Thursday 19 June 2008

Jangan Boikot Petronas

Terdapat banyak email yang diterima suruh boikot Petronas...cepatnya kita nie melatah yeee...apapun aku nak share ilmu sikit tentang minyak yang dijual di Malaysia..kalau ada yang fakta di sini salah harap betulakan yek..kita kan sama-sama share ilmu.

Fakta dari En. Khairul Anuar Arshad

Crude Oil terbahagi dua iaitu:

1) Sweet Crude (<0.3%> yang juga dikenali sebagai Tapis Crude , Indonesia , Angola , etc

2) Sour Crude ( > 0.3% sulphur) – Kebanyakannya di Negara Timur Tengah , Iran , Iraq dan kebanyakannya…

Harga sour crude lebih rendah . Dan dah semestinye, sweet crude lebih tinggi harganya

So, minyak yang kata gred A dan Gred C, basically inilah perbezaannya… . (walaupun takder istilah ni sebenarnyer…) bukan sweet atau sour yang membezakan gred tapi final product ( hasil prosess akhir) tu yang menentukan gred petrol/ diesel yang digunakan itu …Macamana???? Cuba baca lagi kt bawah nieee…..

Di Malaysia mengikut standard MS 123, maksimum sulphur yang boleh ada dalam petrol mestilah tidah lebih dari 3000 ppm (parts per million)

Jadi, mana2 oil and gas company kat Malaysia ni, tak kiralah (SHELL, CALTEX, MOBIL, PETRONAS etc) mesti mematuhi peraturan ini.

Untuk mendapatkan petrol yang memenuhi kehendak MS 123 ini, semua minyak mentah (crude oil) tadi harus melalui proses “de-sulphurization” di loji penapisan minyak…..Tak kiralah berapa kandungan sulphur dalam final product (petrol / diesel) tu as long as kurang dari 3000 ppm, maka dah boleh jual kt stesen minyak di Malaysia…. Dan kebanyakannya ngam2 je kandungan sulphur dalam product depa. Ada yang 2900, 2950, 2800, tak kisahlah asalkan ... bawah 3000 ppm

Tetapi Kebanyakan Negara di Eropah, mereka tidak mengikut Standard MS 123 (of course –lah), mereka mengikut standard EURO. Kandungan sulphur jauh lebih rendah dari di Malaysia …

Macam dalam jadual di bawah nie…..

Dekat sinilah yang membezakan Gred A, B C etc tadi..... bukan crude oil tu yg membezakan tapi final productnya…. Tapi of course lah kalu guna sour crude, prosess nak buang sulphur tu panjang sikit dan mahal sikit berbanding guna sweet crude…..since it contains more sulphur as compared to sweet crude… Guna sour crude atau sweet crude, boleh jugak dapat quality petrol kt bawah nie…. Harus diingat, EURO standard ni bukan hanya sulphur, tapi banyak lagi aspek lain yang ada, tapi one of the main concern ialah Sulphur content.




MS 123

EURO 2

EURO 3

EURO 4

EURO 5

PETROL (ppm)

Kurang dpd 3,000 Kurang dpd 500
Kurang dpd 150 Kurang dpd 50 Antara 30 ke 15

DIESEL (ppm)

Kurang dpd 3,000 Kurang dpd 500 Kurang dpd 350 Kurang dpd 50 Antara 30 ke 15
Note: Euro 2: Kenderaan penumpang
Euro 3: Semua Kenderaan
Euro 4: Semua Kenderaan
Euro 5: Kenderaan ringan dan kenderaan perniagaan

So, nak buat apa prosess crude yang mahal untuk guna di malaysia sedangkan requirement rendah sahaja dan sweet crude ni sendiri ada yang dah less pun dari 2000 ppm sulphur. Kan ke rugi tuuuuu!!!!! Kos nak beli dan process sour crude import lagi rendah dari untung yang dapat bila jual sweet crude kita ke luar...

Kesimpulan.. ..

1) Semua fuel kt Malaysia ni (tak kira dari company mana pun) mengikut standard yang sama takder A atau B, C. Tapi adalah beza2 sikit dari segi performance, kebersihan ENJIN dan penjimatan (dan semestinyer ujian makmal membuktikan PRIMAX3 is the best!!)

2) Tapi of course bukan sulphur sahaja yang menentukan quality, bnyk lagi mcm, RON, aromatics, Lead etc

3) Berbelanja di PETRONAS, pulangannya balik kepada kita orang Malaysia , Islam (kebanyakannya pengusaha stesen2 minyak) dan Melayu jugak. Takder org bukan Islam yang nak masuk masjid bagi derma kt tabung masjid. Tak payahlah nak sumbang kt mereka2 plak…… lagi banyak masuk PETRONAS, lagi banyak masuk kepada bangsa melayu dan Malaysia .

4) Dan PETRONAS takder pun menyumbang kepada yahudi (mcm sesetengah company) yang baliknya akan menindas Islam sendiri..

5) Kalu tak paham, baca pelan2…..

6) Kalau ada salah silap, mahap yer….


Emmm kesian kat entrepreneur kita kalau boikot Petronas sebab mereka yang akan terima direct impact seperti yang Tan Sri Hassan Merican bagi tahu ketika temuramah di RTM.


4 comments:

azzalyzaa said...

huhhu..tgh tajuk pun dah x berani nak faham kan.. :D
so ...apa eh kesimpulannya??
guna minyak cap kelapa laut?
pst: CEO & CFO kita org bertambah kaya ni! grr..

Landak said...

hehehe..minyak cap kapak pun boleh.. dont worry kalau tak paham sebab saya pun belum paham lagi nie :-)

pst: tulah pasal 100% pay increment.. dngr cerita gak staff under new collective agreement cuma dapat 5% increment..executive cam mana?

azzalyzaa said...

pst: katanya kenaikan CA hanya 3% jek..tu TNB..sini lak..xde CA-CA ni..lagi hancurss...ada kerja kosong x situ? ;)

Landak said...

Wah tak sampai 5% rupanya...hancus, sini banyak gak keje kosong sebab banyak gak orang berhenti (boleh baca tak situasi ni)...den pun countdown hari je kat sini..