Tuesday, 6 July 2010

Tanggungjawab vs Pengorbanan


Sekarang kami keluar rumah awal pagi, sebelum 6.30 sudah berada di jalanraya. Perjalanan dari Tmn Desa ke Putrajaya, Block B mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit. Sebelum pukul 7 pagi kami sudah sampai di office Alia. Aku sebenarnya kasihan dengan Ali, sure dia akan sentiasa jadi orang yang sampai paling awal di office dan orang yang terakhir yang keluar dari office.

Waktu petang, masa rasmi office aku tamat 5.30 ptg, tp agak sukar untuk dapat balik pada masanya. Ada sahaja yang akan menyebabkan aku keluar lewat. Paling teruk aku pernah sampai di office Alia hampir jam 9 malam. Inilah pengorbanan isteri yang sangat aku hargai…kasihan Alia, aku sure dia lebih selesa untuk pulang awal dan sampai rumah awal untuk berehat.

Sampai bila Alia harus berkorban untuk aku???

1 comment:

eliyazz said...

smp bila2 kita kena kongsi hidup susah & senang...jgn rungsing lah, kita tempuh sahaja cabaran demi cabaran...dah berdua, cara tempuh tu mesti dgn semangat yg tinggi..kan..kan...