Saturday, 16 May 2009

Flu A (H1N1) KINI di Malaysia

Tarikh 15 May 2009, Seorang pelajar berumur 21 tahun yang baru balik dari US telah disahkan sebagai kes Influenza A (H1N1) aka selsema babi pertama yang disahkan di Malaysia (Via).  Pelajar ini belajar di US dan pulang bercuti dengan penerbangan MAS MH091 dari US. Tinggal di Lembah Klang dan keluarganya telah dikuarantin. Sekarang pelajar ini di tempatkan di Hospital Sungai Buluh.



Kes kedua pula disahkan pada 16 May 2009, seorang perempuan yang menaiki pesawat yang sama dengan pelajar yang pertama disahkan mengidap Influenza A (H1N1). Wanita ini pula dimasukkan di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada pendapat aku trend pelajar kita kat US balik ke Malaysia akan terus meningkat memandangkan US sekarang dah start “Summer Holliday”. Bagaimana pihak berkuasa di Malaysia membendung perkara ini?

Ternyata kaedah yang sedang di praktik sekarang tidak berkesan memandangkan mangsa 1 & ke 2 tidak dapat dikesan di lapangan terbang.  Ini menurut Pemangku Menteri Kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha (link) kerana symptom virus itu tidak muncul serta merta dan memerlukan sehari atau dua untuk mengesannya.  Oleh kerana itu sekarang kerajaan terpaksa melalui kerjsama MAS memanggil / mengesan penumpang yang sama penerbangan dengan magsa untuk pemerhatian.

Persoalan aku ialah bagaimana dengan penumpang teksi/limo yang membawa penumpang penerbangan MH091 ini, aku rasa pemamdu tak sedar mereka membawa penumpang penerbangan ini. Kesian mereka, apabila telah dikesan sudah terlalu lewat kerana pemamdu ini dah ada contact dengan keluarganya dan juga penumpang-penumpang lain yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Apa kata Kerajaan Malaysia sewa hotel kat area Airport tu kuarantin semua penumpang dari tempat yang di sahkan ramai dijangkiti, terutama US sbb setakat 15 Mei 2009 0600 GMT, 4,298 kes telah dilaporkan. Mungkin agak keterlaluan cadangan ini tapi apa yang kerajaan China dengan kuarantin semua penumpang pesawat AM098 dari Mexico bagus sebab prevention is better than cure.    

Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH agar kita dijauhi dari virus ini, dan kepada yangdiuji dengan dugaan ini sama-sama kita doakan mereka tabah menempuh dugaan ini..

SILA LAWAT WHO WEBSITE KHAS UNTUK VIRUS INI UTK UPDATE TERKINI

No comments: