Selama ini apa yang diketahui ialah alahan kepada Aspirin. Sekiranya makan ubat yang mengandugi aspirin tentu tidak lama kemudian dalam setengah hingga sejam mata akan mula-mula gatal, lepas tu mata akan start berakhir seterusnya mula timbul bengkak seperti ada cecair di kawasan mata.
1st Day..Macam kena tumbuk dengan Mike Tyson
Selepas bengkak mata ini maka hingus mula mengalir ditambah dengan air yang keluar dari mata...wadus semua ini akibat alahan kepada ubat yang dipanggil Aspirin.
Hari semalam lepas makan tengah hari, saya sangat sakit kepala. Tentu sebab migrain lah datang lagi. Oleh sebab miggu lepas saya sudah ke Twin Tower Medical Centre kat level 4 Suria KLCC dengan dapat ubat sebeban saya decide untuk makan ubat yang banyak berlebih itu. Saya dapat synflex dan cafergot or caffox. Minggu lepas dah makan caffox ni jadi saya decide untuk makan synflex sahaja sebab ada dengar kalau makan caffox selalu sangat lelama ada kesan sampingan iaitu urat akan susah untuk dijumpai sure parah kalau ada kecemasan di masa hadapan.
Kepala makin sakit jadi saya ambil keputusan untuk makan synflex sahaja...selepas sejam..masyaAllah...terasa air mata mengalir dan mata mula gatal....dengan segera saya turun ke bawah untuk ke Twin Tower Medical Centre mendapatkan rawatan. Oleh kerana dari hari pertama saya berjumpa dangan Doctor Gobi di bilik no. 6 saya berjumpanya semula. Bila dia tengukmata saya ketika itu yang berwarna merah dan bengkak cuma baru sedikit...dia kata mata ada infection saya kata tidak ini sebab alahan..dia kata pulak Synflex tak sama dengan Aspirin..dah malas nak bertengkar dengan doctor sebab dia lebih pakar kan...dapat ubat titik dan antibiotic ...sungguh tension..insyalAllah lepas ni ke Twin Tower Medical Centre nie nak tukar doctor lah jawapnya.
Dalam perjalanan balik..mata semakin membengkak...Ya Allah selamatkan perjalanan ku ini...peh semakin kecik mata susah untuk melihat tambahan ada air mata yang mengalir bertambah pulak dengan bersin peh kombinasi yang agak menyeksakan.
Sampai Cyberjaya terus menuju ke Clinic Gomezs, dah biasa berjumpa Doc. Vasuki nie kalau migrain atau allergic..emm nampaknya Doc penganti...seorang doctor lelaki alamak lupa pulak nama dia..terus dia suruh baring kat katil rawatan..so dapat satu suntikan..tak sure dia suntik ubat apa...lepas suntik siap tanya ada tak bahagian badan yang lain turut bengkak...saya beritahu selama ini tidak ada pulak..dtp dia nak juagak check oklah bagi chance kat dia check seluruh tubuh saya...
Dia pesan kalau masih tidak berkurang atau bertambah teruk dia minta saya terus ke hospital...ok Doc sure akan pergi but then siapa nak bawak kereta nie...mintak-mintak tak perlulah ke hospital kan...ok beres keluar dari bilik doctor untuk untuk amik ubat dan sign bil maklumlah pakai kad ING (tq PETORNAS)..ops doctor panggil balik semula...lah ingat apa cuma nak cakap saya bagi awak MC...yahoooo...tq...cuti dua hari.....wadus..nanti balik office pehhh bertimpa kerja yang nak kena buat...so kena buat kerja dari rumah jugak nampaknya....
1 comment:
Ada ubat batuk tak?Kalau ada nanti bagi aku heheh..
Post a Comment