Saturday 4 July 2009

Kenangan 1982

Tahun 1982, saya tinggal di Tebrau, Johor. Pernah saya coretkan kisahnya di sini. Ketika itu saya berumur 6 tahun, masih di Tabika. Ketika ke mana lagi Tabika KEMAS lah..bukan macam zaman sekarang kan macam-macam nama Tabika ada.

Ok apa yang nak saya kongsikan ialah dalam tahun itulah saya dapat album kaset (masa itu kaset masih baru kira agak termaju sekali lah sebab zaman itu masih banyak piring hitam). Pertama yang pernah saya dapat sebab masa tu abah/emak tak ingat siapa beli sebab saya ditinggal kan dirumah...tak ingat dah sebab apa...
Paling best album itu sebenarnya Album Thriller dari siapa lagi kalau bukan Michael Jackson (RIP Mikaeel). Sebab apa dalam album itu ada lagu Beat It...pehh memang masa itu jadi kegilaan tu beb......
Mikaeel aka Michael Jackson wajib pernah meninggalkan fenomena ke dalam hidup hampir semua kepada kita..Pada pagi 26 Jun 2009 yang lepas Mikaeel aka Michael Jackson meninggal dunia kerana kompilasi jantung...sekiranya benar MJ benar-benar telah memeluk Islam tidak salah rasanya untuk di sedekahkan fatihah ke atas rohnya dan semoga Allah ampunkan dosa-dosanya...

Dalam post saya sebelum ini sengaja saya selitkan concert MJ di Munich dan Korea untuk tatapan...cara MJ menari hamper sama di dalam 2 clip video ini yang di rakamkan dalam tahun yang berlainan...

MJ memang fenomena kepada kita malah saya masih ingat seorang lagi penyanyi pujaan saya Allahyarham Sudirman juga pernah mengikut cara MJ berpakaian.....Oklah itu sahaja nak kongsi pengalaman manis tentang MJ sebab masa 26 Jun 2009 tu HITZ.FM siap buat a whole day tribute to MJ, DJ pagi tu bukak topic share your experience with MJ Phenomena in your life...ok Mikaeel semoga rohmu dicucuruhi rahmat...

No comments: