
Aku sedang baca buku ini...
Author : Robin Sharma
Buku ini mengandungi 49 bab secara keseluruhannya. Bila adik saya, Uda lihat saya membaca buku ini pertanyaan pertamanya kepada saya, “Aik, nak naik haji dah ke?” Saya tidak menyalahkannya kerana saya percaya orang lain pasti bertanya soalan yang sama. Ketika mengambil keputusan membeli buku ini adalah kerana adik Ipar saya tunjuk buku ini karya pensyarahnya, saya ambil dan baca komen di muka belakang yang diberikan komen oleh antara lain Dato’ Dr. Zaini Mohd Arief dll lalu jadi tertarik untuk membelinya.Betul, saya dan Alia sememangnya ada target/budget untuk membeli buku sebab nak dapatkan pelepasan cukai jika tidak kerana tertarik untuk memilih buku ini pasti sudah saya beli buku yang lain,
Buku ini secara mudahnya adalah catatan peribadi perjalanan Prof. Dr Muhd Kamil Ibrahim mengerjakan amalan Rukun Islam yang ke 5. Ianya menceritakan secara jujur pengalaman diri beliau sebelum, ketika dan selepas mengerjakan haji.
Penceritaan beliau juga melibatkan watak isteri beliau yang dikenali sebagai Roza, kakak beliau iaitu Kak Mie and adik beliau iaitu Azlina. Penceritaan beliau terasa dekat di hati kerana gaya penceritaan yang diadaptasi membolehkan kita membaca dan dalam masa yang sama menyelami watak beliau.
Saya amat tersentuh apabila seorang yang cukup tinggi pangkat di dunia pendidikan dikenali dengan pangkat Prof, Dr. Tapi masih boleh mengaku kelemahan diri secara terbuka, bukan untuk berbangga tapi beliau menjelaskan kesukaran yang beliau sanggup tempuhi untuk memperbaiki diri. Saya terasa amat kerdil ketika membaca kisah ini.
Penulis juga menceritakan secara detail kesusahan atau lebih tepat ujian yang dihadapi sepanjang melakukan ibadah haji termasuk pilihan mereka untuk menunaikan haji melalui sistem muassasah walaupun pada pendapat saya penulis lebih daripada mampu untuk menunaikan haji melalui pakej..beliau mempunyai penjelasan yang tersendiri.
Saya kagum dengan kesungguhan penulis yang pasti mahu menjadi antara menghuni saf yang paling terkehadapan solat baik di Mekah mahupun di Madinah. Stigma kita serig mahu duduk di belakang lazimnya....masyaAllah....saya pun sama sahaja...Ya Allah bukalah hatiku untuk menjadi golongan yang ‘hadapan” dan golongkan aku dalam golongan yang ‘Sedikit’.
Secara keseluruhan saya amat menggemari buku ini, InsyaAllah akn cuba untuk hadiahkan kepada ibu untuk bacaan....

Rasanya semua orang tahu yang kita boleh claim duit buku dalam income tax kita. RM1,000.00 setahun or RM 83.33 sebulan rasanya banyak buku yang bermutu kita boleh pilih sebagai teman bacaan kita. ishhh apalah saya nie kan kena ada inisiative macam nie baru nak beli buku, kira oklah...baik start beli dan baca.....semua benda bermula dengan langkah yang pertama....
Terbaru saya memilih untuk membeli buku Travelog Haji, Tulisan Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil Ibrahim. Baru baca beberapa muka surat....gaya penulisan bercerita yang sangat saya gemari...jomlah kawan-kawan baca...bagus gak tambah ilmu....rezeki Allah buka dapat kita berkungjung ke rumah Nya ketika masih muda nie....nanti dah habis saya komen lagi lah yek....