Saturday, 15 August 2009

Hi Speed Tyre Balacing

Pagi ni saya bawak kereta Alia untuk tukar tayar dan buat balancing. Kereta nie dah beberapa tahun tidak ditukar tayarnya, tak sure pulak dah berapa tahun.

Kami nak guna tayar Goodyear...check tahun pembuatan pada tayar yang baru...haa kena ingat nie WAJIB periksa tahun tayar di buat apabila kita beli / tukar tayar sebab tayar hanya selamat digunakan dalam jangka masa 4 tahun sebab selpas 4 tahun tayar akan mudah crack dan botak....Ok check semua tayar.....1809,2409,2409,1809...emm ok boleh diterima pakai. Sila lihat gambarajah di bawah untuk makluman apa yang ada banyak info kat dinding tayar tu:



A – Nama pengeluar / nama brand
B – Saiz tayar, tujuan dan tahap kelajuan tayar.
C – Jenis tayar dibuat
D – Jenis permukaan yang sesuai utk tayar -> lumpur, salji
E – Tekanan tayar
F – ECE approval
G – North American Dept of Transport compliance simbol nombor id
H – Negara pengeluar.



Tentang umur tayar yang saya baca kat tepi dinding tayar untuk kereta Alia tu sebenarnya menunjukkan tayar tersebut dibuat dalam minggu ke 18 dan 24 dalam tahun 2009. Nombor tu ada empat sebab ianya dibuat selepas tahun 2000 kalau ada 3 jek maknanya sebelum tahun 2000 lahtu dikilangkan.




Balancing sebelah demi sebelah..tayar berpusing laju tu.

Hi Speed tyre balancing nie bagus pada pendapat saya sebab kereta saya sendiri pun buat Hi Speed tyre balancing, bukan nak promote tapi masa baru beli waja saya dulu bawak laju lebih 130 km/j jek terus terasa gegar kat stering kereta tu kan..so kalau lelama peh naik kebas tangan nie..saya pulak masa tu selalu tarvel naik kereta...sampailah father in law propose saya buat balancing kat kedai Michael nie;


Kedai Michael - Hi Speed Tyre Balancing Services Sdn Bhd

Selepas Michael buat Hi speed balancing ...terus ok jek...bleh bawak sampai 170km/j tak ada gegar-gegar dah ....cubalah kalau nak rasa sendiri...senang jek nak cari kedai dia berhampiran GIANT Kajang....

Free advertising for Michael...tak apalah janji boleh kongsi dengan kawan-kawan tempat bagus...

1 comment:

eliyazz said...

one thumb up for this high speed balancing