Saturday, 31 May 2008
Kenduri Nordin, Super Cowboy
Ketika kami sampai pengantin masih belum beraarak masuk...kami serah hadiah terus makan..tetiba pengantin lelaki boleh lepak dengan kami hanya dengan memakai t-shirt..layan borak lebih kurang tentang majlis akad nikah dia..pastu pengantin lak ambil gambar kami..oklah at least ada kenangan kemi ke Majlis dia.
Oleh kerana cuaca mulai mendung, kami ambil keputusan untuk blah awal...sorry Nordin tak sempat tenguk ko berarak....keputusan yang tepat untuk blah awal..elok dalam kereta, jalan sikit..air hujan mulai turun.
Sampai ke Melaka, Alia cakap colleague dia kat opis cakap ada tempat jual pelbagai barangan dengan harga yang murah...nama dia COWBOY....nama cam familiar je....tempat nie kat Kawasan Industri Cheng...dari Hi-Way kami exit Air Keroh, lepas tu amik jalan ke Batu Berendam..sempat memerhati Kilang pertama yang aku bekerja selepas tamat Sijil Politeknik...Siemens Semi-Conductor (Infineon Semi COnductor)... Jalan terusnya sampai Pasar Borong Baru..depan tu ada traffik Light...ko amik lurus lagi...naik jambatan...lurus lagi ko nampak Bintang belah kiri..lurus lagi ko akan nampak COWBOY sebelah kiri, Awie kawan balik aku dari zamn poli yang masih bekerja di Melaka bagi tahu aku arah jalan...
Dari jauh aku dah nampak perkataan SUPER COWBOY...sah kedai nie memang dari Kuantan....Apapun kedai nie memang tempat yang betul kepada ushawan kecil untuk mencari peralatan catering , peniaga burger boleh beli kuali dan payung besar tu dari sini...macam-macam ada....
Emmm malam ada perkara best yang memang kalau balik Melaka akan aku buat sama ada bersama mertua aku atau pakcik saudara...
Friday, 30 May 2008
Kenangan
Sebelah petang aku melepak kat office, sempat pulak aku teringat kat OTAI seorang nie yang dah bersara buat kali ke dua setelah tamat contract perkhidmatan..
Tengah hari biasanya dia akan balik makan awal so nanti dia akan lepak kat nest aku yang tersorok...so apa dia buat sendiri mau ingat...jawapan standard dia "aku tido bukan waktu kerja"
Walau apapun yang beliau buat, aku harap dia happy mengharungi hari-hari bersaranya...banyak benda yang dia ajar aku...banyak pengalaman yang dia kongsi dengan aku..kira SIFU aku lah nie....apa dia buat yek bersara nie....
Kalau Pak Mertua aku pulak dia menghabiskan paginya dengan jogging..selepas tu minum pagi.pertama..kira-kira jam 7.30 pagi...selesai dia akan ke "kebun"nya.
Antara tanaman di "kebun" ini ialah pokok buah naga..kecik lagi..actually tempat nie adalah tepi jalan di hadapan rumah...
Selain pokok naga...tanaman lain ialah pokok ubi, serai, pisang, ada jugak pokok mangga, pokok kunyit...ada yang dah dirasa...ubi kayu tu dah pernah tuai hasilnya...serai dan daun kunyit selain kegunaan sendiri, jiran-jiran juga berkesempatan mengambilnya...buat masak..at least tak yah beli kat pasar kan...bagi pak mertua aku lak tu amal jariah dia kepada jiran tetangga...
Majlis Perbandaran Kajang pernah round memerhatikan "kebun" nie...sebab tanah tu adalah betul-betul tepi padang permainan..mungkin kerana dijaga elok maka MPKj buat tak kisah jee..
Pelbagai cara dilakukan oleh pelbagai orang untuk memenuhi masa bersara dia....ishhh aku pun kena fikir dari sekarang ke nak buat apa masa bersara nanti???? Ishhhh....
WHY EMPLOYEES LEAVE ORGANISATIONS ?
WHY EMPLOYEES LEAVE ORGANISATIONS ?
- Azim Premji, CEO- Wipro
Every company faces the problem of people leaving the company for better pay or profile.
Early this year, Mark, a senior software designer, got an offer from a prestigious international firm to work in its India operations developing specialized software. He was thrilled by the offer.
He had heard a lot about the CEO. The salary was great. The company had all the right systems in place employee-friendly human resources (HR) policies, a spanking new office,and the very best technology,even a canteen that served superb food.
Twice Mark was sent abroad for training. 'My learning curve is the sharpest it's ever been,' he said soon after he joined.
Last week, less than eight months after he joined, Mark walked out of the job.
Why did this talented employee leave ?
Arun quit for the same reason that drives many good people away.
The answer lies in one of the largest studies undertaken by the Gallup Organization. The study surveyed over a million employees and 80,000 managers and was published in a book called 'First Break All The Rules'. It came up with this surprising finding:
If you're losing good people, look to their immediate boss .Immediate boss is the reason people stay and thrive in an organization. And he 's the reason why people leave. When people leave they take knowledge,experienc e and contacts with them, straight to the competition.
'People leave managers not companies,' write the authors Marcus Buckingham and Curt Coffman.
Mostly manager drives people away?
HR experts say that of all the abuses, employees find humiliation the most intolerable. The first time, an employee may not leave,but a thought has been planted. The second time, that thought gets strengthened. The third time, he looks for another job.
When people cannot retort openly in anger, they do so by passive aggression. By digging their heels in and slowing down. By doing only what they are told to do and no more. By omitting to give the boss crucial information. Dev says: 'If you work for a jerk, you basically want to get him into trouble. You don 't have your heart and soul in the job.'
Different managers can stress out employees in different ways - by being too controlling, too suspicious,too pushy, too critical, but they forget that workers are not fixed assets, they are free agents. When this goes on too long, an employee will quit - often over a trivial issue.
Thursday, 29 May 2008
Genting Power Asset - TNB SANGAT BERMINAT
Apabila Genting Power (GP) berhasrat menjual assetnya dianggar berharga lebih daripada RM3 Billion, antara pihak yang SANGAT BERMINAT untuk memilikinya;
Dalam negara:
- TNB
- Malakoff Berhad
- Tanjong Berhad
- Standard Chartered Private Equity Fund
Malaysia:
- 720 MW Genting Sanyen Sdn Bhd (100%)
- 724MW Meizhouwan (100%) - Coal fired
- 109MW Suzhou (60%) - Combine Cycle
- 76MW Nanjin (80%) - Diesel Fired open cycle
- 42MW Wuxi (80%) - Gas fired open cycle
- 368MW Lanco Kondapalli di Andhra Pradesh
- 113MW Aban Power di Tamil Naidu
Station Bus Shah Alam..Konsortium Bas Ekspress Semenanjung
Hari ini aku sms boss aku pada jam 7.20 selepas menghantar isteri aku ke MMU.."Boss masuk lewat sebab hantar emak saya ke bus station"...aku amat jarang masuk lewat kecuali ada hal dan memang aku akan mewajibkan diri aku untuk inform boss aku.
Aku terperasan seorang pegawai jpj nie terhendap-hendap memerhatikan tayar bas yang sedang menunggu penumpang dan waktu berlepas...Emak aku cakap di Kuantan pun sama..mereka akan check keadaanfizikal bas dan secara rambang memeriksa tiket penumpang...mungkin perkara ini kecil tapi banyak sumbangan kepada keselamatan dan keselesaan penumpang bas. Aku jugak perasan pegawai JPJ sekarang bawak pistol. Untuk menjaga keselamatn mereka..baguslah..samseng-samseng tonto nie bukan ada akal...
Konsortium Bas Ekspress Semenanjung (KBES) telah dikenakan penggantungan sebanyak 232 permit basnya. Ini adalah kerana selepas pemeriksaan JPJ dan Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi mendapati KBES tidak mematuhi peraturan SHE yang telah ditetapkan. Mungkin agak lewat tindakan diambil tapi paling tidak ada jugak pengajaran kepada pengusaha bas. Permit KBES digantung dari 14 May 2008 sehingga 13 Jun 2008. Aku terfikir pulak bagaimana nasib pemandu bas KBES yang kita tahu di Malaysia semua driver bas dapat komisen per trip...kasihan pun ada..tapi pengajaran jugak buat driver bas supaya berhati-hati memandu.
Harap-harap bas yang aku lihat di Shah Alam hari ini ialah dari syarikat Stone Way dan Super Coach Liner yang tidak terlibat dalam penggantungan tetapi menggunakan lambang yang sama..cam mana lah kita sebagai pengguna nie nak membezakan yeee....sebab tu ada yang mengamuk bini JPJ tahan bas KEBS yang degil masih beroperasi...
Tidak banyak yang berubah di Station Bas Shah Alam nie malah pakcik yang jual tiket di kaunter Tranasional masih pakcik yang sama..Emak aku memilik untuk naik bas Sunny Ekspress sebab dia kata bas nie selesa (Executive Coach) dan driver bawak tak laju katanya..Sememangnya dibanding bas Tranasional ke Kuantan jauh Sunny Ekspress lebih baik...
Wednesday, 28 May 2008
Institut Jantung Negara (IJN) Hari Ke 2
ML: Aku baru keluar bilik bedah yee
MA: Tak ko dah lama keluar
ML: Nie hari apa...
MA:Hari Rabu..
Rupanya ML tak tahu yang dia tak sedar hampir sehari..
Monitor nie best jugak aku tenguk ada heartbeat jantung dia dan pacer ...2 in 1...aku tak pasti mengapa nama lelaki tertera adakah mereka tak tukar nama pesakit atau nama technician yg operate...tapi aku assume nama pesakit lama mereka tak tukar..pemalasnya...
Aku pergi petang melawat bersama MA dan juga isteri ...dia memang belum melawat so wajib bawak...
Sempat beli sebakul buah-buahan kat tingkat bawah...oleh sebab aku selalu melawat pesakit di IJN aku perasan satu perubahan ketara ketika ini...TANDAS pelawat mereka dah revamp....cantik gak..contract yang mencuci pun bagus...bersih je toilet tu walaupun waktu puncak (waktu melawat) kering dan tidak berbau...macam nie lah bagus...aku cukup menyampah toilet ALAMANDA dan KLCC nampak kering..masuk dalam tu mak oi...HANCING...
Satu je komen, surau kat tingkat 4 tu macam tak kena kedudukan nya dengan arah kiblat menyebabkan agak sukar untuk memaksimakan penggunaan apabila bersolat jemaah...
On the way balik hampir dengan jalan keluar Bandar Mahkota Cheras (BMC) sesak dengan kenderaan rupanya mereka belum selesai demo lagi...tadi tenguk news TV3 pun duk ulas benda tu...rugi tak amik gambar...
Peh...masalah di BMC nie bukan kes terpencil mahupun kes baru...semuanya bermula dari September 2005. Aku copy gambar bawah nie dari Malaysiakini.com
Tuesday, 27 May 2008
Institut Jantung Negara (IJN)
Mak long rupanya dah sebulan berada di IJN. Dia sememangnya dah lali keluar masuk IJN nie, seingat aku antara penyebab dia overhaul di IJN ni ialah pacemaker implant dan kalau tak silap jugak masa mak long aku buat nie dia merupakan penerima pertama pacemaker entah apa jenis,jenama dari negara mana pun aku tak ingat so masa dia bedah tu satu dunia doktor jantung duk tenguk secara life from IJN, next overhaul tu dia tukar valve heart dia..issh aku pun confuse boleh main pasang spare part, pastu overhaul lagi keluarkan dan pasang pacemaker lain sebab ada kes pacemaker yang pasang tu meletup (cerita nie aku tak clear lebih kurang gitulah)...
Cerita dari makcik-makcik aku yang lain kata, dia masuk sebulan dah IJN, darah kotor so kena buat hemodialysis lepastu tempat yang mereka tebuk untuk keluar masuk darah tu ada kesan biji sebesar guli kot so 2 orang doktor menyangka ianya darah beku kot sebab mereka cuba menekan menggunakan jari.. tidak semena-mena pembuluh darah itu pecah...selanjutnya..makcik aku nak di bedah jam 3 petang...
Setakat jam 8 malam bila kami meninggalkan IJN, Mak Long masih belum sedar...dia di tempatkan di ICU..
Oleh kerana perut aku berkeroncong kami makan di cafeteria IJN...nasi goreng yang dah siap goreng banyak-banyak tu dan ayam goreng sahaja tiada air charge RM4.50 peh..aku rasa macam di aniaya lah pulak mereka nie ambil kesempatan atas orang yang dalam kesusahan sungguh... Masa makan aku terperasan mamat nie, ish macam David Arumugam dari kumpulan Alleycat. Tenguk bebetul yap he is the man. Selamba aku gi kat dia minta izin dia ambil gambar dengan emak aku..dia setuju je...lepas tu wahhhh ramai lak nak ambil gambar dengan dia...lah rupanya orang Malaysia nie pemalu...
..."Terima kasih"...
Monday, 26 May 2008
1st Anniversary
- http://www.blooming.com.my
- http://www.flowers.com.my
- http://www.bloomhouse.com.my
I found one small shop selling fresh flower, looking into their catalogue, make calculations in my self so fine..I already save RM65.00 just by doing this all by my self..
I'm waiting the ladies prepare the hand bouquet been prepared...it takes about 10 minutes..again I 'm very surprise the way she prepare it..with full of skill...
Well I hope Alia happy with the bouquet...why pink colour...simply because she love pink....
As promise...proceed for our dinner....we order;
Appetiser : We share soft shell crab
Soup: Beef and barley soup for me and Alia order Cappuccino soup
Main: We order tenderloin steak , mine is black paper source and Alia bbq source
Comment: Never thought barley can be added into soup. Overall not bad as the source is also good..
We had our dinner here in Tuscany Italian Restaurant...damage on pocket no problem as it is once a year..maybe next year Bombay Restaurant hehehe....
Well my anniversary present to my wife....you can see pimple on my wife face so she decide to get a treatment at DERMALOGICA fully sponsor...
Sunday, 25 May 2008
Birthday Party M.I Family of May
M.I = 1st generation
M.I 2= 2nd generation (aku menumpang kat sini)
Oleh kerana bulan May merupakan bulan yang paling ramai waris M.I yang menyambut hari lahir maka Mak Long (mertua aku) dan Mak Ngah berpakat untuk membuat majlis kesyukuran di rumahnya. Alamak aku lupalak nak ambil gambar kad jemputan ke majlis ini yang diedarkan kepada semua M.I. Menarik tentang M.I ialah setiap kali ada kenduri kendara insyallah semua akan membantu untuk menayakannya...seperti Majlis Perkahwinan aku yang lalu jugak adalah hasil usaha semua M.I
Untuk majlis nie, aku kena pergi ambil salah sorang VIP majlis nie sebab suaminya ada kelas dan mengambil satay yang di order sebanyak 300 cucuk.
Mereka yang diraikan dalam majlis ini ialah Mak Long, Mak Ngah, Udin, Mak Uda, Mak Ina, Adila, dan Azirah..yang kecik-kecik tu semua inter frame je...
Majlis dimulakan dengan makan tengah hari yang disediakan secara goong royong di rumah masing-masing dan dibawa ke rumah mak ngah...pelbagai jenis makanan ada...
Selepas makan bacaan Yasin beramai-ramai diadakan dengan air zam-zam yang baru dibawa balik (mak ngah dan pak ngah baru balik umrah selasa lepas) di letakkan ditengah...bacaan diketuai oleh pak long..selesai bacaan Yasin minum air zam-zam dan makan kurma...kurma nabi pun ada so semua orang pun sibuklah duk melihat kat biji kurma kalau-kalau ada tulisan Allah atau muhammad...
Majlis puncaknya ialah memotong kek....siap ada menyanyi lagi...meriah...
Selesai potong kek.....kami bergambar mengikut keluarga masing-masing...
Seterusnya acara penyampaian hadiah kepada VIP yang diraikan, setiap keluarga membawa hadiah masing-masing untuk diberikan...sebenarnya tidak pun di minta untuk membawa hadiah cuma masing-masing sendiri faham je...
Selesai tu..apalagi acara makan kek dan acara makan-makan lagi sampai tumbang....
Friday, 23 May 2008
nOKia Ku Berbunyi
Suara: Hello, may I speak to Mohd Syaifullah Mohd Azali
Aku: Yes speaking..
Suara: I'm Suzi calling from *****
Aku: Ok.
so berboraklah lah aku dengan Suzi...kemain panjang lebar...
Em...apa yang kami borak.....TUNGGU......
Thursday, 22 May 2008
Man. Utd Did It Again..Double
Man Utd did it again…maybe by luck some of
GOAL!!!
Yet another record for Giggs which I believe it is very hard to break in modern world of football..How can you break a record of 759th appearance for Man Utd? Giggs bit Sir Bobby Charlton record. Man Utd last goal in the league season 2007/2008 also was score by Giggs.
All the photos are taken from
- http://www.manutd.com/
- http://news.bbc.co.uk/sport/
- http://soccernet.espn.go.com/index?cc=4716
Wednesday, 21 May 2008
Beli Kain di Nilai Square
Kalau yang sedang mencari kain pergilah sekarang sebab mereka ada buat sales...walaupun ada sales ingat...masih boleh ditawar lagi harganya...trick nya ialah minta harga per meter..tawar per meter...bukan sepasang...GOOD LUCK
Misalan:
Kain semeter RM25.00 berapa berani minta?.....
So haritu kami angkut hampir 50 meter kain dari Nilai Square...
PEP Yang Hangat
Bila dah log in tu ada beberapa menu termasuklah yang sekarang ini sibuk diisi Year End Review...so adalah dalam tu list of KPIs yang kita set di awal tahun kewangan....yang best ada 2 ruangan satu self rating dan superior's rating...yang paling mustahak adalah superior rating kerana ini akan memberikan FINAL RATING. Penting benda alah nie bro...sebab dari final rating lah menentukan bonus untuk tahun kewangan berakhir...
Aku dah selesaikan benda alah nie last week sebab boss aku suruh siapkan cepat sebab dia nak operate kaki dia tu dan takut lambat masuk office semula...
Kepada semua employee Sime Darby...selamat isi PEP..Jumaat last woi cepat...
Sunday, 18 May 2008
Lontong Klang
Lontong merupakan makanan popular untuk orang Jawa...banyak juga di jual di Pulau Jawa, Indonesia. Tapi yang nie aku makan kat Section 7, Shah Alam. Nama restaurant ada Klang tapi kat Shah Alam..restaurant ini memang menjadi tumpuan ramai apatah lagi kalau weekend. Pernah aku bawak parent aku makan kat sini dan mereka juga mengakui yang kuahnya sedap...ada sotong kembang lagi...bleh try..
Lepas makan on the way balik Semenyih kami singgah di Rumah Hafiz...cousin Alia belah ayah so darah Jasmon lah nie...tujuan singgah rumah dia sebab nak melawat anak dia, Anas yang tersimbah air panas Khamis lepas. Ceritanya dalam bilik masak air bubuh atas meja..Anas dalam walker tarik cabel, langsung electric cattle tu jatuh atas dia dan air panas simbah atas badan dia...bad enough...syukur Allah masih adil kerana melindungi muka dia kalau tak kena mata..ishhh lagi parah...Hafiz cerita pak mertua marah lalai dan kedekut tak beli water heater...kasihan.
Badan Anas bandage dengan 3 layer dan layer paling dalam which paling mahal katanya membolehkan luka tidak perlu dibasuh setiap hari selama seminggu..ada aku tenguk gambar dari I-phone Hafiz yang ngeri masa luka dicuci...
Moral...berhati-hati kalau ada anak kecil....aku bila lagi nak ada anak <---soalan biasa kawan-kawan. . Jawapannya...sedang berusaha dan berdoa semoga Allah mengurniakan waris..
Malamnya kami satu keluarga besar + bibik pergi makan Pizza di Kajang... Pizza Hut lah mana lagi..setelah meneliti menu...order...1 Hut's Power Menu Set #6..aa dua pizza so satu crunchy crust dan satu lagi stuffed crust..breadstix upgrade to garlic bread...4pcs Deli wing + 4 pcs sweet & spicy Wing, satu single sensation dan satu double delight...air tambah kopi panas, milo dan speciality tea...
Tiada apa yang disambut cuma makan di luar beramai-ramai...Atuk janji dengan Nain bawak makan pizza..Nain memang suka makan fast food terbalik dengan bapak dia ...
Acara seperti ini bagus dilakukan...Akam yang bongsu dalam keluarga terutamanya...melatih dia mendengar hiruk pikuk anak saudaranya....sampai tahap gaban dan cakap..."akhhh serabutnya budak-budak nie.." hehehe nak buat cam mana dulu masa kecik dia je yang serabutkan orang....
Dah selesai perut pun dah kenyang...bill nak kena settle...RM104.00 beres....Akam bayar tapi guna duit ayah...tq ayah lain kali belanja lagi...