Tuesday 22 July 2008

Isu Kenaikan Gaji

Dewasa ini kita sibuk sekali dengan isu kenaikan gaji terutama CEO GLC seperti yang kita semua ketahui CEO TNB hampir mendapat 100% kenaikan gaji..setelah seluruh rakyat memperkatakannya, Pak Lah menjadi HERO dengan membatalkan kenaikan itu. Pagi tadi aku ketika bermesyuarat dengan tenaga kerja TNB..mereka berkongsi jenaka..

  • 97% kenaikan gaji CEO TNB
  • 3% kenaikan gaji tenaga kerja lain
Ops jangan marah ini hanya gurauan...ketika dalam perjalanan pulang dari KLIA setelah menghantar Iman, aku terima pesanan dari peti simpanan suara, "Rusli nie, aku ada surat dari personnel untuk ko".. Maka aku pun terus ke pejabat kerana kebetulan kereta aku di letakkan di perhentian ERL Putrajaya.

1st Time @ P.T Sulzer Hickham Indonesia.

Peh...tak sangka kan dah nak berambus pun masih ada kenaikan gaji, jadilah merasa sebulan..setelah dibuka pehhhh kenaikan hanyalah digit tunggal (ops tak boleh kongsi sebab rahsia) apapun alhamdulillah..prestasi aku tak bagus rupanya di kaca mata pengurusan Tractors Petroleum Services Sdn Bhd..tak apa banyak pengalaman / pengajaran aku kutip di sini. Apapun aku tau principal aku more than happy dengan prestasi aku sepanjang aku promote mereka.
Bersama Marlon (Area Sales Manager) & Pak KAS (Director, future President)

Nampaknya gaji yang ditawarkan di tempat baru lebih lumayan dari gaji sekarang walaupun setelah kenaikan baru...

Ternyata BONUS dalam bentuk wang dari TPS memang haram tak nampak. Ramai orang di TPS kata aku rugi..tapi mengapa aku tak anggap begitu, aku nak share;
  • Tempat baru itu sendiri adalah bonus bagi aku
  • Tekanan darah tinggi aku sudah kembali normal
  • Gaji di tempat baru lebih dari gaji selepas kenaikan
  • Harap lebih pendedahan yang akan aku perolehi
  • Lebih "networking"
Kepada kawan-kawan lain yang dapat hampir 16% kenaikan, 11% dan lain-lain aku ucapkan tahniah. Teruskan usaha keras anda, SELAMAT MAJU JAYA.

Hepy (memangku Service Manager)

Oh..ye..Kepada yang mahu bekerja di Tractors Petroleum Services Sdn Bhd (TPS) bolehlah memohon tempat aku yang telah kosong..

Satu lagi aku hairan, dahulu ketika TPS ada agensi GE, pengurusan (GM aku je kot) memang tak puas hati bila aku involve / promote Sulzer Turbo Services (STS) di Oil & Gas. Satu kes paling aku ingat apabila aku dimarahi apabila STS quote untuk repair GE Fr6 kepunyaan CUF Kuantan sedangkan CUF contact direct to STS, ..sehingga aku juga terasa dimusuhi tetapi sekarang aku diberitahu TPS mintak surat agensi sebab nak register dalam lesen Petronas katanya...nampaknya GM aku seperti meludah kelangit dan sekarang ludah itu dah bertepek kat muka sendiri..Aku tahu STS juga banyak kali quote direct to customer sehinggalah sekarang sebab mereka sentiasa share dengan aku..hahahaha...sekarang ada 2 customer oil & gas yang mereka sedang follow up dan quote direct..

So betul ke aku tak perform? Terpulanglah.....apa sahaja pandangan management TPS sudah tidak penting bagi aku...

2 comments:

tungkai said...

Relax bro..Kitorang tau that you did performed excellently BUT some people are blind to see that. IT IS A FACT..!!!

Landak said...

Pehh TUNGKAI lu memang kawan yang baik...pandai amik hati aku..ok bro good luck...