Sunday, 6 July 2008

Projek Bumi Hijau di Semenyih

KEMPEN BUMI HIJAU

KEMPEN BUMI HIJAU..sebenarnya telah lama dilancarkan oleh Kementerian Asas Tani ketika zaman di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin kalau tak silap tahun 2006. Biarlah dah lama dasar ini diperkenalkan padahal kempen ini dahulunya dikenali sebagai KEMPEN BUKU HIJAU.

Sedikit penjelasan berkenaan Kempen Bumi Hijau yang diambil dari laman sesawang Perpabadan Putrajaya, boleh baca di sini.

"Kempen ini menggalakkan amalan bercucuk tanam tanaman makanan berkonsepkan laman dapur atau ‘edible landscape’, secara menanam tanaman bersesuaian dengan ruang sedia ada dan memenuhi keperluan keluarga. Ia menekankan konsep pengeluaran makanan untuk kegunaan sendiri sahaja.

Kempen ini ditujukan kepada semua rakyat dengan sasaran utama adalah penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

Anak-anak pokok pula ditanam di dalam bekas mudah alih seperti pasu, polibeg dan seumpamanya atau di atas tanah. Jenis tanaman yang dipilih terdiri daripada sayur-sayuran, daun dan buah, herba dan ulam-ulaman yang boleh dituai secara berterusan."


Pagi ini ketika mahu keluar ke PD ambil Alia, aku lihat mertua aku dan Kak Ida kemain sibuk kat depan rumah. Dari jauh aku boleh nampak kotak gabus warna putih yang biasanya dibuat isi air batu + ikan etc, guni berisi tanah dan macam-macam lagi.

Dalam 3 pasu kecil tu benih Kailan

Bukan daun dalam kotak tapi benih sawi..

Nampaknya mereka memang bersungguh-sungguh, siap Kak Ida ambil tanah gambut entah dari mana. Kak Ida beritahu kotak gabus tu ambil dari belakang Econsave, terbuang kira mereka ni menggunakan barangan terbuang. Langkah yang bagus tambahan pula kotak gabus ini tidak mesra alam.

Sebenarnya ini semua adalah tambahan kepada kebun di lereng tepi padang yang diusahakan oleh Ayah mertua aku..selamat maju jaya kepada semua penyokong Projek Bumi Hijau.

Projek Bumi Hijau di lereng tepi padang..

No comments: