Tuesday, 28 July 2009

Pengalaman d Pantai Medical Centre (PMC) - Sebelum, semasa & selepas

Ahad, 12 Ogos 2009

Oleh sebab parent saya datang dari Kuantan, mertua menjemput mereka makan tengah hari di Semenyih. Selepas lunch kami semua pulang ke Cyberjaya untuk kemas barang apa yang patut di bawa ke PMC. Alia dah ada senarai panjang apa yang hendak dibawa, saya macam biasa main tangkap muat sahaja.

Apabila sampai di PMC, terus pergi check in kat kaunter pendaftaran. Ok dapat Wad D3, bilik D305..Alhamdulillah.


Wad D3

D305

Alamak tuala cuma bawak satu, wadus tak bawak baju sejuk, lagi tak bawak garfu,sudu,mug, sejadad, milo, biskut akhhhhh banyaknya tak bawak. Kami tak ada pengalaman masuk hospital sebenarnya..Alhamdulillah Allah itu adil, dia bagi kami pengalaman jugak untuk kami bersedia untuk masa hadapan.

Dalam lebih kurang jam 7 ptg tu, parent saya balik Cyberjaya. Saya cadangkan duduk kat hotel yang dekat-dekat PMC tu sahaja, so tak payahlah mereka bersusah payah balik jauh..macam biasa orang tua, ada sahaja alasan ....sebenarnya mereka lebih selesa di rumah.

Sekali perut berkeroncong lah pulak...turun ke Cafe di tingkat bawah. Mereka inform lambat sikit sebab Chef sibuk prepare dari Wad. Oklah tak apa, saya order dan bayar dahulu nanti lepas solat Magrib turun lagi ambil.

"WAH" harganya mengalahkan harga yang biasa saya bayar untuk lunch di food court kat KLCC level 4.


Nasi Goreng Cina = RM7.90

Lepas solat saya turun dan ambil nasi goreng yang sudah siap dibungkus..Alamak nasi nie dah ada rupa cuma satu yang mendukacitakan saya tawar gila..langsung macam tak ada garam.

Alia wajib bersahur untuk persediaan berpuasa esok kerana operation. Oklah order menu A La Carte..Air milo dan biskut kering...to my surprise dalam pukul 11 mereka pun hantar makanan yang ditempah..Alamak hanya secawan milo (Milo 3 in 1) yang belum dibancuh + cracker 3 keping...cuba teka berapa harganya.....RM23.oo ....WAH.....emmm sign jelah...nak buat cam mana lagi kan...

Bill untuk secawan milo + 3 keping cracker

Adalah sangat tidak munasabah harga yang dikenakan....adakah pihak PMC cuba untuk mengambil kesemapatan ke atas pesakit? Sukar untuk saya memahaminya.

Alhamdulillah selesai sudah sahurnya...malam tu kami tidur berkongsi katil....zzzzzzzzzzzzzzz ops kena bangun sebelum pukul 6 pagi sebab Alia akan disumbat ubat utk berak....zzzzzzzz

Isnin, 13 Ogos 2009.

Alamak dah kena kejut...apsal alarm tak berbunyi pun...lah rupanya baru pukul 5.30 pagi..mana aci kata semalam kul 6pagi...dah saya set alarm kul 5.45 pagi....oklah tak apa sebab nurse tu relax jeee tak marahpun kami.....

Pehhh...sekejap jek...habis semua isi perut Alia dah keluar....lepas nie sambung lagi lah...






No comments: