Aku juga tidak tahu mengapa, tetapi aku terpaksa bukan..bukan terpaksa tapi membantu dengan rela. GM Sales TSID, our principal personally call aku minta bantuan aku terus support mereks, oleh kerana banyak sudah ilmu yang mereka kongsikan dengan aku tidak termasuk menanggung semua perbelanjaan setiap kali aku ke Bandung, inilah kalau sudah termakan budi. Aku diminta untuk terus membantu Sulzer Hickham (TSID) dalam beberapa bidding mereka untuk kerja-kerja di power station. Memang kalau TPS get this job, aku tak dapat hasil dari segi material langsung sebab yang menuai hasil mereka yang masih tinggal kan...tak apalah Ya Allah murahkanlah juga rezekiku..tulah TSID sapa suruh lambat sangat keluar formal offer, cakap air liur mana boleh...
Semenjak Selasa yang lalu masa ku banyak dihabiskan di Kuala Lumpur kerana Marlon (Sales Manager TSID) datang ke Malaysia untuk menghadiri "Technical Clarification Meeting" dengan REMACO. Menariknya di CORUS ini aku lihat setiap kali aku melepak menunggu Marlon di lobi pasti penuh dengan biz man membuat discussion. Pernah aku lihat mereka siap bawak nozzle pump minyak. Nak ambil gambar terlalu ketara pulak sebab mereka berlima dan aku betul-betul mengada mereka so susah nak coverline nak ambil gambar discussion mereka termasuk nozzle nya sekali.
Meeting yang dirancang oleh Azmi Shukri dari REMACO. Tempatnya di tingkat 8, HQ REMACO, Jalan Utara, PJ. Wakil yang hadir terdiri dari Tn. Hj Yusoff & En. Abidin Sarjo (end user), Tn. Hj. Ismadi & Azmi (REMACO), Tn. Hj. Rusli Jalil (Tractors) dan Marlon (TSID). Aku pulak wakil siapa? Entahlah yee...apa lagi aku nie pak supirnya Marlon. Perbincangan berkisar dengan kerja-kerja yang siapa dapat tender ini akan diwajibkan menyiapkannya dalam tahun ini jugak. Sangat bagus buat TSID memandangkan Financial Year mereka Jan-Dec sebab mereka boleh berkira-kira untuk masuk sales tahun nie atau depan. Seronok kan.
Malam sekali lagi aku jadi supir Marlon, tapi kali ini kami ke Mid Valley sebab ada sesi perbincangan dengan Tn. Hj Yusoff & En. Abidin Sarjo..sambil tu apa lagi makan lah..kami makan di San Francisco Steakhouse. Ish kenapa malam nie best pulak steak yang aku mana nie Ribeye 120gram..lebih sedap sebab free. Gila hang steak je sepinggan tu dah RM85.00 hehe daging berbeza dari Australia mereka cakap..ish kan daging lembu jugak tu...ohh lupa sedang makan Hj. Ariffin join kami so kami berlimalah..apalagi waiter bill please...tapi bila minah tu terhegeh-hegeh datang aku tunjuk kat Marlon..hehehe TQ Marlon.
Marlon kuat sungguh bekerja sampai masa makan pun sibuk nak balas email ishhh nie yang aku jeles nie dia ada HTC.."punya perusahaan" dia bilang.
Apa sekalipun aku bangga sebab walaupun aku tidak dianggap performer oleh VP1 TPS tapi aku masih dihargai oleh principal aku. Bukan cakap besar tapi kat TPS siapa lagi yang boleh call Director TSID pada bila-bila masa, siapa yang boleh call TSID di hadapan customer untuk berunding harga.hahahah riak pulak aku nie..ish angkat bakul masuk sendiri best oooo...banyak sungguh persoalan yang Marlon timbulkan tentang TPS yang tidak mampu untuk aku jawap...Ya Allah tambahkan keimanan aku untuk tidak membuka aib pihak lain...
Tadi pukul 2.30ptg naik SQ di KLIA, Marlon memulakan perjalanan pulang..hehehe Marlon aku tahu kamu itu lebih senang naik SQ dar MH...usah bohong...hehehe...KL-SINGAPORE-JAKARTA patutnya kan cuma KL-JAKARTA..apapun semoga kamu berbahagia. Ketemu lagi kita nanti bulan October ketika POWER GEN ASIA 2008 .. "ketika itu udah beda kita yee".
Emm nanti aku nak tulis TSID yang ku kenali...
No comments:
Post a Comment