Cerita dah lama cuma baru nak kongsi..pada penghujung bulan Mac 2009 Iman contact saya minta saya booking tiket untuk melawat Skybridge PETRONAS Twin Tower..sekadar membantu malahan tiketnya sememangnya diberi percuma cumanya saya ada kelebihan di mana boleh booking in advance janji 3 hari bekerja...setelah semuanya dipersetujui maka saya pun menempah tiket pada 29 Mac 2009 hari Ahad jam 10 pagi.., Iman baru selesai tugasannya di Paka (TNB Paka Power Station). Mujurlah ada kelebihan untuk menempah sebab pagi tu punyalah penuh orang beratur untuk mengambil tiket. Ketika saya sampai jam baru pukul 0915, tiket yang diserahkan kepada pengunjung ketika itu ialah untuk lawatan jam 1500..Alhamdulillah saya hanya ke counter untuk mengambil tiket yang sudah di tempah untuk lawatan jam 1000 pg.
Kacak jugak bapak-bapak dr Sulzer Turbo Services Indonesia.
Perjananan lawatan bermula dengan kami mengambil ticket di tingkat bawah (sama level dengan Tower Fitness Centre..seterusnya akan memasuki bilik tayangan 3D..sebab itu Iman and the geng pakai kaca mata hitam walaupun dalam bilik (heheheh bukan sebab mereka buta tau)...tayangan video lebih kurang lima belas minit pengenalan tentang PETRONAS,Twin Tower dan the bridge...semua fakta menarik diberikan semasa tayangan video ini
Iman & The Geng
Tinggi Skybridge ialah 173 meter. Skybridge mumpunyai dua tingkat dimana di level 41 untuk pengunjung awam manakala di level 42 khas untuk kegunaan staf di Tower 1 dan Tower 2.
Pemandangan Biasa Untuk Mengambil Tiket
p/s: Photo dari sini.
INFO tentang lawatan ke PETRONAS Twin Tower Skybridge
Lawatan ke Skybridge dibuka 6 hari seminggu, tutup hari Isnin. Masa lawatan ialah dari jam 0900 hingga 17000, pada hari Jumaat tutup antara jam 1230 - 1430. Tiket masuk percuma diatas konsep siapa cepat dia dapat sebab setiap hari cuma lebih kurang 1300 tiket.
Info lanjut tentang lawatan ke PETRONAS Twin Tower Skybridge sila click Sky Bridge Visits
No comments:
Post a Comment