Saturday, 5 July 2008

16 Julai Hari Tidak Berbelanja


Menonton Warta Perdana TV1. Beberapa NGO termasuk FOMCA akan menganjurkan HARI TIDAK BERBELANJA pada 16 Julai 2008.

Dari website Fomca mengatakan hari ini adalah hari untuk memberi peluang kepada kita meluangkan mana bersama keluarga dan rakan-rakan daripada membelanjakan wang. Hari untuk menilai pola perbelanjaan dan sebagainya.

Kenaikan harga barang sekarang ini telah membuktikan rakyat telah lebih berhati-hati untuk berbelanja. Semua barang nak naik harga. Tadi aku beli sebiji kelapa muda harganya naik 50sen. Baru minggu lepas aku beli dengan harga lama. Alasan penjual, "pembekal naik harga lah bang".

Sehari boikot barang boleh mengubah sikap penjual ke? Apapun tak salah untuk mencuba dan kita lihat hasilnya..

p/s: Dengar khabar angin penjualan petrol di stesen minyak Petronas turun 15%. Nampaknya nanti bila keuntungan berkurangan Petronas bayar kepada kerajaan pun kurang. Masa tu nak boikot apa pulak?

No comments: