Monday 25 May 2009

Review Travelog HAJI

Buku ini mengandungi 49 bab secara keseluruhannya. Bila adik saya, Uda lihat saya membaca buku ini pertanyaan pertamanya kepada saya, “Aik, nak naik haji dah ke?” Saya tidak menyalahkannya kerana saya percaya orang lain pasti bertanya soalan yang sama. Ketika mengambil keputusan membeli buku ini adalah kerana adik Ipar saya tunjuk buku ini karya pensyarahnya, saya ambil dan baca komen di muka belakang yang diberikan komen oleh antara lain Dato’ Dr. Zaini Mohd Arief dll lalu jadi tertarik untuk membelinya.Betul, saya dan Alia sememangnya ada target/budget untuk membeli buku sebab nak dapatkan pelepasan cukai jika tidak kerana tertarik untuk memilih buku ini pasti sudah saya beli buku yang lain,

Buku ini secara mudahnya adalah catatan peribadi perjalanan Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim mengerjakan amalan Rukun Islam yang ke 5. Ianya menceritakan secara jujur pengalaman diri beliau sebelum, ketika dan selepas mengerjakan haji.

Penceritaan beliau juga melibatkan watak isteri beliau yang dikenali sebagai Roza, kakak beliau iaitu Kak Mie and adik beliau iaitu Azlina. Penceritaan beliau terasa dekat di hati kerana gaya penceritaan yang diadaptasi membolehkan kita membaca dan dalam masa yang sama menyelami watak beliau.

Saya amat tersentuh apabila seorang yang cukup tinggi pangkat di dunia pendidikan dikenali dengan pangkat Prof, Dr. Tapi masih boleh mengaku kelemahan diri secara terbuka, bukan untuk berbangga tapi beliau menjelaskan  kesukaran yang beliau sanggup tempuhi untuk memperbaiki diri.  Saya terasa amat kerdil ketika membaca kisah ini.

Penulis juga menceritakan secara detail kesusahan atau lebih tepat ujian yang dihadapi sepanjang melakukan ibadah haji termasuk pilihan mereka untuk menunaikan haji melalui sistem muassasah walaupun pada pendapat saya penulis lebih daripada mampu untuk menunaikan haji melalui pakej..beliau mempunyai penjelasan yang tersendiri.

Saya kagum dengan kesungguhan penulis yang pasti mahu menjadi antara menghuni saf yang paling terkehadapan solat baik di Mekah mahupun di Madinah. Stigma kita serig mahu duduk di belakang lazimnya....masyaAllah....saya pun sama sahaja...Ya Allah bukalah hatiku untuk menjadi golongan yang ‘hadapan” dan golongkan aku dalam golongan yang ‘Sedikit’.

Secara keseluruhan saya amat menggemari buku ini, InsyaAllah akn cuba untuk hadiahkan kepada ibu untuk bacaan....

No comments: