Thursday, 29 May 2008

Station Bus Shah Alam..Konsortium Bas Ekspress Semenanjung

Aku masih ingat pesan bapaku masa aku mula dulu nak bekerja sebagai Technician Siemens Semi Conductor di Melaka, antara pesan beliau ialah jangan lewat ke tempat bekerja..boleh difahami mengapa beliau menasihatkan begitu sebab beliau NAVY ketika itu...sempena Hari Bapa nie..aku wajib ucapkan ribuan penghargaan dan terima kasih kepada beliau..

Hari ini aku sms boss aku pada jam 7.20 selepas menghantar isteri aku ke MMU.."Boss masuk lewat sebab hantar emak saya ke bus station"...aku amat jarang masuk lewat kecuali ada hal dan memang aku akan mewajibkan diri aku untuk inform boss aku.

Pegawai JPJ dari belakang (bukan awek tudung putih nie tau)

Aku terperasan seorang pegawai jpj nie terhendap-hendap memerhatikan tayar bas yang sedang menunggu penumpang dan waktu berlepas...Emak aku cakap di Kuantan pun sama..mereka akan check keadaanfizikal bas dan secara rambang memeriksa tiket penumpang...mungkin perkara ini kecil tapi banyak sumbangan kepada keselamatan dan keselesaan penumpang bas. Aku jugak perasan pegawai JPJ sekarang bawak pistol. Untuk menjaga keselamatn mereka..baguslah..samseng-samseng tonto nie bukan ada akal...

Kaunter tiket KBES

Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (KBES) telah dikenakan penggantungan sebanyak 232 permit basnya. Ini adalah kerana selepas pemeriksaan JPJ dan Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi mendapati KBES tidak mematuhi peraturan SHE yang telah ditetapkan. Mungkin agak lewat tindakan diambil tapi paling tidak ada jugak pengajaran kepada pengusaha bas. Permit KBES digantung dari 14 May 2008 sehingga 13 Jun 2008. Aku terfikir pulak bagaimana nasib pemandu bas KBES yang kita tahu di Malaysia semua driver bas dapat komisen per trip...kasihan pun ada..tapi pengajaran jugak buat driver bas supaya berhati-hati memandu.

Bas KEBS??

Harap-harap bas yang aku lihat di Shah Alam hari ini ialah dari syarikat Stone Way dan Super Coach Liner yang tidak terlibat dalam penggantungan tetapi menggunakan lambang yang sama..cam mana lah kita sebagai pengguna nie nak membezakan yeee....sebab tu ada yang mengamuk bini JPJ tahan bas KEBS yang degil masih beroperasi...

Tranasional ke Kuantan..masih bas yang sama ketika 1st trip mereka dulu rasanya.

Tidak banyak yang berubah di Station Bas Shah Alam nie malah pakcik yang jual tiket di kaunter Tranasional masih pakcik yang sama..Emak aku memilik untuk naik bas Sunny Ekspress sebab dia kata bas nie selesa (Executive Coach) dan driver bawak tak laju katanya..Sememangnya dibanding bas Tranasional ke Kuantan jauh Sunny Ekspress lebih baik...

No comments: