Friday, 27 June 2008
Malaysia Merdeka, Khemah jadi Rumah
Assalamualaikum wrb,
Tuan/puan yang yang budiman dan prihatin,
Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk dalam ‘khemah’ kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan. Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manila ada di kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah, sekurang-kurangnya ada rumah. Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara.
Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun) memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS) tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja. Kepada sesiapa yang hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh Nampak dari Highway MRR2 - Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara.
Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun ada plan untuk buat ‘pondok sementara’ di tapak khemah itu…saya ada nampak sedikit kayu recycle terkumpul. Semasa kempen pilihanraya ada ada politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb.
Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya. Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak.
Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan segera RM250. Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah juga memberi bantuan.
Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh kita membantu keluarga ini untuk dirikan ‘pondok’ untuk berteduh…..saya tahu ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa keluarga ini layak mendapat zakat)….atau sebagainya….atau mungkin FOC boleh buat ‘keluarga angkat’ sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin membantu sila beritahu saya.
Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian.
Wassalam.
Ku Azah Ku Mohamad.
Guard MMU
Gambar atas merupakan situasi waktu pagi di bangunan isteri aku bekerja tu, guard memang akan berkumpul di sini sebab mereka ada perbarisan pagi...van putih sebelah kanan dan trooper WFX 1254 tu keduanya adalah untuk kegunaan mereka dan pasti adalah kepunyaan contractor yang supply mereka nie...punyalah tak berotak parking sebelah menyebelah, lepastu masa aku nak lalu tengah tu semua buat tak paham je..macam haram...
Kebetulan masa aku nak jalan tu aku nampak kereta En. Zaidi (CFO MMU) hehehe..inilah peluangnya..akupun jalan perlahan-lahan celah lubang kecik yang merek tinggalkan tu memang lepas tapi seksa aku...Petang tu masa amik wife aku...dia nform En Zaidi pergi marah guard2 tu peringatkan lain kali parking ikut peraturan...
Apa yang nak aku tekan kan mereka nie sepatutnya berdisiplin dan mengikut arahan dan peraturan sebab mereka security guard...well semalam aku nampak sorang guard tu naik motor tak pakai helmet pun..siap nanti kalau aku terserempak lagi aku ambil gambar mereka hantar ke Boss Security MMU...
The dinner was great with attended by YB Dato' Ir. Mohd Zin Mohamed, our Work Minister. The best about this dinner actually opportunity to meet old friend. Some still hold the same face and some with all new look (bigger).
This is also an opportunity to meet some friend of HELL'S ENGINE, the old same gang doing havocked every day during our uni time..you know who are you guys...well all of them are engineer of cause but still have "kepala gila-gila" hehehe....event the old timer..sing a song when our Works Minister give a speech..mana ada orang berani sound beb...ada jugak yang dah bergelar dato' tu...
Ok..hope to see all you guys on our next activities....
Wednesday, 25 June 2008
Wendy's
Aku terperasan Wendy's outlet yang baru di buka di IOI Mall Puchong..apa lagi...layan terus.
Franchise Wendy's di Malaysia dipegang oleh Nadi Klasik Sdn Bhd, anak syarikat Berjaya Corp Berhad.. Berjaya jugak yang bawak Starbucks, Kenny Rogers, Borders bookstore dan 7-Eleven, so franchise bukanlah perniagaan baru kepada Berjaya Corp Berhad.
Wendy's ditubuhkan dalam tahun 1969 dan di asaskan oleh Dave Thomas dan Wendy ialah nama anak perempuannya..Wendy's mempunya 6,600 outlets di 22 buah negara.
Ini merupakan pertama kali aku masuk ke Wendy's.. "Ohhh fast food restaurant rupanya", kata Zaini..kami semua order 3 sets Medium 1/2 pounder with cheese. .harga tak sempat lak nak jeling pada resit Stem..
Services dia teruk gila...minah yang kat counter tu kerja dia amik order dan terima duit sahaja, yang seorang lagi belakang dia tu pakai topi akan ambil makanannya...tapi sangatlah lembabnya....tak macam fast food pulak aku rasa..minah tu boleh amik order kami walhal pelanggang yang depan kami masih belum dapat makanan dia dan masih terpacak depan tu..gak kurang asam namanyakan....lepastu kawan dia pun start membebel kenapa amibil order cepat sangat...bebelan yang kami sebagai pelanggan jugak dengar..another kurang asam..
Emmm rasanya oklah.. better than McD pada pendapat lidah akulah...perbezaan ketara pada aku ialah dari segi rupa..burger McD bulat tapi mereka nie lebih kepada square..reason sebab Dave Thomas, founder cakap
Tuesday, 24 June 2008
Javanese Calender
Javanese Calender
Sunday, 22 June 2008
Cadangan naik gaji 100 peratus CEO TNB dan semua CEO GLC ' bungkus'
"Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahkan kerajaan tolak cadangan naikkan gaji CEO Tenaga Nasional Berhad 100 peratus.Malah katanya bukan kenaikan di TNB sahaja tetapi tolak cadangan nak naikkan gaji semua CEO syarikat kaitan kerajaan (GLC)."
Cerita lanjut di Agenda Daily.
Sultan Ismail Paka Power Station
I have to admit that I'm gonna to miss this place...Thanks to Pak Abidin, Tn. Hj Azman, Tn. Hj Yusoff, Nassim, Azmi, Tn. Hj Ariffin and others in Sultan Ismail Paka Power Station.
This is the power station which I penetrate by my self and I am really proud of that. It all started when my boss Hj. Rusli gave me a name called Abidin Sarjo, Turbine Engineer. I made a called to the station general line and manage to talk to him.
Friday, 20 June 2008
Awas Bahaya
Tapi yang nie memang aku hangin gila...
Aku lihat pemandunya perempuan...jadi aku menyimpulkan suaminya ke tempat kerja dengan menaiki motor. Masalah dengan kancil BFS8787 nie ialah lampu break dia semua tak menyala...yang nampak menyala tu bukan lampu break dia tetapi lampu belakang yang terpasang apabila kita memasang lampu hadapan...
Tindakan tidak membuat pemeriksaan lampu brek ini sangat bahaya kerana sebagai pemandu belakang kita tidak sedar yang dia sedang brek kecuali apabila sudah terlalu hampir.
Kesimpulan:
Nasihat kepada para suami yang isteri mereka memandu kereta sendiri ke tempat kerja tu tolong lah sama check lampu break tu menyala atau tidak...sayangi isteri anda..
Reason Why Not To Boycott PETRONAS
Sent: Thursday, 12 June, 2008 15:40
To: hasan syed; Dr Mariyamni Bt Awang (ACADEMIC/UTP)
Cc: Johari Haji Surin; Ainan Marzuki Abdul Malek; Ambok Chening Meri; Dato' Dr Sheikh Omar; Dr Amir Farid Isahak; Dr Hashim Mohd Tahir; Dr Hussin Z. A.; Dr Mohd Mahir; Fadzlullah Yahya; Ir Azman Omar; Masari Alision
Subject: The Hardest Thing To Say To Someone
Do what you like.
The price of gasoline at the petrol station is set by the Government, not PETRONAS.
OK. Assuming that you buy this idea proposed by whoever it was.
Later, all sorts of allowances for civil servants will have to be withdrawn. Treasury tak cukup duit.
Kalau PERTRONAS tak ada duit, kesian lah mereka di atas tu. Shall I ask them to see the proposer of this idea (to boycott PETRONAS) and seek help from them instead?
CONCLUSION: Help yourself and your family and your country by making sure that PETRONAS keeps making profits. Go to the nearest PETRONAS station and fill up now!!
So, be patriotic. Do your duty. Go to PETRONAS!!
(I hope you guys will help to send this response to as many contacts as possible to counter this subversive proposal).
Ok...I hope Dr. Rosti manage to convey his message to people out there..I realise my blog traffic is slow compare to others popular blogs but what the hell...I'm doing my part to support this idea which I believe is true..
Thursday, 19 June 2008
Jangan Boikot Petronas
Fakta dari En. Khairul Anuar Arshad
Crude Oil terbahagi dua iaitu:
1) Sweet Crude (<0.3%> yang juga dikenali sebagai Tapis Crude , Indonesia , Angola , etc
2) Sour Crude ( > 0.3% sulphur) – Kebanyakannya di Negara Timur Tengah , Iran , Iraq dan kebanyakannya…
Harga sour crude lebih rendah . Dan dah semestinye, sweet crude lebih tinggi harganya
So, minyak yang kata gred A dan Gred C, basically inilah perbezaannya… . (walaupun takder istilah ni sebenarnyer…) bukan sweet atau sour yang membezakan gred tapi final product ( hasil prosess akhir) tu yang menentukan gred petrol/ diesel yang digunakan itu …Macamana???? Cuba baca lagi kt bawah nieee…..
Di Malaysia mengikut standard MS 123, maksimum sulphur yang boleh ada dalam petrol mestilah tidah lebih dari 3000 ppm (parts per million)
Jadi, mana2 oil and gas company kat Malaysia ni, tak kiralah (SHELL, CALTEX, MOBIL, PETRONAS etc) mesti mematuhi peraturan ini.
Untuk mendapatkan petrol yang memenuhi kehendak MS 123 ini, semua minyak mentah (crude oil) tadi harus melalui proses “de-sulphurization” di loji penapisan minyak…..Tak kiralah berapa kandungan sulphur dalam final product (petrol / diesel) tu as long as kurang dari 3000 ppm, maka dah boleh jual kt stesen minyak di Malaysia…. Dan kebanyakannya ngam2 je kandungan sulphur dalam product depa. Ada yang 2900, 2950, 2800, tak kisahlah asalkan ... bawah 3000 ppm
Tetapi Kebanyakan Negara di Eropah, mereka tidak mengikut Standard MS 123 (of course –lah), mereka mengikut standard EURO. Kandungan sulphur jauh lebih rendah dari di Malaysia …
Macam dalam jadual di bawah nie…..Dekat sinilah yang membezakan Gred A, B C etc tadi..... bukan crude oil tu yg membezakan tapi final productnya…. Tapi of course lah kalu guna sour crude, prosess nak buang sulphur tu panjang sikit dan mahal sikit berbanding guna sweet crude…..since it contains more sulphur as compared to sweet crude… Guna sour crude atau sweet crude, boleh jugak dapat quality petrol kt bawah nie…. Harus diingat, EURO standard ni bukan hanya sulphur, tapi banyak lagi aspek lain yang ada, tapi one of the main concern ialah Sulphur content.
| MS 123 | EURO 2 | EURO 3 | EURO 4 | EURO 5 |
PETROL (ppm) | Kurang dpd 3,000 | Kurang dpd 500 | Kurang dpd 150 | Kurang dpd 50 | Antara 30 ke 15 |
DIESEL (ppm) | Kurang dpd 3,000 | Kurang dpd 500 | Kurang dpd 350 | Kurang dpd 50 | Antara 30 ke 15 |
Euro 3: Semua Kenderaan
Euro 4: Semua Kenderaan
Euro 5: Kenderaan ringan dan kenderaan perniagaan
So, nak buat apa prosess crude yang mahal untuk guna di malaysia sedangkan requirement rendah sahaja dan sweet crude ni sendiri ada yang dah less pun dari 2000 ppm sulphur. Kan ke rugi tuuuuu!!!!! Kos nak beli dan process sour crude import lagi rendah dari untung yang dapat bila jual sweet crude kita ke luar...
Kesimpulan.. ..1) Semua fuel kt Malaysia ni (tak kira dari company mana pun) mengikut standard yang sama takder A atau B, C. Tapi adalah beza2 sikit dari segi performance, kebersihan ENJIN dan penjimatan (dan semestinyer ujian makmal membuktikan PRIMAX3 is the best!!)
2) Tapi of course bukan sulphur sahaja yang menentukan quality, bnyk lagi mcm, RON, aromatics, Lead etc
3) Berbelanja di PETRONAS, pulangannya balik kepada kita orang Malaysia , Islam (kebanyakannya pengusaha stesen2 minyak) dan Melayu jugak. Takder org bukan Islam yang nak masuk masjid bagi derma kt tabung masjid. Tak payahlah nak sumbang kt mereka2 plak…… lagi banyak masuk PETRONAS, lagi banyak masuk kepada bangsa melayu dan Malaysia .
4) Dan PETRONAS takder pun menyumbang kepada yahudi (mcm sesetengah company) yang baliknya akan menindas Islam sendiri..
5) Kalu tak paham, baca pelan2…..
6) Kalau ada salah silap, mahap yer….
Emmm kesian kat entrepreneur kita kalau boikot Petronas sebab mereka yang akan terima direct impact seperti yang Tan Sri Hassan Merican bagi tahu ketika temuramah di RTM.
Wednesday, 18 June 2008
TQ Syabas
Pagi nie bangun awal sikit sebab aku akan sekali lagi terpaksa mandi di pagar luar rumah...Alhamdulillah turun bawah, adik ipar aku inform air dah ada...oarait.. mandi kat atas...
Terima kasih, Ahmad Rosdan...ko mengkotakan janji ko....
Just nak share kepala paip sebelah MRR2 kat area Pandan nie...best lah..aku suka tenguk..
Tuesday, 17 June 2008
Semenyih..harga minyak naik...AIR MALU NAK KELUAR
Sejarah Semenyih
Daripada cerita lisan, Semenyih adalah dialek orang N9 yang bermaksud "SEMBUNYI". Ini berpunca daripada arahan Engku Husain kepada pengikutnya untuk bersembunyi daripada pemerintahan N9. Sejarah juga mencatitkan yang Semenyih di bawah pemerintahan N9 dan LUKUT di PD tu adalah dibawah pemerintahan Selangor. Pertukaran antara LUKUT dan SEMENYIH di antara Kerajaan Selangor dan N9 berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad.
Mukabumi Semenyih
Kawasan hulu Sungai Semenyih diliputi bukit-bukau manakala kawasan hilir Sungai Semenyih tanahnya adalah lebih rendah. Terdapat banyak sungai di Semenyih antaranya S.Barangsi, S.Kachau, S.Broga dan lain-lain tapi sungai utama dan terpanjang ialah Sungai Semenyih yang mempnya kelebaran 40 kaki tetapi agak cetek dengan kedalaman 1-2 meter. Sungai Semenyih bercantum dengan Sungai Langat. Juga di hulu sungai ini kerana kawasan berbukit maka ia merupakan kawasan tadahan hujan yang paling sesuai. Oleh yang demikian terdapat satu empangan yang dibina khusus untuk bekalan air bersih daerah Hulu Langat. Empangan ini sebenarnyalah yang menampung keperluan penduduk Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, PJ, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.
Cukuplah dengan latar belakang Semenyih...kawasan tadahan air terbesar untuk penduduk lembah Klang. Malangnya hari ini TAMAN PELANGI SEMENYIH tiada air sehari daripada pagi tadi. Sungguh tak masuk akal, punya banyak air kat kawasan ini tapi taman perumahan aku duduk ni tak ada air.
Aku call schoolmate aku, si Ahmad Rosdan, Executive Syabas Kawasan Hulu Langat...bila jawab hand phone dia terus dia cakap
Sebab terlalu lama menunggu dan aku hampir sampai rumah, karang mesti father in law aku tanya nie karang so aku SMS Rosdan..."Apa cerita nie dan"..reply dari Rosdan.."Tekanan rendah, air X masuk kolam..maintenance tgh workout..syabas hantar tanker n air botol dulu"......
Wah ada chance jadi Kambing ini macam....so next sms dari rosdan dia kata "air masuk slow ke tangki utama kawasan perumahan aku jadi Syabas tengah extend dr source lain"....teringat masa kat sekolah dulu bila asrama selalu tiada air kami terpaksa berlenggeng pergi mandi kat tandas sekolah..samalah si Rosdan tu pun sekali...
Akhirnya malam nie solat Magrib dulu, mandi kemudian sebab nak kawasan luar biar gelap sikit tapi apakan daya lampu jalan terpasang...belasah gak mandi kat luar untuk menjimatkan air di dalam rumah..
SIME DARBY Buka Sawah Padi
Beliau juga menambah, projek ini akan dilaksanakan di negeri Sarawak yang mana SD akan memulakan di tapak seluas sekurang-kurangnya 7,000 hektar. Bukan setakat itu, SD akan bawak expert dari China as consultant...apa pasal SD nie suka sangat pakai consultant luar...hebat sangat ke CON...CON.. nie hanya mereka mampu menjawab...apapun aku harap projek ini adalah purely giving back to society bukan ada reason ada pihak yang mendapat keuntungan segera...sebab ROI projek nie rasanya kurang significant compare dengan perusahaan lain dalam SD.
Pengumuman ini merupakan satu lagi bonus buat penduduk Sarawak selepas mendapat tambahan RM1 billion untuk pemnamgunan kawasan luar bandar yang diumumkan Pak Lah minggu lepas.
Aku terperasan satu benda je, pada awal tahun apabila kumpulan SD baru digabungkan, corporate communication division hantar format untuk slide presentation, pada muka surat hadapan memang ada gambar seperti sawah padi pada 1st Slide.
Nampaknya SD menceburi satu lagi cabang perniagaan baru...so kepada kawan-kawan teruskan bekerja di SD good luck...jangan pening kepala nak hantar resume...tunggu je kat sini...SD Group become bigger and bigger...
Teksi Sungai Sarawak
Bot penambang sekarang sudah tidak seperti dahulu...luarannya sudah berwarna merah sebab Hotlink sponsor...
Percubaan pertama kami ialah dari Waterfront ke Kampung Boyan pergi dan balik untuk makan malam. Kami dikenakan tambang seorang RM0.50...Bot nie dah maju...awal sahaja menggunakan pendayung bila bot dah mengarah ke seberang..."captain" start engine bot..terus meluncur laju...dekat nak sampai dia matikan engine... nampak macam senang tapi one trip masa aku naik tu cuma ada 8 orang so pakcik tu dapat RM4.00 per trip...kasihan jugak kan..dalam bot sebelah belakang tu nampak ada periuk nasi, kuali...agaknya mereka masak dan makan dalam bot nie..bot nie sampai pukul 12 malam pun masih ada...
Kami mencuba lagi menaiki bot ini pada sebelah siang...lebih seronok sebab nampak sekeliling...
Last aku naik bot seperti ini ialah ketika aku berumur 10 tahun kalau tak silap menyeberangi Sungai Pahang ketika aruah nenek aku masih hidup lagi ...Seronok naik sebab siap kekadang terasa nak sentuh jee air sungai tu yang hampir sahaja dengan kita...aku perhatikan dalam bot sekarang sudah lebih baik sebab sudah ada jaket keselamatan, cuma aku tak dapat pastikan bilangan dan keadaan jaket tersebut adakah masih dalam keadaan yang baik...
Nampaknya....HOTLINK menguasai semua bot penambang ini....warna merah je semua...oklah not bad...
Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki:
- Oleh kerana bot ini merupakan antara tarikan pelancung, pemandu bot tidak sepatutnya mengantung seluar, baju atau membiarkan keadaan kurang sedap mata memandang di bahagian belakang bot.
- Jaket keselamatan seharusnya diletakkan dibawah bumbung bot atau di belakang tempat penumpang bersandar agar mudah dicapai oleh penumpang seandainya ada kecelakaan.
- Tiada di tampal notis muatan maksima bot. Agak ragu-ragu tentang lebih muatan.
Monday, 16 June 2008
Lagu Warisan
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Wednesday, 11 June 2008
SIME DARBY MESTI IKUT NIE...
Aku bukan nak ulas pasal US & Europe nak sekat Iran tu tapi topik di bawah dia... LELAKI ENGGAN KAHWIN AKAN DIBUANG KERJA....
Kepada kawan-kawan bujang di TPS tu...nak kena tunggu sampai buat polisi macam nie ke baru nak kahwin? Nak baca lanjut sila cari Utusan Malaysia 11 Jun 2008...
SAIFUL, TOURIST GUIDE
TIPS NO 2
Sentiasa minta kurang harga yang diberikan..jangan terus setuju...so kami bersetuju dengan rate RM250.00 sehari..
TIPS NO 3
Dapatkan pandangan mereka yang telah pergi ke tempat kita nak pergi, kalau tourist guide dia bagus tak salah kita gunakan tourist guide yang sama kan....tourist guide pada aku mestilah ringan mulut dan paling penting berpengetahuan tentang tempat yang kita akan lawat dan bonus kalau dia ada pengetahuan sejarah tentang tempat kita lawat tu...
Pendapat aku tentang SAIFUL:-
Seorang tourist guide yang berpengetahuan tentang tempat yang kita lawat...tahu tempat-tempat yang harus kita lawati..mempunyai pengetahuan tentang sejarah Sarawak dan Kuching...dia boleh cerita tentang pelbagai topik...fasih berbahasa Melayu seperti kita di Semenanjung kerana sebelum ini dia lama kerja di Semenanjung so perbualan lebih seronok...IN LAW aku pun gembira dengan si SAIFUL nie...ramai yang mengenali dia..pada aku tidak menghairankan kerana keramahan dia menyapa orang...tidak lokek berkongsi pengetahuan yang dia ada..malah di SCV beberapa kali rombongan lain menumpang mendengar penjelasan dia...tulah pakai lagi tourist guide yang hanya pandai bercakap.."ok kita teruskan perjalanan kita..." nak salahkan siapa tu...
Ok kepada yang berhajat nak ke Sarawak bolehlah contact SAIFUL 012-8814914...nak booking hotel pun dia boleh uruskan lebih murah dari harga corporate rate yang korang boleh dapat...
KUCHING YANG KULAWATI
Kuching merupakan ibu negeri Sarawak. Kuching terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kuching Selatan dan Kuching Utara, ini bermakna Kuching mempunyai dua orang Datuk Bandar, rasanya satu-satunya Bandaraya di Malaysia yang mempunyai 2 Datuk Bandar.
Kuching Utara meliputi:-
- Petrajaya
- Satok
- Pusat Bandaraya Kuching (Barat)
- Bako
- Santubung
Kuching Selatan pula terdiri daripada:-
- Pandungan
- Pending
- Stampin
- Pusat Bandaraya Kuching (Timur)
Menurut kata SAIFUL (tourist guide kami yang lebih kurang pulak nama aku), nama Kuching bukan berasal daripada KUCING(haiwan) kerana orang Sarawak memanggil KUCING sebagai PUSA. Adalah dipercayai nama itu terhasil dari perkataan INDIA, COCHIN yang bermaksud pelabuhan.
Melayu di Kuching hanya lebih kurang 20% ( sumber dari SAIFUL ) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kuching.
TIPS NO 1
untuk mencari kedai makan nasihat aku harus hati-hati dan jangan tertipu dengan rupa paras penduduk Kuching yang hampir sama. Apa Alia buat ialah selamba tanya, HALAL tak? Tenguk sekeliling....kalau puas hati baru makan...itu untuk makan malam lah sebab lunch SAIFUL yang bawak so insyallah halal.
Tuesday, 10 June 2008
Kapal Terbang Siapa nie?
Ketika sedang menanti flight AK5209 ke Kuala Lumpur dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching aku berjalan-jalan menghabiskan masa sebab flight delay. Aku nampak pesawat ini yang diletakkan di Pintu No 1...wah adakah orang yang naik nie pun NO 1 di Malaysia sebab pagi tadi isteri dia ada di bazar beli barangan antik....
Any suggestion???? Atau yang kat Airport Kuching nie model lain pulak...ish aku pun tak paham berapa banyak "AIR FORCE ONE" yang kita ada....
Saturday, 7 June 2008
Kuching aku datang....
Aku, Alia, adik ipar, pak mertua, ibu mertua....itinerary berlepas 7 Jun 2008, balik 10 Jun 2008.
Update di LCCT, 9.10am
ops......
sebab aku bawak laptop...hehehehehe..:-)...tambah sikit
Ceesssss.....ada ke AirAsia takrifkan Sabah & Sarawak bukan domestic flight...saja nak charge aku lebih untuk Xpress Boarding....RM20.00 per person one way..so total RM200.00 untuk return 5 orang. Pehhhh senang je Tony Fernandes buat duit...tak tau aku nak cari RM2.70 untuk seliter petrol pun seksa....
Patutlah kami punya tiket ke Kuching...ish patut lah tiket kami ke Kuching lebih mahal...geng-geng PLKN boleh tahan ramai gak join the flight..wahhh mereka dah panggil suruh naik flight...
Update di Ascott Apartment, 14.20P.M
Mendarat di Kuching jam 11.10 pagi....alhamdulillah setelah melalui turbulent .....goncang flinght beb...aku rasa setiap kali aku ke Kuching pasti melalui pengalaman menempuh turbulent nie...ada satu good article dalam majalah 360 dalam flight Air Asia nie tentang Air Pocket / Turbulent....Kapten tu kata semua tu kesilapan wartawan, amat jarang berlaku satu kawasan yang kosong tiada udara so kebanyakan yang kita alami bergoncang atau terasa terjatuh ke latitude (susah terjadi katanya sebab autopilot) yang lebih rendah tu ialah turbulent.
Hari pertama di Kuching kami memilih untuk sesat barat...belajar mencari jalan di Bandaraya Kuching...sewa kereta dari Hertz (Sime Darby group dapat discount 30%)...senang je aku hantar email guna email rasmi ke reservation mereka...settle..sewa waja je pun...
Thursday, 5 June 2008
Sikap
Sedang aku menunggu giliran di traffic light interchange menghala ke Bukit Puchong tu dengan selamba bas Rapid KL mencelah dari sebelah kiri di hadapan aku..haaa nak tau no pendaftaran nya WPL 580. Driver bas tu ingat company dia je ke bayar road tax...aku taulah company dia keje tu UMNO LINK COMPANY (ULC)..so ingat dia kebal...ada jugak company UCL yang bungkus, gulung tikar kat Dubai jangan tak tau..
Selamba lepas tu sebiji kancil berwarna putih nie tumpang semangkuk..haa no pendaftaran dia pulak WMU8485.
Sikap pemandu yang memotong Q sungguh menjijikkan begini...aku rasa lepas nie aku rasa nak ambil lebih banyak gambar dan posting kat sini sikap pemandu Malaysia yang tidak sabar...
Nie pulak cerita lain...aku pergi JUSCO Puchong kat IOI..nak beli CDR nie sebab bini aku nak beli bagi kegunaan office dia, since malas nak mencari kedai computer dan boleh claim dari company dia so beli je kat sini..mungkin orang kata mahal. Apa yang aku kesalkan kalau korang perasan tak ada tanda harga..supplier JUSCO, PINEAPPLE punya kerja. Bila kau tanya staff mereka mengapa tiada tanda harga dengan selamba dia cakap tak apa punya...terus bagi tahu harga tanpa rasa bersalah. Aku tanya dia lagi..betul tak apa ye..mana undang-undang pakai..terus terkedu..muka jadi merah...so aku salah ke bertanya begitu?
Sikap...sikap..sikap...
Wednesday, 4 June 2008
Petrol ohh Petrol...40%?
Pak Lah (PL) bikin market lagi hari ini...bantai buat announcement petrol naik 40% dari harga lama..Hadiah kepada pengundi-pengundi PL...RM2.70 seliter itulah nilai yang terpaksa aku bayar sekarang..itu cerita petang tadi...akibatnya malam nie semua orang berpusu-pusu ke station minyak untuk mengisi minyak.. Update di Semenyih nie...kesesakan teruk sehingga simpang Taman Pelangi Semenyih...ini adalah kerana rakyat yang terdesak berpusu-pusu mahu merasai harga lama buat kali yang terakhir...ada dua stesyen minyak dari Simpang Tmn Pelangi Semenyih menghala pekan dan dua lagi selepas pekan...
Tension sungguh aku kerja pun naik gaji setahun tak sampai separuh percentage dari kenaikan harga petrol. Gila sungguh PL nie ...kepada mereka golongan atasan still ok terutama mereka yang menerima kad petrol yang mana apabila setiap kali mengisi minyak hanya leretkan kad..cukup masa company bayar...orang macam aku nie apa cerita...
Mesti geng-geng kat opis tu ngeri nak out station...kecuali yang memang suka pergi "meeting" ..claim per km pasti tidak menguntungkan apabila dikira kos penyelenggaraan kenderaan dan kos tukat tayar...mentang lah company aku kerja nie main business dia heavy equipment, nak review claim per km nie pun bantai lembab gak...bengkrap pakcik...
Live Band Rest Houce Cafe Equatorial Melaka
Mertua aku dan Pak Busu yang explore tempat nie dulu..akupun baru tau setelah berumahtangga. Adalah beberapa kali aku melepak kat sini dengar muzik...lagu lama semua bro..lagu dari era 50's, 60's dan 70's.. kalau terasa nak request lagu pun boleh...atau lebih hebat, mereka mengiringi kita menyanyi...
Apapun aku tetap akan ke sini lagi bila ada kesempatan mendatang....ada live music macam ni area KL tak?? Ko tahu tak TUNGKAI kat mana ....ops silap ko kalau tanya tempat berlainan baru ko expert kan...
Tuesday, 3 June 2008
Belle Lina
Proses "repair" ini mengambil masa 2 jam...aku kalau ko through process nie siap tido lah jawapnya. Sudah agak lama Alia tidak ke situ sebenarnya...sebab itu kulit muka dia agak teruk... apapun aku tahu setelah melalui process "repair" ini kulit dia akan kembali ok..masalah nya bila lama tak pergi "repair" akan timbul masalah...well kepada SUAMI-SUAMI, kos sekali pergi bergantung kepada rawatan yang dibuat...untuk sesi fully sponsor nie, duit aku hangus RM218.00 sahaja...tak kisahlah bukan selalu belanja bini kan...bak kata P.Ramlee "siapa tak sayang bini oi.."
Selamat Pengantin Baru juga kepada Aishah yang melangsungkan perkahwinannya pada 2 May 2008...baru sebulan je tu