Wednesday 11 June 2008

KUCHING YANG KULAWATI

Sarawak terletak di Kepulauan Borneo, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga di kenali sebagai Bumi Kenyalang (Land of the Hornbills).

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Kuching terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kuching Selatan dan Kuching Utara, ini bermakna Kuching mempunyai dua orang Datuk Bandar, rasanya satu-satunya Bandaraya di Malaysia yang mempunyai 2 Datuk Bandar.

KUCHING DI LIHAT DARI KG BOYAN

Kuching Utara meliputi:-
  1. Petrajaya
  2. Satok
  3. Pusat Bandaraya Kuching (Barat)
  4. Bako
  5. Santubung

Kuching Selatan pula terdiri daripada:-
  1. Pandungan
  2. Pending
  3. Stampin
  4. Pusat Bandaraya Kuching (Timur)

Menurut kata SAIFUL (tourist guide kami yang lebih kurang pulak nama aku), nama Kuching bukan berasal daripada KUCING(haiwan) kerana orang Sarawak memanggil KUCING sebagai PUSA. Adalah dipercayai nama itu terhasil dari perkataan INDIA, COCHIN yang bermaksud pelabuhan.

Melayu di Kuching hanya lebih kurang 20% ( sumber dari SAIFUL ) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kuching.

TIPS NO 1
untuk mencari kedai makan nasihat aku harus hati-hati dan jangan tertipu dengan rupa paras penduduk Kuching yang hampir sama. Apa Alia buat ialah selamba tanya, HALAL tak? Tenguk sekeliling....kalau puas hati baru makan...itu untuk makan malam lah sebab lunch SAIFUL yang bawak so insyallah halal.

2 comments:

azzalyzaa said...

seronoknya jln2...kesimpulannya,best x kuching ni? sesuai tak bwk bdk2??

Landak said...

emmm memang seronok...bagus bawak budak-budak untuk mereka memahami kaum-kaum di Sarawak paling senang ke Sarawak Culture Village semua kaum dan cara hidup mereka ada...tenguk orang hutan satu lagi yang baik..tapi pastikan sampai pukul 9 pagi atau 3 petang sebab wwaktu tu bagi makan so boleh tenguk orang hutan yang pemalas nak cari makan sendiri keluar datang makanan free, terutama the big boss Richie..