Kedatangan Ahad pasti menjadi hari yang penuh kesedihan buat saya dan Alia. Mnakan tidak, sekarang ini saya joint weekend husband club. Kisahnya sebab saya terpaksa tinggal di rumah kami di Cyberjaya manakala Alia pulak duduk dengan parent dia kat Semenyih.
Liyana (adik saya yang bongsu) tinggal bersama kami semenjak bekerja dengan Malaysian Medical Council (MMC) di Putrajaya semenjak beberapa bulan yang lepas. Pada mulanya memang saya yang menghantarnya ke Putrajaya - setakat sampai Persint 9 je kat flat hijau, kemudian dia akan naik bas terus dari situ ke Parcel E..beberapa minggu yang lepas dia dapat lesen L dia so semenjak itu dia bawak motor sendiri ke tempat kerja dia, tak payah keluar awal sangat apabila keluar dengan saya, maklumlah biasanya saya ni pukul 6.30 pagi dah berada di atas jalan raya.
Minggu lepas, road tax motor tamat tempoh pulak, cari geran motor tak jumpa. MasyaAllah... puas mencari...tetapi masih tak jumpa kemana perginya geran motor ini..so tak bolehlah Liyana menunggang motor..adus saya tersepit di tengah-tengah.
Isteri mahukan saya tinggal di Semenyih so saya berulang alik dari Semenyih je sedangkan Liyana pulak tiada kenderaan di waktu pagi. Saya tidak sampai hati untuk dia keluar sendirian di awal pagi (bas dari Cyberjaya ke Putrajaya Central 1/2 jam satu) maksudnya dia harus keluar dari rumah pukul 6.10 pagi untuk dapat bas pukul 6.15 pagi...pasti saya pening sebab waktu itu hari masih gelap..jadinya saya ambil keputusan untuk kembali menghantarnya ke Putrajaya di waktu pagi sebelum ke office....
Ini bermaksud saya sudah mengatakan TIDAK ke atas permintaan Alia menemankan dia tinggal di Semenyih.."when you say YES to something meaning in the same time you say NO to something"...Alia terpaksa beralah dan berkorban....akhhhh banyak sungguh pengorbanan dia kepada saya sepanjang perkahwinan kami....apa yang mampu saya katakan, terima kasih sayang kerana untuk sekian kalinya berkorban untuk saya....
"Ya Allah, aku insan yang sangat lemah dan serba kekurangan, kau tabahkan diri ku dan isteri ku Ya Allah, berikan kerahmatan dan kemulianmu kepada isteriku, Ya Allah."
Ujian Allah yang kecil untuk saya tunaikan ternyata amat berat untuk dipikul..amanah sebagai abang yang sulung dan amanah sebagai suami....
..sayang I'm really sorry..bukan niat untuk meninggikan suara....ternyata bebanan ini menyebabkan saya juga tertekan....
1 comment:
I pilihan kedua kot!
Post a Comment