Friday 24 July 2009

Dua "Laparoscopic" @ Pantai Medical Centre

Pengalaman yang saya cuba kongsikan bersama untuk hanyalah untuk pengetahuan bukan mahu mendedahkan keaiban atau kekurangan isteri saya yang tercinta iaitu Alia. Banyak kesusahan, keperitan dan kesakitan yang dia tempuhi dalam melalui rawatan dengan Dr Hamid Arshad.

Setelah berjumpa 2 pakar sakit puan kami membuat keputusan untuk meneruskan pembedahan di bawah Dr Hamid Arshad memandangkan dia yang merawat Alia daripada awal.

Apa yang akan Alia hadapi, oleh kerana kami bukan background medic maka kami terpaksa memaksa Dr Hmid Arshad bercerita lanjut tentang procedure yang akan dia buat terhadap Alia ini termasuk apabila saya bertanya soalan bodoh sebab datang dari engineering background bila cakap drilling sure benda yang kena drill akan berlubang.

Dr mencadangkan dua rawatan kepada Alia;

1. Laparoscopic Ovarian Drilling

Dalam kes ini Dr akan membuat rawatan untuk membantu process ovulation. Alia menghadapi masalah Polycystic Ovary Syndrome (PCOS). Ketika process Ovarian Drilling ini Dr. Hamid menggunakan kaedah laser untuk menebuat ovary Alia. PCOS tidak dapat dipastikan punya secara tepat tetapi menurut penyelidikan ia berpunca dari keturunan. Kajian juga menunjukkan terdapat 5% wanita yang mempunyai masalah ini dan rawatan ini 85% Berjaya membantu process ovulation. PCOS ada banyak symptom tetapi yang paling ketara pada Alia ialah irregular period dan rambut dia selalu, mudah dan banyak gugur.



Ovari sebelum "Drilling"




Ovari Sesudah "Drilling"


Kalau ada keberanian sila lihat procedure ini di YouTube.





2. Ventro Suspension

Alia juga menghadapi masalah dengan uterus dia, ianya dipanggil retroverted uterus. Kalau bahasa saya orang kampong nie rahim terbalik. Masalah ini melibatkan 20% wanita diseluruh dunia, pada kebiasaannya memang wanita ini dilahirkan sudah begitu. .Ini hanya diketahui setelah Alia menjalani pemeriksaan yang dipanggil pelvic ultrasound examination.. Kedudukan rahim sepatutnya terletak condong sujud ke hadapan (masyaAllah besar keagungan Allah, tempat terpenting kita wujud di dunia juga sujud kepadanya). Rahim Alia sujud jugak tap sujud ke belakang.

Procedure ini pula dipanggi laparoscopic uterine suspension menggunakan UPLIFT (uterine positioning by ligament investment fixation and truncation) procedure. Seboleh mungkin doc akan mengembalikan kedudukan asal rahim Alia menggunakan procedure ini. Kit untuk membuat kaedah pembedahan ini sebenarnya agak baru diperkenalkan iaitu 10 tahun lalu (1999) oleh Dr. James E. Carter. Sila baca disini.


Normal Uterus

Retroverted Uterus


Ketika procedure ini Dr. hamid akan buat dua procedure dalam satu procedure laparoscopic. Ikut perancangan semua ini insyaAllah dapat diselesaikan dalam masa empat hari iaitu masuk hospital hari Ahad petang dan boleh pulang ke rumah hari Rabu.

Alia ada bagi tahu, dia sanggup menghadapi ini semua demi untuk memberi anak kepada saya. Sayu hati saya mendengarnya tanpa dapat mengatakan apa-apa. Saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan pembedahan dan recovery dia...

"Ya Allah ampunkan lah dosa kami, Ya Allah sesungguhnya aku sudah memaafkan semua dosa-dosa isteriku terhadapku, aku halalkan makan minumnya, Ya Allah aku memohon kepada Mu agar dipermudahkan segala urusan pembedahan isteriku, tabahkan aku dan dia untuk menghadapi ujianMu ini Ya Allah."


18 comments:

lya said...

Salam,hi sy sbnarnye ada mslh sm dgn wife awk.baru j dpt tau.da wt apointmt dgn dr hamid.26/10 ni br dpt jumpa.since u both da ade experience dgn dr hamid,nk tnye la pngalaman..ok ke treatment dgn dr hamid ye?sy 1st time..risau sket...lame x treatment if ada PCOS ni?

Landak said...

Oh..ok..insyaAllah dengan izin Allah segalanya dapat di atasi. Alhamdulillah kami baru mendapat anak lelaki sebulan lebih umurnya. Pada saya Dr Hamid adalah pakar kepada segala pakar, malahan dia adalah guru kepada kebanyakan pakar sekarang. Selepas beberapa kali appointment dengan beliau, kami buat keputusan jumpa pakar lain sebagai second opinion tanpa memberitahu pakar tersebut yang kami berjumpa Dr Hamid. Akhirnya kami ambil keputusan Dr Hamid is the best.
Untuk makluman awak jugak ada dua orang dari office saya juga berjumpa Dr Hamid setelah saya bercerita dengan mereka pengalaman saya dengan Dr Hamid. Keduanya telah berjumpa saya semula dan menceritakan bertapa berbeza Dr Hamid dengan pakar yang mereka jumpa sebelum ini dan the best is dedua sedang mengandung. Jangan risau sebab nanti awak tension, sabar insyaAllah nanti Allah permudahkan.

lya said...

thanks & congratz 2 both u n alia...bestnye dah ada baby....
tulah, mmg risau..n kdg2 tensen..time dpt tau saye ade PCOS sdh sgt hati...
btw, sy ade terbace kt blog awk yg insurans company awk cover ek utk treatment ni?mmg most company insurans cover ke utk treatment gini?ke ade company cover, ade yg xcover? sy ade kad insurans company suami gak tp xpenah pakai lagi sbb xpenah masuk hosp...kat kad tu tulis inpatient only...if u dont mind, may i ask the cost utk treatment2 ni? risau gak...nk kne budget saving yg ade in case insurans xcover...

Landak said...

Insurance kami tu under employee benefit ING. Dengar kata coverage different between company so mmg kena check. Apapun kalau nak clearer on insurance nie boleh tanya Kak Ana kat klinik Dr Hamid tu, she really helpful. Alia buat operate tu di Hospital Pantai, under Dr Hamid. Admitted Ahad petang, Isnin pagi operate, Rabu petang discharge. Semua sekali (single room) lebih kurang dekat RM9K kalau tak silap, yes dalam kes kami fully tanggung by ING. Harap sharing saya memberi sedikit kekuatan buat pun. Puan boleh juga email saya terus; syaifullah@gmail.com sekiranya ada persoalan lagi, sekiranya termampu saya jawab insyaAllah saya jawab. Tujuan saya sharing pun sebab masa kami dahulu macam blur tak tahu apa-apa. Jangan risau, Dr Hamid telah banyak buat procedure ini, InsyaAllah selamat.

yatt said...

salam saya ada mslh yg sama ngan your wife.. mintak izin share kat my blog :-)

http://lovleyfreesia.blogspot.com

Landak said...

silakan...sharing untuk perkara berfaedah tak apa...

Landak said...

silakan...sharing untuk perkara berfaedah tak apa...

Asu said...

Assalam.kebetulan sy mncari psl info pmbedahan RU ni n trjmpa blog awk.sy juga mgalami masalah yg sama with ur wife and akan menjalani operation 17 okt ni..nk tanya,ada tak komplikasi lepas operation wife awk? mcmana cara pnjagaan dia pas operate and lepas bape lama eh wife u dapat hamil..sy rasa risau sgt..wlaupun sy tahu Prof hamid tu expert, tp rs berdebar ni msih x ilang..takut nk menunggu operation ni..

Landak said...

Asu,

Maaf lambat balas, hopefully awak sempat baca sebelum operation. Bz dgn keje.
Alhamdulillah lepas operation tak ada kompilasi. Wife saya berpantang macam orang bersalin selepas operation tu.

Don't worry, sama-sama kita berdoa insyaAllah semua selamat...

aisy said...

Salam.. Sy nak tanye...
Dr, lubang2 kan ovari untuk tujuan ape ye?...
Klu kite scan dain lihat ovari itu plain, maksudnye tidak subur ke?...
Sy ada buat scanning rahim kerana irregular period, dan lihat ovari sy ada bentuk lubang2 tetapi tidak banyak..
Dr katakan sy mempunyai telur yg tidak subur..
Sy tak tanya banyak, sbb Dr tu not friendly..

Landak said...

Alamak perkara dah lama nie...lupa dah...seingat saya kalau tidak silap Dr buat lubang tu sebab nak release kan telur dalam tu sebab dlm case my wife telur yang terhasil tu dah mature dan take keluar dgn betul. Tulah saya selalu cakap kat kawan-kawan kat office, kalau nak berjumpa pakar carilah cikgu kepada pakar. Biasanya pakar ni mereka suka sharing, dalam kes kami, Dr Hamid memang siap lukis kat kertas apa yang terjadi kat dalam tu...cubalah kalau ada peluang jumpa beliau. Dia ada blog awak search jek Hamid Arshad

Tati_haizan said...

Salam,

Thanks sbb share ur experience. Actually, sy pun akan kena operate on 30 Jan 2013 (12noon) sama mcm ur wife.

1) Ventro Suspension (sejak dilahirkan)
2) Laparoscopic Ovarian Drilling (PCOS)

So, sy nak tanya la, as Dr. Hamid said is about 40-45 mins. Is it true & sakit x after operation? Sy buat kat clinic dia jer & will stay 1 nite, as he said la. dia bagi bius full or half body ? Lepas operate tu kena berpantang x?

Hope, u bole share ur experience dgn sy. Selepas operation tu, Dr. ada bagi ape2 ubat x, percentage utk dpt baby senang x? Seriously, sy sgt nervous… TAKUTTT sgt! X tahu nk refer sape, sbb xde kwn or family yg ada experience mcm ni.

Thanks. Appreciate sgt ur true experience ni… & congratulations coz u dianugerahkan baby. Syukur Alhamdulillah~

Landak said...

1. Masa operate selama itulah lebih kurang cuma di Pantai kami hanya dapat jumpa dia apabila selesai observation period. Iaitu selepas operate, my wife masih di OT untuk observation sebelum mereka tolak semula balik ke bilik. Sakit selepas operate tu lambat terasa sebab masih ada bius dan boleh makan ubat tahan sakit. Saya rasa dia tetap rasa sakit.

2. My wife Dr. Hamid bius full badan. Wife saya ambil initiative untuk berpantang iaitu berehat di rumah 2 minggu dan pantang makan sebulan.

3. Selepas 2 bulan operation ada sesi follow up kalau tak silap lah lupa dah dan Dr Hamid bagi makan ubat hormon kalau tak silap dan dia akan bagi tahu masa untuk bersama. Isteri jalani pembedahan awal August 2009, pada December 2009 Dr sahkan isteri saya mengandung, Alhamdulillah.

Apa yang penting usaha, jangan putus asa, jangan stress dan jangan lupa berdoa insyaAllah.

Anonymous said...

Saya baru selesai menjalani ovarian drilling. .semoga sy juga akan berjaya seperti anda berdua.....

ZuLiNTaN-Dulu, Kini dan Selamanya said...

Salam...sedang sy mncari mklumat tntg ovarian drilling ni..sy terjumpa blog awak...perkongsian yg sgt baik.sy bkl mnjalani prosedur tersebut lepas raya nnti...sy dh setahun mnerima rwtn dgn dr hamid..jln trbaik beliau cdgkn sy ikut prosedur trsebut.moga segalanya brjln ngn lncar nnti.

Landak said...

1. Kepada yang merahsia identity dan baru sudah menjalani ovarian drilling semoga banyak berehat.

2. Kepada pemilik blog Zulintan dulu kini dan selamanya serta yg merahsiakan identitinya itu semoga berjaya. Jangan stres-stres.

Landak said...

ops...lupalak..terima kasih kerana sudi singgah dan membaca. Semoga memberi sedikit kekuatan kepada anda berdua.

WawAmryCinta♥ said...

Seram nya tgk vide0 0perati0n tu...sy pun ada mslh yg sama dgn wife en.. alm0st 4 year i'm married, mcm2 dah cuba...last year,2013 buat iui tp failed..x mampu k0t nak buat 0perati0n ni..ada member mslh sama tp buat iui, kali ke 2 alhamdulillah berjaya...sem0ga sy diberikan kekuatan utk buat treatment lg... bukan gve up,cuma penat..heheee...