Tuesday, 17 June 2008

Teksi Sungai Sarawak

Bot Penambang Sungai Sarawak sangat terkenal kepada pengunjung ke Kuching. Antara yang paling senang dilihat bila lepak kat Waterfront. Bot ini mejadi alat perhubungan yang sangat penting kepada penduduk di seberang sungai Bandar Kuching. Oleh kerena sudah berada di Kuching, maka wajib untuk mencuba kan...


Bot penambang sekarang sudah tidak seperti dahulu...luarannya sudah berwarna merah sebab Hotlink sponsor...

Percubaan pertama kami ialah dari Waterfront ke Kampung Boyan pergi dan balik untuk makan malam. Kami dikenakan tambang seorang RM0.50...Bot nie dah maju...awal sahaja menggunakan pendayung bila bot dah mengarah ke seberang..."captain" start engine bot..terus meluncur laju...dekat nak sampai dia matikan engine... nampak macam senang tapi one trip masa aku naik tu cuma ada 8 orang so pakcik tu dapat RM4.00 per trip...kasihan jugak kan..dalam bot sebelah belakang tu nampak ada periuk nasi, kuali...agaknya mereka masak dan makan dalam bot nie..bot nie sampai pukul 12 malam pun masih ada...


Kami mencuba lagi menaiki bot ini pada sebelah siang...lebih seronok sebab nampak sekeliling...



Last aku naik bot seperti ini ialah ketika aku berumur 10 tahun kalau tak silap menyeberangi Sungai Pahang ketika aruah nenek aku masih hidup lagi ...Seronok naik sebab siap kekadang terasa nak sentuh jee air sungai tu yang hampir sahaja dengan kita...aku perhatikan dalam bot sekarang sudah lebih baik sebab sudah ada jaket keselamatan, cuma aku tak dapat pastikan bilangan dan keadaan jaket tersebut adakah masih dalam keadaan yang baik...


Nampaknya....HOTLINK menguasai semua bot penambang ini....warna merah je semua...oklah not bad...

Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki:

  1. Oleh kerana bot ini merupakan antara tarikan pelancung, pemandu bot tidak sepatutnya mengantung seluar, baju atau membiarkan keadaan kurang sedap mata memandang di bahagian belakang bot.
  2. Jaket keselamatan seharusnya diletakkan dibawah bumbung bot atau di belakang tempat penumpang bersandar agar mudah dicapai oleh penumpang seandainya ada kecelakaan.
  3. Tiada di tampal notis muatan maksima bot. Agak ragu-ragu tentang lebih muatan.

2 comments:

azzalyzaa said...

50sen je? huhuh..kesiannya..sampai hati eh awak naik dgn bayaran mcm tu..fixed price ke??

Landak said...

Macam tak fixed price..sebab penduduk tempatan ada yang bayar 30sen je..kami bayar lebih sikit in total bila sekali naik..kasihan jugak tenguk pakcik-pakcik tua tu...