Tuesday 14 July 2009

Hari Pengundian di N41 Manek Urai

Selasa, 14 July 2009 merupakan hari besar bagi mereka yang mendaftar sebagai pengundi di N 41 Manek Urai kerana mereka akan keluar beramai-ramai membuang undi.

Besar harapan saya agar hari pengundian di sana berjalan dengan aman, terdapat
12,293 yang mendaftar di N41 Manek Urai.

Tidak perlu kita bergaduh sakan kan..apapun yang biasanya bergaduh masa hari mengundi sedihya bangsa saya sendiri dan beragama Islam. Susah sangat ke nak menghormati pendiriaan politik oang lain...

Apabila melibatkan pilhanraya kecil di Kelantan, ramai teman-teman saya dari Kelantan kalau di tanya tidak balik mengundi ke, pasti akan berkata; "Tak payah balik, PAS sure menang". Maafkan saya, pada saya sekiranya kita ada pendirian atau percaya terhadap sesuatu parti politik itu, seharusnya kita sendiri melaksanakan tanggungjawap kita tu. Pada saya ini kelemahan kita, suka mengambil ringan dengan semua perkara.

Sikap ini sepatutnya tidak perlu ada di kalangan bangsa saya, sebaliknya kita harus berubah. Kita kena ada "ownership" baru kita akan berusaha bersungguh-sungguh kan...

Apun Wallahuallam....

1 comment:

eliyazz said...

Mcm mata belalang ... sekilas pandang mcm tembel!!