Tuesday, 27 May 2008

Institut Jantung Negara (IJN)

Aku dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan Mak Long aku masuk IJN, urat pecah nak kena bedah sebab kalau lambat dan darah yang mengalir keluar dari urat tersebut tercemar...akibat paling buruk kakinya terpaksa dipotong...

Mak Long yang telah dipuasakan

Mak long rupanya dah sebulan berada di IJN. Dia sememangnya dah lali keluar masuk IJN nie, seingat aku antara penyebab dia overhaul di IJN ni ialah pacemaker implant dan kalau tak silap jugak masa mak long aku buat nie dia merupakan penerima pertama pacemaker entah apa jenis,jenama dari negara mana pun aku tak ingat so masa dia bedah tu satu dunia doktor jantung duk tenguk secara life from IJN, next overhaul tu dia tukar valve heart dia..issh aku pun confuse boleh main pasang spare part, pastu overhaul lagi keluarkan dan pasang pacemaker lain sebab ada kes pacemaker yang pasang tu meletup (cerita nie aku tak clear lebih kurang gitulah)...

Cerita dari makcik-makcik aku yang lain kata, dia masuk sebulan dah IJN, darah kotor so kena buat hemodialysis lepastu tempat yang mereka tebuk untuk keluar masuk darah tu ada kesan biji sebesar guli kot so 2 orang doktor menyangka ianya darah beku kot sebab mereka cuba menekan menggunakan jari.. tidak semena-mena pembuluh darah itu pecah...selanjutnya..makcik aku nak di bedah jam 3 petang...

Setakat jam 8 malam bila kami meninggalkan IJN, Mak Long masih belum sedar...dia di tempatkan di ICU..

Emak & David Arumugan

Oleh kerana perut aku berkeroncong kami makan di cafeteria IJN...nasi goreng yang dah siap goreng banyak-banyak tu dan ayam goreng sahaja tiada air charge RM4.50 peh..aku rasa macam di aniaya lah pulak mereka nie ambil kesempatan atas orang yang dalam kesusahan sungguh... Masa makan aku terperasan mamat nie, ish macam David Arumugam dari kumpulan Alleycat. Tenguk bebetul yap he is the man. Selamba aku gi kat dia minta izin dia ambil gambar dengan emak aku..dia setuju je...lepas tu wahhhh ramai lak nak ambil gambar dengan dia...lah rupanya orang Malaysia nie pemalu...

..."Terima kasih"...

2 comments:

Unknown said...

apsal ko tak bergambar dgn dia...?

Terima Kasihhhhhh!!!!

Landak said...

Tak terfikir pulak aku nak bergambar dengan dia...

Terima Kasih...