Tuesday 17 June 2008

Semenyih..harga minyak naik...AIR MALU NAK KELUAR

Tajuk tu aku merapu jee tak ada kena mengenapun...Aku nak cerita pasal Semenyih nie sebab ada peristiwa menarik belaku di Semenyih hari ni.

Sejarah Semenyih

Daripada cerita lisan, Semenyih adalah dialek orang N9 yang bermaksud "SEMBUNYI". Ini berpunca daripada arahan Engku Husain kepada pengikutnya untuk bersembunyi daripada pemerintahan N9. Sejarah juga mencatitkan yang Semenyih di bawah pemerintahan N9 dan LUKUT di PD tu adalah dibawah pemerintahan Selangor. Pertukaran antara LUKUT dan SEMENYIH di antara Kerajaan Selangor dan N9 berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad.

Mukabumi Semenyih
Kawasan hulu Sungai Semenyih diliputi bukit-bukau manakala kawasan hilir Sungai Semenyih tanahnya adalah lebih rendah. Terdapat banyak sungai di Semenyih antaranya S.Barangsi, S.Kachau, S.Broga dan lain-lain tapi sungai utama dan terpanjang ialah Sungai Semenyih yang mempnya kelebaran 40 kaki tetapi agak cetek dengan kedalaman 1-2 meter. Sungai Semenyih bercantum dengan Sungai Langat. Juga di hulu sungai ini kerana kawasan berbukit maka ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Oleh yang demikian terdapat satu empangan yang dibina khusus untuk bekalan air bersih daerah Hulu Langat. Empangan ini sebenarnyalah yang menampung keperluan penduduk Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, PJ, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.

Cukuplah dengan latar belakang Semenyih...kawasan tadahan air terbesar untuk penduduk lembah Klang. Malangnya hari ini TAMAN PELANGI SEMENYIH tiada air sehari daripada pagi tadi. Sungguh tak masuk akal, punya banyak air kat kawasan ini tapi taman perumahan aku duduk ni tak ada air.

Aku call schoolmate aku, si Ahmad Rosdan, Executive Syabas Kawasan Hulu Langat...bila jawab hand phone dia terus dia cakap

"Aku tahu kawasan rumah ko kat Semenyih tak ada air, aku dalam meeting nie lepas nie aku call ko balik"

Sebab terlalu lama menunggu dan aku hampir sampai rumah, karang mesti father in law aku tanya nie karang so aku SMS Rosdan..."Apa cerita nie dan"..reply dari Rosdan.."Tekanan rendah, air X masuk kolam..maintenance tgh workout..syabas hantar tanker n air botol dulu"......

Wah ada chance jadi Kambing ini macam....so next sms dari rosdan dia kata "air masuk slow ke tangki utama kawasan perumahan aku jadi Syabas tengah extend dr source lain"....teringat masa kat sekolah dulu bila asrama selalu tiada air kami terpaksa berlenggeng pergi mandi kat tandas sekolah..samalah si Rosdan tu pun sekali...

Akhirnya malam nie solat Magrib dulu, mandi kemudian sebab nak kawasan luar biar gelap sikit tapi apakan daya lampu jalan terpasang...belasah gak mandi kat luar untuk menjimatkan air di dalam rumah..


Mandi di luar rumah...syukur ada air walau slow..dulu six pack now one pack...kena gelapkan..buruk

No comments: