yasin beramai-ramai diadakan dengan air zam-zam yang baru dibawa balik (mak ngah dan pak ngah baru balik umrah selasa lepas) di letakkan ditengah...bacaan diketuai oleh pak long..selesai bacaan Yasin minum air zam-zam dan makan kurma...kurma nabi pun ada so semua orang pun sibuklah duk melihat kat biji kurma kalau-kalau ada tulisan Allah atau muhammad...

Majlis puncaknya ialah memotong kek....siap ada menyanyi lagi...meriah...

Selesai potong kek.....kami bergambar mengikut keluarga masing-masing...

Keluarga Mak Long

Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada VIP yang diraikan, setiap keluarga membawa hadiah masing-masing untuk diberikan...sebenarnya tidak pun di minta untuk membawa hadiah cuma masing-masing sendiri faham je...

Akam menyampaikan hadiah dari keluarga Mak Long

Hadiah dari keluarga Mak Ngah


Cium Mak Uda..jagan tak cium..

Pak Teh dengan lagak X-Pegawai Kastam menyampai hadiah dari keluarganya


Mak Busu menyampaikan hadiah bagi pihak keluarganya..


Nana mewakili keluarga Pak Shamsul

Selesai tu..apalagi acara makan kek dan acara makan-makan lagi sampai tumbang....


Otai-Otai M.I


4 Dara pinggitan M.I..congrat Raibah (duduk tengah) dapat scholarship oversea JPA

Bini aku amik gambar discussion kami tentang halatuju M.I 2

Family Discussion

Next gathering di Kampung pada 28 Jun 2008...menyambut hari lahir mereka yang lahir di bulan Jun...assignment tambahan dari Pak Busu minta kongsi "ilmu" dengan adik-adik dalam M.I2 yang lain...akan dibincangkan dengan Khairul nanti.

No comments: