Friday, 16 May 2008

Teman ke REMACO Repair Centre

Jumaat, 18 May 2008

Aku ke KLIA jam 9 pagi kerana mahu mengambil temanku dari Indonesia. Iman Sigit Soeharto. Mamat nie masa aku mula kenal 2 tahun yang lalu di Titan Petro Chem masa project on site coating compressor Hitachi. Ketika itu beliau bergelar Project Engineer.

Banyak perbezaan antara aku dan dia sekarang..aku masih begini sedangkan , Iman sekarang sudah bergelar Manager Field Service, P.T Sulzer Hickham Indonesia....rezeki dia lah kan. TPS banyak mengajar aku lebih tentang office politic, mungkin sebelum ini aku lebih terdedah dengan suasana pembuatan di kilang Europe dan Jepun yang usaha bekerja adalah segala-galanya, ternyata suasana bekerja dengan company di bawah payung PNB adalah lebih baik "mengipas" dari bekerja. Ini pendapat dan pemerhatian peribadi aku, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau sudah "goal".



Iman dengan new gadget baru company bagi...hope email to Hickham Industries bukan sms bini


Iman datang kerana atas desakan aku supaya dia menghadirkan diri untuk satu meeting dengan REMACO. Meeting ini initiative Azril. Atas kebenaran dari Pak Agus setelah diperjelaskan tujuan Iman harus ke Malaysia barulah aku berjaya membawa Iman ke Malaysia. Gambar di atas aku ambil ketika kami menonton badminton antara Malaysia vs China di lounge. Agak malang Malaysia kalah.

Misbun dan mereka yang menghampakan aku dan seluruh rakyat Malaysia...gambar dari sini

Sambil menonton aku minta air Latte si Iman order Cappuccino....minum dengan bestnya...time nak bayar aku mintak bill dan seperti biasa principal mesti bayar so Iman yang sign...charge to room...waduh RM42.20 termasuk tax...gila apa...mahal nak mampus...apa kejadah lah ramai orang minum kat sini yek..aku ingat Starbucks dah cukup mahal tapi Sheraton lebih "sembelih".

Restaurant Serai Sec. 3 Shah Alam..belakang McD.

Antara makanan/lauk kegemaran Iman ialah tomyam..aku decide nak bawak dia tempat yang special untuk menikmatinya...so aku memilih Restaurant Serai di Seksyen 3, Shah Alam. Alah belakang McD, kat area syed tu....Masa zaman aku study aku pakat lalu je kat depan tu tak berani nak masuk...so kami test..


Iman layan makan..

Kami order Ikan masak steam, TOMYAM Seafood, kerabu mangga, asparagus goreng, cummi (sotong) goreng..Komen aku, kat sini mungkin makanan Siam antara terbaik pernah aku rasa, tomyam dia masam pedas, ikan steam pun masam campur kerabu mangga pun masam...pehhh apapun sedap...Iman pun kata sedap kira mission aku nak bagi dia best food berjaya....

Oklah Iman...makan dah....akupun dah tunaikan hasrat ko nak tido kat Sheraton..so back to work....


No comments: